facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

manusia yang didoakan oleh malaikat

11 jenis manusia yang didoakan oleh malaikat | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita biasa dengar manusia yang mendoakan manusia yang lainnya. Atau kita mungkin biasa minta mak ayah kita, adik beradik kita untuk sentiasa doakan kita. Sama ada kita tahu atau tidak, terdapat orang yang didoakan malaikat? Alangkah beruntungnya golongan yang didoakan malaikat ini. Dan tahu tak siapakah mereka? Ayuh lanjutkan bacaan anda!

Sebelum aku lanjutkan cerita mengenai mereka-mereka yang didoakan malaikat, aku ingin kongsikan sedikit ilmu bagaimana kita akan didoakan 70 ribu malaikat. Caranya sangat mudah iaitu dengan membaca ayatul kursi sebelum kita melangkah keluar rumah.

Dari Nabi Saw, beliau bersabda; Barangsiapa keluar dari rumahnya, kemudian dia membaca Ayat Kursi, maka Allah akan mengutus kepadanya tujuh puluh ribu malaikat yang akan memohonkan ampun dan mendoakannya. Kemudian ketika dia kembali ke rumahnya dan masuk rumah dengan membaca Ayat Kursi, maka Allah menghilangkan kefakiran yang ada di depan matanya.

11 jenis manusia yang didoakan oleh malaikat

#1. Orang yang tidur di dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:

Sesiapa yang tidur di dalam keadaan bersuci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : Ya Allah, ampunilah hamba mu si fulan kerana tidur di dalam keadaan bersuci.

#2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Mereka yang sedang duduk sementara menunggu masuknya waktu solat adalah di antara mereka yang didoakan oleh malaikat.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:

Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu waktu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.

#3. Orang yang berada di saf depan ketika solat Jemaah

Golongan seterusnya orang yang didoakan malaikat adalah mereka yang berada pada saf hadapan ketika solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:

Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat nya berselawat ke atas orang yang berada pada saf hadapan.

manusia yang didoakan oleh malaikat

#4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah

Jika tadi mereka yang berada di saf hadapan, kini adalah mereka yang menyambung saf ketika solat berjemaah juga akan di doakan oleh para malaikat. Ini dikuatkan lagi dengan sabda rasulullah:

Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat berselawat kepada orang yang menyambungkan saf.

#5. Ketika imam selesai membacakan Al-fatihah ketika solat.

Jika seseorang imam membaca Al fatihah sehingga selesai ketika solat, maka ucapkanlah oleh kamu aminn kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni  akan dosa-dosanya yang lalu.

#6. Orang yang duduk di tempat solatnya ketika selesai melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:

Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama mana ia ada di tempat ianya solat.

#7. Mereka yang mengerjakan solat subuh dan asar secara berjemaah.

Kalangan malaikat akan berkumpul pada saat solat subuh lalu malaikat pada malam hari naik ke langit dan malaikat siangnya tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari akan naik ke langit sementara malaikat malam hari akan tetap tinggal.

Lalu Allah bertanya kepada malaikat, “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-hambaku, maka jawab malaikat:

“Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka ketika mereka masih solat. Makan ampunilah mereka sehingga hari kiamat”.

manusia yang didoakan oleh malaikat

#8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa saudaranya tahu.

Jika kita ingin didoakan malaikat dan termasuk di dalam golongan orang yang didoakan malaikat maka sentiasalah mendoakan orang lain.

Doa orang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang tersebut adalah doa yang dikabulkan oleh Allah. Dan malaikat akan menjadi wakil baginya setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan. Malaikat akan mengaminkan doa kita dan mendoakan agar kita juga akan dapat perkara yang sama.

#9. Orang yang membelanjakan hartanya (infak)

Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya:

Tidak ada satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata, Ya Allah, berikanlah ganti bagi mereka yang berinfak.

#10. Orang yang sedang makan sahur.

Sesungguhnya, Allah dan kalangan malaikat akan berselawat kepada mereka yang sedang makan sahur.

#11. Orang yang sedang melawat orang sakit

Dan yang terakhirnya dalam orang yang didoakan oleh malaikat adalah mereka yang sedang melawat orang sakit.

Tidaklah seseorang mukmin itu menjenguk saudaranya kecuali Allah mengutuskan 70,000 malaikat yang akan berselawat kepadanya waktu siang hingga petang dan waktu malam hingga subuh.

Semoga kita semua termasuk di dalam 11 jenis manusia yang didoakan oleh malaikat ini. Aminnn.

 

Cara semak saman JPJ secara Online

Cara semak saman JPJ secara Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak kongsikan dengan semua cara paling mudah untuk tahu kenderaan kita ada saman atau tidak. Kadang kita sendiri sama ada tak tahu atau “terlupa” yang kita ini pernah kena saman. Ada kes juga yang mana, orang lain guna kenderaan kita, dan mereka kena saman tapi tak beritahu kita pun, tahu-tahu bila check, ada saman. Aduhai!

