Terkini! Bazaar Ramadan dan solat Terawih dibenarkan!
Terkini! Bazaar Ramadan dan solat Terawih
dibenarkan! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tidak kurang sebulan sahaja lagi, umat
islam seluruh dunia bakal menyambut bulan yang penuh bermakna iaitu bulan Ramadan
2021. Apabila menjelang bulan puasa, diantara yang menjadi perhatian adalah
bazaar Ramadan. Setelah ianya dibatalkan akibat covid yang melanda sepanjang
tahun 2020, terkini! Bazar ramadan
dibenarkan beroperasi kembali pada tahun 2021, alhamdulilah!
Ramai yang
mengucapkan syukur selepas pengumuman ini di buat oleh Majlis keselamatan
Negara (MKN). Manakan tidak, ianya adalah “lubuk rezeki” buat para peniaga
sepanjang bulan puasa. Ianya juga menjadi “kemeriahan” buat kebanyakkan
keluarga. Namun, kebenaran ini bersyarat ya! Janganlah suka-suka sangat pergi
bazar tu nanti ya!
Apa yang menariknya di bazar Ramadan?
Kalau di Tanya
pada aku, yang menariknya bazar ramadan ini adalah:
Kita boleh
jumpa banyak makanan menarik yang tak pernah kita jumpa pun sebelum ini. Contohnya
aku yang menetap di Melaka ni, waktu ini lah nak jumpa makanan daripada luar
negeri Melaka. Ada jenis makanan yang aku tak pernah tahu dan rasa pun sebelum
ini. Jadinya, ini salah satu yang menarik pada aku.
Keduanya
adalah, waktu ini juga kita akan jumpa macam-macam nama menu. Sama ada menu
masakan itu lama tetapi diberi “nafas baru”. Ataupun menu baharu dengan nama
yang baru. Yelah, dekat bazar Ramadan tu, ada banyak menu yang sama. Untuk buatkan
kita berbeza dengan orang lain, kenalah cipta menu dengan nama baru kan?
Ketiga! Aku
suka pergi bazar malam. Sebab dekat sini ada banyak baju-baju cantik dan murah.
Sejenis aku, aku suka cari tshirt berbanding cari baju melayu, hahahaha. Sebabnya
aku memang jarang sangat pakai baju melayu ni.
Dan yang
terakhir adalah, waktu ini lah nak jumpa awek-awek cun! Hahahaha. Ini sengaja
je aku tambah ya! Sebabnya kadang aku sendiri pelik, daripada mana mereka semua
ni datang. Sebelum ini, dekat pasar malam tak pernah nampak pun! Ala, jangan
cakap pasar malam tak sama dengan bazar Ramadan ya! Sama je! Cuma nama sahaja
berbeza.
Shalat tarawih kini dibenarkan.
Selepas keseronokan
ke bazar Ramadan pada siang harinya, sudah tentulah, umat islam akan berkejar
untuk menunaikan solat tarawih pada malam harinya. Selepas kita merasakan
suramnya bersolat Jemaah di rumah pada tahun lepas, akhirnya tahun ini kita
boleh bersama-sama berjemaah di rumah Allah iaitu masjid.
Indahnya solat
ini berbanding solat lain kerana ianya Cuma ada sebulan sahaja dalam setahun. Dan
shalat tarawih adalah solat yang
mana di dalamnya ada 1 malam kebaikannya bersamaan dengan 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.
Indahnya malam ini kerana sewaktu aku menaipnya, dah boleh rasa yang aku sudah berada di dalam bulan yang penuh rahmat ini, Allahurabbi.
Selain daripada
malam lailatul qadar, pahala mengerjakan solat tarawih juga besar ganjarannya. Bermula
daripada malam pertama hinggalah malam terakhir. Perkongsian mengenai pahala
sholat tarawih dari awal sampai akhir akan aku kongsikan dalam artikel lain ya!
Apa pun,
marilah kita mengucapkan syukur dan sama-sama menyiapkan diri bagi menyambut kedatangan
bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadan. Semoga Ramadan kali ini memberi
kita seribu makna dan kebahagian serta memperolehi keredhaan Allah, aminn. Ya
Rabb Allaminn.
0 Comments