Pernah dengar tentang Ghost Writer? Ini kisah disebaliknya.
Pernah dengar tentang GhostWriter? Ini kisah
disebaliknya |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah dengar tentang ghostwriter? Atau
baru pertama kali dengar? Siapa sebenarnya ghostwriter ini? Dekat Malaysia ada
ke ghostwriter? Ada banyak persoalan kan? Jadinya hari ini aku nak kongsikan
sedikit mengenai mereka. Jom kenali siapa penulis hantu ini!
Ghostwriter Malaysia
Penulis hantu
atau ghostwriter adalah penulis upahan yang di upah untuk menulis bagi pihak
orang lain. Kerja mereka adalah dengan menulis sama ada buku, artikel, review
atau apa sahaja janji dalam bentuk penulisan. Nak tahu mereka ini adalah ghostwriter ataupun tidak, adalah dengan melihat pada penulisan tersebut.
Kebiasaannya,
mereka tidak akan sertakan nama mereka. Kiranya kita tak tahu pun siapa yang
tulis. Itu adalah ghostwriter (dah nama pun hantu kan? Hahaha). Kalau dia
sertakan nama siap biodata, itu tak boleh dikira sebagai ghostwriter ya!
Istilah ini
mungkin baru di Malaysia, atau mungkin juga kita yang baru dengar. Namun, industri
penulisan di Malaysia kini, banyak yang mencari ghostwriter. Jadi, ini adalah
peluang kepada mereka yang suka menulis dan merancang untuk menjadi penulis
yang tidak dikenali.
Ghostwriter ini ada income ke?
Di antara
persoalan yang kerap di Tanya adalah, ghostwriter ni ada income ke? Jawapannya adalah
ya! Penulis hantu juga ada income dan ini juga di anggap sebagai kerjaya! Seperti
yang ada aku sebutkan tadi, industri penulis kini banyak yang mencari penulis
hantu ini. Dan sekali lagi, ianya adalah peluang keemasan buat mereka yang suka
menulis dan akan menulis pada masa akan datang.
Bagaimana “gaji” penulis hantu di bayar?
Pernah dengar
orang buat duit dengan blog? Pernah tak
terfikir macam mana nak buat duit dengan
blog ni? Ha? Siapa yang bayar mereka? Ok, salah satunya mereka yang buat
duit dengan blog ini adalah dengan google adsense.
Dan macam mana nak buat duit dengan google
adsense ini adalah dengan artikel yang di kongsikan dalam blog mereka. Lebih
banyak artikel yang “berkualiti” maka lebih besarlah potensi blog mereka
menghasilkan income yang besar.
Namun,
bercerita sahaja tidak semudah menulis. Kadang pemilik blog ini ada pasang
surutnya. Ada masa, mereka rajin menulis, dan ada masa langsung tak ada
artikel. Jadinya, penyelesaian kepada pemasalahan ini adalah dengan mengupah
Ghostwriter.
Dan disinilah
fungsi terbesar ghostwriter ni, mereka akan menulis untuk sesebuah blog dan
pastinya mereka akan dibayar oleh pemilik blog tersebut. Mana ada yang
suka-suka menulis bagi pihak orang lain kan (tapi sebenarnya ada sahaja Cuma tak
ramai).
Jadi
sekarang, korang dah faham kan siapa ghostwriter ni? Dekat Malaysia masih
belum terkenal lagi namun percayalah, dalam dunia digital kini, ianya akan
menjadi diantara sumber income utama bagi korang kelak. Sikit sahaja lagi.
Jadi gunalah
kelebihan yang korang ada. Selain suka menulis, sambil itu buat duit. Dan buat
mereka yang tercari-cari dekat mana nak jadi ghostwriter ni, korang search je.
Rasanya dah banyak yang cari penulis hantu ni. Baru-baru ini pun aku ada
ternampak iklan ghostwriter ni dalam media sosial. Oklah, setakat ini sahaja
ya! Jumpa lagi.
1 Comments
saya ghostwriter, saya blogger iamfuzy.com
ReplyDelete