Semak saman jpj secara online.

Baik, cara yang aku ingin kongsikan ini adalah untuk tahu sama ada kenderaan kita ada kena saman dengan JPJ atau tidak ya. Sebelum itu, buat mereka yang mungkin tidak tahu, JPJ adalah Jabatan Pengangkutan Jalan.

JPJ adalah sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan inilah yang bertanggungjawab mengeluarkan no plate kenderaan kita. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab di dalam membuat pendaftaran dan perlesenan pemandu pada semua kenderaan bermotor.

Dan bagi penguatkuasaan dan pengawalselian adalah di bawah tanggungjawab JPJ. Jadi jelas kan sekarang apakah peranan sebenar JPJ?

Berbalik semula kepada cara nak semak saman jpj melalui online.

#1. Pertama, kena masuk ke laman web JPJ : https://www.jpj.gov.my/

#2. Kemudian, pergi kepada bahagian Transaksi dalam talian dan klik Saman

Cara semak saman JPJ secara Online

#3. Pada bahagian Pilihan carian, kita boleh pilih sama ada NO ID sahaja (no kad pengenalan) atau NO ID dan No kenderaan.

Cara semak saman JPJ secara Online

#4. Kemudian pada bahagian Kategori ID, pilih Orang Awam Malaysia (Mykad). Ada banyak kategori disini, buat rakyat Malaysia selain polis dan tentera, klik pada bahagian yang Mykad.

Cara semak saman JPJ secara Online

#5. Kemudian masukkan no kad pengenalan dan no kenderaan.

#6. Langkah seterusnya adalah masukkan kod sekuriti. Kalau no sekuriti kurang jelas, boleh klik pada bahagian anak panah berpusing disebelah kanan tu.

#7. Klik pada bahagian semak.

Cara semak saman JPJ secara Online

#8. Keputusan akan keluar pada bahagian Hasil carian di bahagian bawah ya. Seperti ini:

Cara semak saman JPJ secara Online

#9. Tahniah jika anda tiada saman daripada JPJ dan jika ada, maka bolehlah segera bayar pada mana-mana cawangan berdekatan ya!

buat duit dengan google adsense

Alhamdulilah! Dapat 1 lagi blog adsense! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Riang betul hati pagi ini. Manakan tidak, waktu awal buka email tadi, terus ternampak email ni : Your site is now ready to serve ads on AdSense! Apa maknanya tu? Itu bermakna, website kita dah diluluskan untuk letak iklan adsense. Kalau korang buat duit dengan google adsense, ini memang sesuatu yang sangat mengembirakan! Hehehe.

Macam mana nak buat duit dengan google adsense?

Baik, rasanya banyak kali juga aku tulis cara buat duit dengan google adsense dekat blog mrejoy.com ni, tapi tak apa lah, aku kongsikan lagi ya! Mungkin ramai yang dah tahu, atau pun ada yang baru tahu, yang kita sebenarnya boleh buat duit dengan blog.

Dan pada aku sendiri, buat duit dengan blog ini tersangatlah mudah! Sebabnya, kita Cuma perlu tulis dan kongsikan cerita yang bermanfaat kepada semua. Ingat ya! Bermanfaat! Janganlah kongsi perkara yang tidak betul atau benda-benda yang boleh merosakkan keharmonian kita semua. Kena faham ya, blog ini sepenuhnya dibawah tanggungjawab penulis dan pemilik blog tersebut.

Orait! berbalik semula pada cerita Macam mana nak buat duit dengan google adsense?

Perkara pertama korang kena ada adalah blog. Dah nama pun nak buat duit dengan blog kan? Hahaha. Untuk blog ni, ada 2, sama ada korang boleh gunakan blog percuma dengan domain blogspot.com ataupun yang berbayar dengan domain .com.

Tapi aku cadangkan adalah lebih baik korang gunakan domain berbayar. Ada sebabnya, nanti aku kongsikan. Lepas dah ada blog, korang tulis. Jangan skip menulis. Paling teruk, ada yang sebulan sekali. Ingat, kalau nak jana income dengan blog, korang kena rajin menulis. Sama sahaja buat duit dengan blog ini dengan kerja hakiki. Rajin korang dapat, tak rajin, maaflah yer.

Takkan macam tu sahaja buat duit dengan blog?

Iya! Tuan-tuan dan puan-puan! Nak buat duit dengan google adsense ni tak adalah susah mana pun! Buat blog kemudian tulis, dah siap! Cuma yang membezakan income korang dengan yang lain adalah trafik blog. Lagi tinggi trafik blog korang, maka lagi tinggilah income yang korang bakal dapat. Macamana nak dapatkan trafik yang tinggi untuk blog? Taip cara dapatkan trafik tinggi di blog dalam kotak carian yang ada disebelah kanan blog mrejoy.com ini ya!

Rahsia buat duit dengan google adsense!

