15 nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib diketahui
15 nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib
diketahui |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lain macam pula post aku kali ini, nak
bercerita mengenai nama syaitan beserta
tugasnya. Namun, sebagai umat islam, kita sememangnya perlu untuk tahu
kerana setiap perkara yang tidak baik pastinya akan datang bersamanya hasutan
daripada syaitan. Dan setiap daripada syaitan ini punya tugas masing-masing.
Seperti yang
aku sebutkan di awal tadi, setiap daripada syaitan ini punya tugas
masing-masing. Ada syaitan yang ditugaskan untuk mengganggu rumah tangga. Ada pula
syaitan yang ditugaskan untuk ganggu solat. Dan ada pula syaitan yang
ditugaskan untuk mengganggu bayi. Dan pelbagai tugasan yang lain.
Dan sebelum
aku kongsikan senarai nama syaitan dan tugas-tugasnya, suka untuk aku ingatkan,
ini hanyalah sekadar perkongsian dan ilmu buat kita semua. Jangan ada pula
nanti yang gunakan nama-nama ini sebagai nama komersial pula ya! Dan mungkin
ada juga yang “mengagungkan” pula syaitan-syaitan ini. Ingat, Allah yang maha
berkuasa, tiada makhluk lain.
15 nama syaitan dan tugas-tugasnya yang wajib diketahui
#1. Zalitun
Nama
syaitan yang pertama dan tugasnya adalah zalitun. Tugasnya adalah menghasut manusia
agar menjadi boros dan suka berbelanja hingga sampai membazir. Dia akan
menghasut manusia lebih kepada makan dan minum.
Biasa kan,
perut dah kenyang, tapi sebab nak upload di laman sosial, beli juga,janji dapat
upload, dan akhirnya di buang begitu sahaja.
#2. Sabrum
Syaitan kedua
adalah syaitan yang kerjanya menghasut manusia kearah jalan yang jahat. Kerjanya
juga menghasut agar manusia jadi tidak sabar dengan ujian yang diterima. Contohnya
menyalahkan keadaan serta menyalah tuhan yang maha esa atas segala ujian yang
diterima.
#3. Dassim
Seterusnya adalah
dassim. Syaitan yang kerjanya mengganggu rumah tangga. Tugas dassim adalah memecah
belahkan pasangan suami isteri. Dia akan hasut agar pasangan suka bertengkar
hingga bercerai. Dia juga akan menghasut manusia agar sentiasa marah dengan
perkara yang remeh temeh. Selain itu, kerjanya juga menghasut adik beradik agar
membenci satu sama yang lain.
#4. Murrah.
Tugasnya murrah
ini adalah mendekati ahli muzik dan menghasut mereka agar selalu lalai dan
lupa. Kerjanya juga menghasut ahli-ahli ibadah semasa berwuduk agar membazir. Contohnya
menggunakan banyak air.
#5. Laqnis.
Lagnis ditugaskan
untuk menganggu orang yang bersuci dan berwuduk. Kerjanya adalah menimbulkan
keraguan dan buatkan hati manusia sentiasa rasa tidak sempurna.
#6. Masud.
Masud pula
ditugaskan untuk menghasut manusia agar selalu mengumpat, memfitnah dan
berdendam sesame manusia. Kalau korang selalu rasa macam ini, percayalah,
korang dah dihasut oleh masud.
#7. Lakhus
Lakhus pula
kerjanya menghasut agar manusia menyembah selain daripada Allah. Dosa bagi
mereka yang menyekutukan Allah tersangatlah besar ya!
#8. Abyadh
Seterusnya adalah
Abyadh. Diantara kesemua senarai syaitan di atas, boleh dikatakan abyadh punya
tugas yang berat. Ini adalah kerana, tugasnya adalah menghasut dan mengoda para
nabi dan rasul yang diutuskan Allah kepada manusia.
#9. Khanzab
Seterusnya adalah
syaitan yang ditugaskan untuk mengganggu ketika sholat. Khanzab akan membuatkan
kita rasa was-was ketika solat dan sentiasa menimbulkan rasa tidak yakin dengan
agama Allah di dalam hati manusia.
#10. A’awar
Kalau abyadh
ditugaskan untuk mengoda para nabi dan rasul, a’awar pula ditugaskan untuk
mengoda para raja dan orang besar agar bersifat zalim. Kerjanya juga menghasut
agar sentiasa rasa takabur dengan jawatan yang ada dan membiarkan rakyat
terbiar.
#11. Miswat
Tugas miswat
adalah menanam rasa seronok manusia agar selalu bermaksiat dan suka kepada
perkara maksiat. Miswat juga ditugaskan untuk sentiasa melengah-lengahkan
manusia daripada berbuat baik dan amal solih.
#12. Khannas
Inilah syaitan
yang menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia terhadap keesaan Allah. Adapun
kerjanya adalah melalaikan manusia daripada mengingat Allah.
#13. Zalanbur
Seterusnya dalam
nama nama syaitan dan iblis adalah zalanbur. Tugasnya adalah menimbulkan rasa
ujub dan sombong serta takabur dengan segala kelebihan yang ada pada diri
manusia.
#14. Watiin.
Tugas watiin
adalah mendekati manusia yang sedang ditimpa musibah dan menghasut agar
berprasangka buruk kepada Allah.
#15. Haffaf
Dan akhir sekali adalah haffaf. Tugasnya adalah mengajak manusia berbuat maksiat dan berfoya foya serta suka minum arak.
0 Comments