4 kategori golongan yang dibenarkan tidak berpuasa
4 kategori golongan yang dibenarkan tidak
berpuasa |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, kita dah memasuki bulan
April 2021. Dan insyaAllah, seluruh umat islam akan mula berpuasa bermula 13
april 2021 ini. Semoga kita semua Berjaya memasuki bulan Ramadan ini dengan
rasa kesyukuran yang tinggi. Baik, bercerita mengenai puasa, tahukah kalian
bahawa ada orang yang dibolehkan untuk
tidak berpuasa? Dan siapakah mereka? Sila lanjutkan bacaan kalian.
Seringkali bila
masuk sahaja bulan puasa, ramai yang “tiba tiba” jatuh sakit. Tiba-tiba kena
gastrik sebab tak nak berpuasa. Walhal, dalam setahun, umat islam Cuma berpuasa
30 hari sahaja. Dan jika mereka tahu kebaikan
berpuasa untuk tubuh badan manusia, pasti mereka ingin selalu berpuasa.
Namun, hari
ini, aku bukanlah mahu berkongsikan kelebihan tersebut, namun aku ingin
kongsikan dengan semua, terdapat 4 golongan dalam islam, yang mana mereka ini orang yang dibolehkan tidak berpuasa. Makna
kata, tak berpuasa pun boleh. Namun, ianya tetap perlu diganti ya. Bukan kata
tak puasa tapi bila mana mereka mampu berpuasa, maka, gantikanlah puasa
tersebut.
4 kategori golongan yang dibenarkan tidak berpuasa
Baik, berikut
orang-orang yang dibolehkan tidak
berpuasa di bulan Ramadhan:
#1. Orang sakit
Untuk kategori
pertama, orang sakit adalah mereka yang mana bila berpuasa, akan memudaratkan
kesihatan mereka. Kalau kata tak makan, sakit mereka akan jadi lebih teruk. Ha,
golongan ini adalah orang yang dibolehkan tidak berpuasa.
Allah
berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 185:
"Dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain."
#2. Orang yang sedang dalam perjalanan
jauh/musafir
Bagi
kategori kedua orang-orang yang
dibolehkan tidak berpuasa adalah mereka yang sedang dalam perjalanan yang
jauh/musafir. Dalam kategori ini, jika puasa itu memberatkan mereka, atau
menghalang mereka daripada membuat kebaikan, maka mereka dibolehkan untuk tidak
berpuasa. Namun, seperti awal tadi, puasa itu harus diganti pada hari lain.
Jabir bin
Abdullah radiallahu ‘anhu berkata:
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bermusafir, lalu baginda melihat sekelompok manusia, dan seorang lelaki berteduh pada mereka. Baginda bertanya: Apa ini? Mereka menjawab: Lelaki ini berpuasa. Baginda berkata: Tiada kebaikan berpuasa ketika musafir. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, hadis no: 1819]
#3. Orang tua
Bagi kategori
ketiga pula adalah orang tua yang uzur. Mereka yang tidak mampu berpuasa adalah
tergolong di dalam orang yang dibolehkan untuk tidak berpuasa. Namun sebagai
gantinya, mereka diwajibkan untuk membayar fidyah iaitu dengan memberi makan
kepada fakir miskin setiap kali mereka tidak berpuasa.
#4. Wanita hamil dan menyusu
Dan golongan
yang terakhir yang dibolehkan tidak berpuasa adalah wanita hamil dan menyusu. Apabila
mereka tidak mampu berpuasa, maka dibolehkan namun puasa itu perlu digantikan
pada hari lain.
Wanita yang
di datangi haid dan nifas juga dilarang untuk berpuasa. Selama mana masa
tersebut. Namun, ianya juga perlu digantikan dengan hari yang lain.
Baiklah,
itulah 4 kategori golongan yang
dibenarkan tidak berpuasa. Dan buat mereka yang terasa tidak mahu berpuasa
itu, adalah kalian tergolong dalam kategori ini? Jika ya, anda adalah orang
yang dibolehkan tidak berpuasa. Namun jika tiada dalam kategori ini, maka
berpuasa lah kerana terdapat banyak kelebihan untuk kita.
Dalam kesempatan
ini, aku ingin memohon kebaikan kalian agar dapat menghadiahkan pahala Al
fatihah kepada arwah ibuku, zainab bte saad dan arwah ayahku, Mustafa bin Ali. Semoga
roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan yang dikasihi
Oleh Allah. Aminn.
0 Comments