Aku sendiri tak tahu nak kata ini sebagai rahsia atau tidak. Tapi kalau ramai yang tidak tahu, aku anggap ianya sebagai rahsia lah ya! Baik, nak buat dengan dengan google adsense ni, bukan sahaja trafik yang menjadi keutamaan, sebaliknya adalah, berapa banyak blog yang boleh korang masukkan dalam list korang.

Ada beberapa orang blogger Malaysia yang aku kenal, mereka tidak hanya bergantung pada 1 blog sahaja. Tapi ada banyak blog! Dan semuanya ada google adsense! Macam mana nak dapatkan banyak akaun? Ahha! Itulah rahsianya! Hehehe.

Tapi itulah, menulis atau bercakap ni tak semudah yang kita sangka. Dengar memang seronok, ada banyak akaun, maka banyaklah yang boleh kita jana. Tapi percayalah, nak jaga 1 blog pun bukan mudah. Kalau sekali kita miss update blog, nak mula balik menulis tu memang makan masa. Tengok blog mrejoy.com ni cukuplah, lama betul cuti! Hahaha.

Apa pun, syukur sekali lagi, blog kedua aku dah dapat kelulusan adsense. Semoga income online aku lebih besar 3 kali ganda daripada income bulanan aku. aminn. Dan aku doakan korang juga Berjaya dalam menjana income online, orait! aminnnn.

 

kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan

5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, Allah temukan kita sekali lagi dengan bulan yang penuh rahmat. Syukur alhamdulilah. Kita masih berpeluang berada di dalam bulan yang penuh dengan keampunan. Baik, melangkah masuk ke dalam bulan Ramadan 2021 ini, bagi seorang muslim, terdapat 5 kerugian jika mereka melakukan hal-hal ini.

Berada di dalam bulan Ramadan 2021 ini merupakan nikmat terbesar buat semua umat islam seluruh dunia. Dan kita di anjurkan untuk berbuat pahala sebanyak mungkin kerana ianya akan berganda di dalam bulan ini. Namun, kita sering terlupa, di dalam kebaikkan itu, jika tidak djaga dengan betul, bakal mendatangkan kerugian buat kita.

5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan

#1. Bangun bersahur tapi tidak mendirikan solat sunat

Jika sebelum ini, “agak sukar” untuk kita menunaikan solat tahajud, tapi dengan datangnya bulan Ramadan 2021 ini, kita perlu bangun sahur. Di dalam waktu sahur itu sendiri terdapat pelbagai keberkatan. Dan tersangatlah rugi jika kita tidak menunaikan solat tahajud.

Solat tahajud sangat dikenali dengan “keberkatan doanya”. Dan di waktu ini juga kita tersangat dekat dengan Allah. Jadi, dah bangun awal pagi untuk siapkan sahur, jangan lupa solat tahajud sekali ya!

#2. Meninggalkan hari tanpa bersedekah

Dah bangun sahur, dah solat tahajud, jangan tidur! Baca quran dan berzikirlah sampai masuk waktu subuh. Dah solat sunat subuh dan solat subuh, jangan sesekali tinggalkan sedekah subuh. Nak kaya raya, jangan kedekut untuk bersedekah.

Sedekah RM1 pun tidak apa. Janji niat kita ikhlas untuk bersedekah. Dan jika sewaktu kita bersedekah itu, kena pada hari lailatul qadar, maka ketahuilah yang pahala sedekah itu akan digandakan Allah berlipat kali ganda, aminn.

#3. Menunggu waktu berbuka tapi tidak berdoa.

Bila dah lihat makanan sedap-sedap atas meja, mesti lupa nak berdoa kan? Doa mereka yang berpuasa ini makbul ya! Lebih-lebih lagi doa sebelum berbuka. Jadi, gunakan waktu “singkat” sebelum berbuka puasa itu untuk berdoa kepada Allah.

#4. Tidak baca Quran

Rugilah mereka yang mensia-siakan bulan Ramadan ini dengan tidak mengambil kesempatan untuk baca Al-quran. Alquran lah yang akan menjadi peneman kita kelak di alam kubur. Kalau mampu, khatamlah Al-quran di dalam bulan Ramadan ini. Jika tidak mampu, bacalah yang kita tahu (dan kalau boleh, belajarlah baca Al-quran).

Dan jika tidak tahu juga, cukuplah dengan pasang Ayat Alquran setiap hari. Pasanglah sehingga lengkap bacaan penuh Al-quran selama sebulan berpuasa. Agar dapat sedikit pahala kerana mendengar bacaan Al-quran.

#5. Tidur sepanjang hari.

Puasa? Tak makan? Lapar? Kemudian tidur sepanjang hari sebab nak tunggu waktu berbuka lama? Maka ketahuilah yang kamu termasuk dalam senarai 5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan.

Puasa sangat menyihatkan tubuh. Kalau zaman nabi dulu, mereka berperang. Zaman kita, tak kan lemah pula kan? Jadi jangan hanya tidur sepanjang hari. Malah bersemangatlah! Jadilah muslim yang hebat!

nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib diketahui

15 nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib diketahui | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lain macam pula post aku kali ini, nak bercerita mengenai nama syaitan beserta tugasnya. Namun, sebagai umat islam, kita sememangnya perlu untuk tahu kerana setiap perkara yang tidak baik pastinya akan datang bersamanya hasutan daripada syaitan. Dan setiap daripada syaitan ini punya tugas masing-masing.

