Perjalanan Process Refinance rumah daripada CIMB Ke Bank Muamalat
Perjalanan Process Refinance rumah daripada
CIMB Ke Bank Muamalat
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua,
mengenai Perjalanan Process Refinance rumah aku daripada CIMB Ke Bank Muamalat.
Pastinya ramai yang nak tahu kan proses refinance ni macamana dan berapa lama
masa yang di ambil dan mungkin juga ramai yang nak tahu, refinance ini untuk
apa, jadi aku kongsikan sedikit apa yang sedang aku lalui sekarang sehinggalah
semua proses refinance ini selesai.
Apakah tujuan utama refinance rumah?
Baik,
sebelum aku kongsikan perjalanan proses refinance ni, aku ceritakan dahulu,
untuk apa kita buat refinance rumah. Untuk diri aku, tujuan utama aku buat refinance
adalah untuk dapatkan lebihan wang dan juga memang aku nak sangat tukar bank
iaitu daripada bank cimb kepada bank mualamat.
Macamana boleh dapat lebihan wang daripada refinance rumah?
Ok, sebelum
itu, untuk buat refinance rumah ni, korang kena bayar bulanan rumah selama
lebih kurang 5 tahun atau lebih (kiranya korang dah duduk rumah itu 5 tahun dan
keatas). Kemudian, yang paling penting adalah, tahu berapa value rumah korang.
Contoh:
harga semasa korang beli rumah adalah RM150,000
Market value rumah selepas 5
tahun adalah RM250,000
Dan jika
korang buat refinance rumah, korang akan dapat loan sebanyak RM250,000 –
RM150,000 (jumlah ini kena ikut berapa baki pinjaman korang selepas 5 tahun,
contoh nilai ini aku letak sahaja) : RM100,000 (lebihan wang yang akan korang
dapat)
Untuk lebihan
wang itu pula, kena faham, bukan korang akan dapat penuh ya. Bank akan
kurangkan semua commitment korang, contoh korang ada buat loan kereta, personal
loan, atau apa sahaja loan yang melibatkan pihak bank, bank baru akan
selesaikan. Dan selepas tolak semua hutang tersebut, baki yang tinggal itu baru
akan diberikan kepada korang. Faham tak?
Contoh
mudah macam ini:
Baki lebihan
wang yang akan dapat : RM100,000
Korang ada
pinjaman kereta berbaki RM30,000.
Kemudian ada
buat personal loan sebanyak RM10,000.
Kemudian ada
beli peti ais, tv atau sebagainya (mengunakan pinjaman bank) sebanyak RM10,000
Jumlah
kesemua komitment korang adalah sebanyak RM50,000. Jumlah ini, bank akan tolak
daripada lebihan duit tadi dan baki sebanyak RM50,000 lagi akan berikan kepada
korang.
Kenapa bank bayarkan semua hutang korang?
Sebabnya itu
juga salah satu tujuan utama refinance
rumah iaitu untuk jadikan 1 hutang sahaja berbaki dalam hidup korang. Jadinya,
selepas ini korang tak perlu nak pening kepala nak hadap macam-macam hutang. Cuma
focus pada 1 hutang sahaja. Ok, faham ni semua?
Baik,
sekarang aku nak kongsikan pula Perjalanan
Process Refinance rumah daripada CIMB Ke Bank Muamalat. Terdapat ralat
sedikit pada setiap tarikh yang aku kongsikan ini kerana aku Cuma kongsikan
secara general sahaja. Sekadar bagaimana perjalanan refinance tersebut
berjalan.
1) 28 December
2020 - sign agreement refinance dengan bank mualamat.
2) 4 January
2021 - Aku followup pihak peguam bagi
pertanyaan proses refinance. Dan waktu ini pihak peguam belum terima surat
tawaran daripada pihak bank.
3) 8 January
2021 – Peguam sudah terima surat tawaran dan akan hantar surat kepada bank HQ
untuk sign.
4) 12 January
2021 – Terima letter of authorization daripada pihak bank cimb melalui peguam.
5) 13 January
2021 – aku email semula surat tersebut beserta tandatangan kepada pihak peguam.
6) 18 January
2021 – pejabat peguam tutup kerana ada pekerja mereka demam (hmm)
7) 1 February
2021 – Pejabat peguam buka semula dan waktu ini, bank HQ masih belum return
executed dokumen kepada pihak peguam.
8) 1 march
2021 – Peguam terima dokumen dari bank HQ. dan kini peguam sedang menunggu
notis taksiran daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Katanya paling awal
untuk terima notis ini adalah selama 2 minggu.
9) 15 March 2021 - Pihak peguam terima notis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Dan proses seterusnya adalah daftar Kaveat.
10) 22 March 2021 - Baru dapat respon, kaveat telah di daftarkan.
11) 25 March 2021 - Proses tebus hutang bermula. Maknanya pembayaran pinjaman CIMB daripada Bank Muamalat.
12) 13 April 2021 - Belum ada apa-apa notifikasi mengenai proses tebus hutang. Dan Pegawai bank minta datang sign 1 borang (asalnya borang ini dah di tandatangan pada 28 December 2020). Dan sewaktu di tanya, katanya tak pasti kemana perginya borang yang ini kerana banyak sangat borang waktu itu? hmm.
13) 03 May 2021 - Proses tebus hutang selesai. Dan kini menunggu proses penyerahan geran rumah daripada bank lama kepada bank yang baru.
Baik, ini
adalah Perjalanan Process Refinance
rumah daripada CIMB Ke Bank Muamalat yang dapat aku kongsikan buat masa
ini. Dan post ini aku akan update dari masa ke semasa sehinggalah proses refinance
rumah aku selesai. Melihat kepada perjalanan proses ini, aku rasa ianya akan
mengambil sedikit masa. Dan harapan aku agar, janganlah terlalu lama masa yang
diambil, insyaAllah, kita jumpa lagi pada next update post ini ya!
4 Comments
Salam,
ReplyDeleteCuma nak tanya. Dah settle ke urusan refinance rumah?
wasalam, alhamdulilah, dah selesai, nanti sy akan update semula pos ini. terima kasih.
DeleteSalam,
ReplyDeleteutk refinance dgn bank muamalat ni, En ad kena buka akaun gold ke? dan perlu bank in RM500 setiap bln selama 3 bln..
berapa lama utk setel urusan refinance ni..
Wasalam,
Delete1) Ya, kena buka akaun gold dan kena beli 1g emas. cumanya, tak perlu bankin setiap bulan pun.
2) urusan refinance sy agak lama disebabkan pejabat peguam dan beberapa tempat tutup disebabkan oleh covid. tambahan, terdapat beberapa kesukaran untuk urusan dengan pihak kerajaan sewaktu tempoh perintah kawalan.
namun, daripada bacaan sy juga, refinance biasanya ambil masa 3 hingga 6 bulan untuk selesai.