Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia | MrEjoy

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia

 

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Roti gardenia pernah viral 1 masa dulu. Lebih tepat pada musim PKP melanda Malaysia. Kiranya waktu itu memang boleh buat gaduh la pasal roti ini. Sampaikan kedai pun tak ada stok roti ini, punyalah viral. Tidak aku nafikan, roti gardenia ini punya rasa yang berbeza dengan roti lain yang ada dipasaran. Namun, hari ini, aku bukanlah nak cerita pasal resepi rahsia roti gardenia tapi Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia!

Sama ada korang perasan atau tidak, warna tag pada setiap roti gardenia adalah berbeza. Ha, perasan tak? Yang sebenarnya, ianya bukan saja-saja dibuat. Atau bukan saja-saja nak bagi nampak meriah, bukan. Tapi ianya memberi maksud pada setiap bungkusan roti tersebut. Dan dari situ, kita boleh tahu, berapa lama roti ini “mampu bertahan”.

Rahsia di sebalik Warna tag pada roti gardenia.

Baik, korang mesti perasan, tag tersebut ada yang berwarna putih, ada yang warna hijau, ada yang warna kuning, dan setiap daripada warna ini membawa maksud hari roti tersebut di buat. Ha! Ikut pada warna. Contohnya:

  • Warna Coklat cair : Hari Isnin
  • Warna Oren : Hari Selasa
  • Warna Kuning : Hari Rabu
  • Warna Biru : Hari Khamis
  • Warna Hijau : Hari Jumaat
  • Warna Merah : Hari sabtu
  • Warna Putih : Hari Ahad.

Warna yang dikongsikan ini hanya terguna pakai untuk roti gardenia sahaja ya. Ini disebabkan mereka membakar roti pada setiap hari berbanding dengan roti jenama lain. Ini mungkin disebabkan permintaan yang tinggi daripada pasaran.

Jadi, selepas ini, kalau korang nak beli roti gardenia, korang bolehlah tengok pada tag yang ada pada roti tersebut. Kalau korang nak roti yang “fresh”, korang belilah roti mengikut tag warna pada hari korang beli roti tersebut. Kalau korang nak beli hari sabtu, korang carilah tag berwarna merah ya!

Sejarah roti gardenia.

Aku nak kongsikan sedikit sejarah roti gardenia dan siapa sebenarnya “Uncle Slocum”. Kalau korang peminat roti ini, korang mesti perasan gambar lelaki yang ada pada bahagian depan roti ini. Ha, siapa dia tu?

Secara ringkas nya, Roti gardenia ini bermula sejak tahun 1969, di sabah. Namun, roti gardenia mengambil masa lebih kurang 17 tahun untuk “diterima” dan dikenali di semenanjung Malaysia. Lama kan?

Dan berbalik kepada cerita siapa Uncle Slocum, dia adalah seorang tukang roti yang sangat berpengalaman. Dan dia datang ke Malaysia dan menjalinkan kerjasama dengan seorang ahli perniagaan di sabah iaitu Wong Tze Fatt.

Dan Slocum ini ada kemahiran yang sangat hebat dalam pembuatan roti dan kemahiran beliau diguna pakai dalam pembuatan roti gardenia. Dan resepi tersebut, tetap terus diguna pakai sehingga ke hari ini. Dan apa yang kita makan hari ini, itulah resepi yang digunakan oleh beliau. Lama kan?

Oklah, setakat itu perkongsian aku mengenai sejarah roti gardenia dan maksud disebalik setiap tag yang ada pada roti ini. Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat buat semua ya, insyaAllah, aminnn.

Tags:

Share:

0 comments