Seperti yang aku sebutkan di awal tadi, setiap daripada syaitan ini punya tugas masing-masing. Ada syaitan yang ditugaskan untuk mengganggu rumah tangga. Ada pula syaitan yang ditugaskan untuk ganggu solat. Dan ada pula syaitan yang ditugaskan untuk mengganggu bayi. Dan pelbagai tugasan yang lain.

Dan sebelum aku kongsikan senarai nama syaitan dan tugas-tugasnya, suka untuk aku ingatkan, ini hanyalah sekadar perkongsian dan ilmu buat kita semua. Jangan ada pula nanti yang gunakan nama-nama ini sebagai nama komersial pula ya! Dan mungkin ada juga yang “mengagungkan” pula syaitan-syaitan ini. Ingat, Allah yang maha berkuasa, tiada makhluk lain.

15 nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib diketahui

#1. Zalitun

Nama syaitan yang pertama dan tugasnya adalah zalitun. Tugasnya adalah menghasut manusia agar menjadi boros dan suka berbelanja hingga sampai membazir. Dia akan menghasut manusia lebih kepada makan dan minum.

Biasa kan, perut dah kenyang, tapi sebab nak upload di laman sosial, beli juga,janji dapat upload, dan akhirnya di buang begitu sahaja.

#2. Sabrum

Syaitan kedua adalah syaitan yang kerjanya menghasut manusia kearah jalan yang jahat. Kerjanya juga menghasut agar manusia jadi tidak sabar dengan ujian yang diterima. Contohnya menyalahkan keadaan serta menyalah tuhan yang maha esa atas segala ujian yang diterima.

#3. Dassim

Seterusnya adalah dassim. Syaitan yang kerjanya mengganggu rumah tangga. Tugas dassim adalah memecah belahkan pasangan suami isteri. Dia akan hasut agar pasangan suka bertengkar hingga bercerai. Dia juga akan menghasut manusia agar sentiasa marah dengan perkara yang remeh temeh. Selain itu, kerjanya juga menghasut adik beradik agar membenci satu sama yang lain.

#4. Murrah.

Tugasnya murrah ini adalah mendekati ahli muzik dan menghasut mereka agar selalu lalai dan lupa. Kerjanya juga menghasut ahli-ahli ibadah semasa berwuduk agar membazir. Contohnya menggunakan banyak air.

#5. Laqnis.

Lagnis ditugaskan untuk menganggu orang yang bersuci dan berwuduk. Kerjanya adalah menimbulkan keraguan dan buatkan hati manusia sentiasa rasa tidak sempurna.

#6. Masud.

Masud pula ditugaskan untuk menghasut manusia agar selalu mengumpat, memfitnah dan berdendam sesame manusia. Kalau korang selalu rasa macam ini, percayalah, korang dah dihasut oleh masud.

#7. Lakhus

Lakhus pula kerjanya menghasut agar manusia menyembah selain daripada Allah. Dosa bagi mereka yang menyekutukan Allah tersangatlah besar ya!

#8. Abyadh

Seterusnya adalah Abyadh. Diantara kesemua senarai syaitan di atas, boleh dikatakan abyadh punya tugas yang berat. Ini adalah kerana, tugasnya adalah menghasut dan mengoda para nabi dan rasul yang diutuskan Allah kepada manusia.

#9. Khanzab

Seterusnya adalah syaitan yang ditugaskan untuk mengganggu ketika sholat. Khanzab akan membuatkan kita rasa was-was ketika solat dan sentiasa menimbulkan rasa tidak yakin dengan agama Allah di dalam hati manusia.

#10. A’awar

Kalau abyadh ditugaskan untuk mengoda para nabi dan rasul, a’awar pula ditugaskan untuk mengoda para raja dan orang besar agar bersifat zalim. Kerjanya juga menghasut agar sentiasa rasa takabur dengan jawatan yang ada dan membiarkan rakyat terbiar.

#11. Miswat

Tugas miswat adalah menanam rasa seronok manusia agar selalu bermaksiat dan suka kepada perkara maksiat. Miswat juga ditugaskan untuk sentiasa melengah-lengahkan manusia daripada berbuat baik dan amal solih.

#12. Khannas

Inilah syaitan yang menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia terhadap keesaan Allah. Adapun kerjanya adalah melalaikan manusia daripada mengingat Allah.

#13. Zalanbur

Seterusnya dalam nama nama syaitan dan iblis adalah zalanbur. Tugasnya adalah menimbulkan rasa ujub dan sombong serta takabur dengan segala kelebihan yang ada pada diri manusia.

#14. Watiin.

Tugas watiin adalah mendekati manusia yang sedang ditimpa musibah dan menghasut agar berprasangka buruk kepada Allah.

#15. Haffaf

Dan akhir sekali adalah haffaf. Tugasnya adalah mengajak manusia berbuat maksiat dan berfoya foya serta suka minum arak.

Lagu lagu menyambut kedatangan bulan Ramadan

Lagu lagu menyambut kedatangan bulan Ramadan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila masuk bulan Ramadan ni, aku suka betul dengar lagu ramadhan tiba ramadhan tiba daripada opick dan lagu ramadhan raihan. Yang ini ada 2, satu bertajuk Harapan Ramadhan dan satu lagi lailatul qadar. Lagu-lagu ini bila berkumandang, Ya Allah, rasa sayu sahaja. Hari ini terasa macam nak kongsikan setiap lirik-lirik lagu ini agar kita lebih faham dan menghargai bulan yang mulia ini.

Lirik lagu Opick - Ramadhan Tiba.

Ramadhan tiba

Ramadhan tiba

Ramadhan tiba

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan


Ramadhan tiba

Ramadhan tiba

Ramadhan tiba


Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan


Ramadhan tiba semua bahagia

Tua dan muda bersuka cita

Bulan ampunan bulan yang berkah

Bulan terbebas api neraka


Andaikan saja Ramadhan semua

Bulan yang tiba bulan yang ada

Karena besarnya setiap pahala

Yang di janjikan kepada kita


Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan


Dalam bersahur ada pahala

Dalam berbuka alangkah indah

Menahan diri menahan lidah

Menjaga hati menjaga mata


Banyakkan amal hari-harinya

Pahala datang berlipat ganda

Berlomba-lomba untuk ibadah

Dunia bahagia surga nantinya


Lirik lagu Raihan – Harapan Ramadhan (feat. Man Bai)


Ku mengharapkan Ramadhan

Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna

 

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahnya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti

 

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

 

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatmu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua


Lirik lagu Raihan - Lailatul Qadar


Di Dalam Bulan Ramadhan

Ada Satu Malam

Nilainya Menyamai

Dengan Seribu Bulan


Itulah Dia Malam Al-qadar

Hadiah Pada Hambanya Yang Bertaqwa


Di Dalam Bulan Ramadhan

Ada Satu Malam

Nilainya Menyamai

Dengan Seribu Bulan


Singkaplah Tabir

Di Sepuluh Malam Terakhir

Berlumba Kita Mencari KeredhaanNya

Hidupkan Malam Beribadah Dan Iktikaf

Berdoa, Bertasbih Dan Memohon Keampunan


Malam Apakah Ini?

Kiraannya 83 Tahun

Melangkaui Kadar Lazim Biasa Umum

Usia Umat Nabi Pilihan

Beruntunglah Bagi Hamba


Di Dalam Bulan Ramadhan

Ada Satu Malam

Barangsiapa Yang Menghidupkan

Lailatul Qadar

Akan Diampunkan Dosa-dosanya Yang Silam


Ya Allah

Yang Memberi

Kemaafan

Maafkanlah Kami

Semua Hamba-hambaMu

 

Tradisi menyambut hari mantai

Tradisi menyambut hari mantai | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mantai. Bagi mereka yang mengetahui akan hari ini, pasti sedang sibuk membuat persiapan. Namun, bagi mereka yang tidak tahu menahu, apakah hari mantai, pasti tertanya-tanya, perayaan apakah mantai tersebut? Dan kenapa ianya diraikan? Dan yang sering menjadi tanda Tanya, apakah itu hari mantai?

Aku secara jujurnya, tak tahu pun hari mantai itu apa? Sungguh aku beritahu ni. Sejak aku bernikah dengan orang Melaka, setiap kali ada perayaan (kebiasaannya hari raya) malam sebelumnya mereka akan buat hari mantai. Contoh macam nak puasa esok kan, jadinya malam ini adalah hari mantai, macam itu.

Daripada bacaan aku, hari mantai bermaksud:

Mantai membawa maksud membantai. Ianya di sambut sehari sebelum Ramadan dan Syawal. Antara aktiviti pada hari mantai adalah melapah daging, bakar lemang atau masak ketupat dan memasak rendang.

Aktiviti mantai ini merupakan tradisi masyarakat negeri Sembilan pada asalnya namun kini boleh kata di sambut oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Mantai ini sebenarnya tidak wajib pun dibuat, namun ianya dibuat agar kita lebih bersemangat menyambut Ramadan mahupun syawal.

Selain daripada aktiviti memasak, hari mantai juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dan kebiasaanya, hari mantai akan melibatkan kesemua ahli keluarga. Yang jauh pulang ke kampung. Memasak dan makan bersama-sama. Namun, sejak perintah PKP dilaksanakan, ianya sedikit sebanyak mengurangkan kemeriahan hari mantai.

Sekarang, semua dah tahu kan hari mantai itu apa? Apa pun, semoga Ramadan kali ini memberi kita semua 1001 makna. Dan semoga wabak covid segera habis dan kehidupan kembali normal. Rindu betul dengan kehidupan sebelum wabak ini kan?

 

perkara yang membatalkan puasa

7 perkara yang membatalkan puasa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. InsyaAllah, esok 13 april 2021, umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan al Mubarak. Alhamdulilah, bulan puasa kali ini terasa lain daripada yang lain. Menjelang masukkan bulan puasa ini, ayuh kita sama-sama buat ulang kali, 7 perkara yang membatalkan puasa

Baik! Antara perkara yang membatalkan puasa antara lain adalah makan dan minum dengan sengaja. Puasa sendiri bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula awal pagi sehinggalah ke lewat petang. Jika dalam tempoh masa ini, kita dengan sengaja makan atau minum (tanpa alasan yang kukuh) maka puasa kita terbatal dengan sendirinya.

Namun, jika seseorang itu terlupa (benar-benar terlupa yang dia sedang berpuasa) maka puasanya tidak terbatal:

”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7 perkara yang membatalkan puasa

#1. Keluar darah haid dan nifas.

Apabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari dan pada bulan Ramadan, maka puasanya dengan sendiri dah terbatal. Namun, dia perlu mengantikan puasa tersebut pada hari yang lain.

Dan perlu diingatkan juga, haid dan nifas ini hanya untuk wanita. Jangan pula ada yang lelaki, tiba-tiba tak puasa sebab alasan datang bulan. Ini hukumnya salah ya!

#2. Berjimak pada siang hari.

Khas buat pasangan suami isteri sama ada yang baru berumah tangga ataupun sudah lama. Diantara perkara yang membatalkan puasa suami isteri adalah berjimak di siang hari. Apabila pasangan suami isteri berjimak, puasa mereka terbatal dengan sendirinya. Puasa tersebut harus diganti dan dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan sepertimana disebut didalam hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim. Diantara lain denda-dendanya adalah:

  • Membebaskan hamba yang beriman
  • Atau wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Jika ada hari yang terbatal, maka mereka perlu mengulanginya semula.
  • Dan jika tidak mampu (setelah berusaha) maka mereka hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.

#3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

Mengeluarkan air mani dengan sengaja juga termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa. Namun jika seseorang itu bermimpi dan keluar air mani, maka puasanya tidak terbatal kerana itu bukan kehendaknya. Dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan puasanya.

#4. Muntah dengan sengaja.

Muntah dengan sengaja ini bermaksud seseorang memasukkan sesuatu di dalam tekak dengan tujuan untuk muntah (atas alasan tertentu) dan ini termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa.

#5. Pengsan atau pitam

Jika seseorang yang pitam atau pengsan yang teruk. Maka puasa mereka ini juga terbatal dengan sendirinya.

#6. Merokok

Selain makan dan minum adalah dilarang sama sekali ketika berpuasa, merokok juga termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa. Walaupun ianya bukan berkaitan makanan ataupun minuman, tetapi asap rokok juga boleh masuk kedalam rongga badan.

#7. Murtad.

Seseorang muslim yang mengaku murtad atau keluar islam secara sengaja atau tidak adalah termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa. Dan perlu diketahui, hukum mereka yang keluar islam atau murtad adalah dosa besar.

 

Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan

Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. insyaAllah, tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk ke dalam bulan puasa. Mesti dah banyak persediaan yang dilakukan untuk menyambut Ramadan 2021 ini kan? Dan seperti kebiasaan setiap tahun, pasti ada yang mencari Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan kan? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua bacaan niat ini.

Niat puasa dan maksudnya

Niat merupakan salah satu rukun dalam puasa dan hukum Niat puasa Ramadhan adalah wajib. Tanpa niat, seseorang itu di anggap tidak berpuasa, walaupun dia menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Niat puasa dilakukan pada setiap malam. Niatnya adalah seperti:

Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan

Bacaan niat puasa selama sebulan.

Kalau mengikut mazhab Syafie, kita perlu membaca niat pada setiap malam. Namun, mengikut mazhab maliki, boleh untuk berniat puasa selama sebulan kerana ianya sebagai langkah berjaga-jaga daripada terlupa untuk membaca niat puasa Ramadan.

Namun, tidak ada masalah sebenarnya kita nak baca niat puasa sebulan ini. Namun, kita digalakkan untuk tetap berniat pada setiap malam. Dan bacaan niat puasa selama sebulan:

Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan

Perkara Sunnah dilakukan dalam bulan Ramadan:

  1. Berniat di dalam hati untuk berpuasa (pada malam hari)
  2. Bersahur
  3. Memperbanyakkan istighfar
  4. Memperbanyakkan membaca Al-quran
  5. Memperbanyakkan berdoa semasa dan ketika hendak berbuka puasa
  6. Menyegerakan waktu berbuka puasa
  7. Berbuka dengan kurma
  8. Memperbanyakkan sedekah/memberi orang makan
  9. Solat sunat terawih
  10. Tahajjud di waktu awal pagi

 Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF

Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF  | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak 2 menjak ni, “kegilaan” aku untuk beli perfume macam dah tak tertahan. Rasanya dalam sebulan, dah 4 botol perfume aku beli. Haha. Dan itu sebenarnya masih belum cukup sebab ada lagi beberapa jenis perfume yang aku belum dapat. Rasa macam nak buat koleksi je semua perfume ni.

Dan kalau korang juga peminat perfume, mesti korang akan perasan dengan perkataan EDP,EDT,EDC & EF tu. Apa maksud perkataan itu? Dan ada apa-apa perbezaan ke pada setiap perfume? Jawapannya pasti ada dan ianya bukan sahaja diletakkan di botol perfume ya!

# Perfume

Kita mulakan dengan perfume. Boleh kata susah nak cari perfume yang asli sekarang ini. Perfume memiliki kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Dan ini menyebabkan harga perfume sangat mahal berbanding wangian yang lain.

# Eau de parfume (EDP)

Kalau perfume memiliki kepekatan sehingga 40 %, Eau de parfume pula memiliki kepekatan sebanyak 10% hingga 20%. Namun jika dibandingkan dengan EDT dan wangian yang lain, bau EDP mampu tahan sehingga 5 jam lamanya!

# Eau de Toilette (EDT)

Eau de Toilette adalah minyak wangi yang mempunyai bau yang lebih ringan. Kandungan alcohol yang tinggi di dalam EDT mengakibatkan baunya tidak tahan lama. Dan rata-rata mereka yang menggunakan wangian EDT ini akan menggunakan ianya berulang kali. Dan kandungan kepekatan wangiannya Cuma 4% hingga 15% sahaja.

# Eau de Cologne (EDC)

Kalau bau EDT tidak bertahan lama, bagaimana pula dengan bau EDC? Dengan kadar kepekatan Cuma sekitar 2% hingga 5%, rasanya semua dah boleh teka berapa lama bau EDC ini akan bertahan kan?

Cologne biasanya diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi pelbagai bahan seperti minyak pati,lemon oren dan bergamot.

# Eau Fraiche (EF)

Dan yang terakhir adalah EF. Wangian ini mengandungi kandungan alcohol yang sedikit dan sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit yang sensitive. Dan atas sebab itu juga, bau wangian ini Cuma mampu bertahan selama 2 jam sahaja. Dan kepekatan yang dimiliki Cuma sekitar 1% hingga 2% sahaja.

Koleksi perfume yang ada.

Selingan sedikit nak cerita pasal koleksi perfume yang aku ada sekarang. Buat masa sekarang aku ada:

# Spicebomb 


Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF

# Aventus creed

Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF

#Boss

Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF

# Summer

Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF



# Scandal

Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF


# Black Opium

Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF
Untuk scandal dengan Black Opium ni aku tak pakai, tapi sebab suka bau dia, jadi aku beli la juga. hehehe.

 jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak kerja kerajaan

Ini 5 jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak kerja kerajaan? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak cerita sikit pasal kerja kerajaan vs kerja swasta. Alhamdulilah, aku dah menabur bakti dalam pekerjaan swasta selama hampir 15 tahun lamanya. Dan baru kini aku “terasa’ nak masuk dalam bidang kerajaan pula. Secara jujurnya, memang dah terlambat la kan dengan usia aku sekarang ini. Namun, rezeki Allah itu maha luas kan? Baik! kenapa anda nak kerja dengan kerajaan? Ini jawapannya!

Kerja kerajaan boleh keluar kwsp.

Dulu, aku selalu dengar kawan-kawan aku yang apply kerja kerajaan ni kata, kalau dapat masuk kerja kerajaan, boleh keluarkan duit kwsp. Sebab kerja kerajaan ni ada pencen. Itu bezanya dengan pekerja swasta. Kami tak ada pencen, tapi ada kwsp. Pekerja kerajaan tak ada kwsp, tapi ada pencen.

Tapi persoalan sekarang, adakah jawapan kenapa nak kerja kerajaan semata-mata kerana nak keluarkan duit kwsp? Mungkin ya pada sesetengah orang tapi tidak pada aku sebenarnya. Aku lebih suka dengan jawapan, kerja kerajaan boleh sambung belajar! Sebab ramai sebenarnya aku tengok kawan-kawan aku yang sambung belajar lepas di terima dalam kerajaan.

Kalau ikutkan, aku kalau nak apply kerja kerajaan, boleh apply kerja kerajaan kelayakan pmr sahaja. Maklumlah, keputusan spm aku tak berapa nak baik dekat bahasa melayu tu. Hehehe. Teringat kata-kata guru aku dulu:

Awak kena ambil paper julai ni, sebab keputusan bahasa melayu awak tak berapa baik. Susah nanti nak minta kerja.

Waktu itu, mana kita nak dengar kata sangat. Budak baru habis SPM kan. Rasa macam syok la sikit sebab dah habis sekolah kan? Haha. Bila teringat balik, aku tak rasa menyesal sangat pun. Sebab aku percaya rezeki Allah itu maha luas. Janji ada usaha, pasti ada kejayaan. Amboi!

Tapi yelah, bukanlah aku nak kata apa, aku pernah sebenarnya dapat peluang dalam kerajaan. Lama dulu. Walaupun sejujurnya aku cakap, keputusan bahasa melayu aku tak berapa memberansangkan, tapi ego aku waktu itu mengatasi segalanya. Sejenis yang, apa barang kerja kerajaan guna kabel?

Waktu itu, aku yakin aku boleh dapat kerja sendiri tapi guna orang dalam. Tapi ternyata, dalam keadaan sekarang ni, kalau kau tak ada orang dalam, memang susah lah nak dapat kerja. Jujur aku cakap ni, mana-mana tempat pun, semua sama. Betul tak?

jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak kerja kerajaan

Jawatan kosong kerja kerajaan

Dan seperti yang aku katakan awal tadi, bila dah lama dalam bidang swasta, maka sekarang, aku kerap la juga intai-intai jawatan kosong kerajaan 2021. Makin meningkat usia ni, makin lain macam kehendak hati tu. Kalau dulu, teringin nak masuk tentera. Tapi sekarang, teringin betul nak masuk politik. Usia kan? Hahaha.

Dan salah satu impian aku (impian semua orang juga) adalah nak dapat kerja kerajaan di luar negara! Fuh! Siapa tak nak kan? Kerja dengan duta Malaysia dekat luar negara. Tapi persoalannya adalah, bahasa melayu pun tak berapa baik, ada hati nak kerja luar negara. Hahahahaha. Tapi rezeki Allah, siapa tahu kan? Semoga aku dapatlah kerja kerajaan dekat luar negara dalam masa terdekat ini, aminnn.

Kenapa saya memilih kerja kerajaan

Baik, berbalik kepada point utama tadi, kenapa nak kerja kerajaan? Kenapa pilih kerja kerajaan berbanding swasta? Banyak juga point yang aku kongsikan di atas tadi. Dan aku nak kongsikan dengan korang yang bakal pergi interview kerja kerajaan, beberapa soalan dan jawapan yang boleh korang gunakan kelak, insyaAllah.

5 jawapan Kenapa anda berminat untuk bekerja di sektor awam?

Jawapan #1 :

Bekerja di dalam sektor ini merupakan satu kebanggaan buat diri saya dan saya ingin berbakti kepada negara,bangsa dan agama. Dengan memberikan perkhidmatan terbaik saya untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.

Jawapan #2 :

Bidang ini merupakan minat dan cita-cita saya sejak kecil dan turut di bantu dengan dorongan daripada keluarga saya. Yang mana mereka juga adalah bekas pekerja dalam bidang ini. Jadi saya sangat berharap agar diterima sebagai penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti kepada negara.

Jawapan #3 :

Bekerja di sektor awam juga dapat memberi saya peluang untuk menambah ilmu dalam bidang kerja ini kerana ilmu ini sudah pastinya tidak akan saya dapat di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi cekap dan berpengetahuan tinggi.

Jawapan #4 :

 Saya juga memilih pekerjaan dalam sektor awam adalah kerana jaminan yang tinggi buat masa depan saya. Melihat kepada keadaan semasa yang mana ramai pekerja swasta diberhentikan kerja, saya sangat yakin, pekerjaan ini memberi jaminan buat masa depan saya.

Jawapan #5:

Selain daripada jaminan masa depan, saya juga memilih bidang ini kerana manfaat untuk diri saya dan keluarga terutamanya dalam bidang perubatan. Kelebihan dan manfaat ini pastinya tidak akan saya dapat daripada mana-mana pekerjaan lain.

Oklah, itulah 5 jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak kerja kerajaan. Harapan aku buat semua yang ingin memasuki sektor awam akan dapat dalam masa terdekat ini ya. Semoga korang Berjaya dalam interview kerja kerajaan nanti. Ok, jumpa lagi dalam post yang akan datang.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ►  May (8)
    • ▼  April (17)
      • 11 jenis manusia yang didoakan oleh malaikat
      • Cara semak saman JPJ secara Online
      • Alhamdulilah! Dapat 1 lagi blog adsense!
      • 5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan
      • 15 nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib dike...
      • Lagu lagu menyambut kedatangan bulan Ramadan
      • Tradisi menyambut hari mantai
      • 7 perkara yang membatalkan puasa
      • Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan
      • Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF
      • Ini 5 jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak ker...
      • Elakkan 7 perkara ini untuk kekal bertenaga sepanj...
      • 7 persediaan sebelum berhenti kerja. No 7 Sangat p...
      • Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bagi Seluruh Negeri ...
      • 7 tanda kasih sayang Allah kepada hambanya
      • Macam mana nak tahu mimpi tu betul atau tidak?
      • 4 kategori golongan yang dibenarkan tidak berpuasa
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    SKMM Arahkan Syarikat Telekomunikasi Halang Pautan URL Dalam SMS
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates