5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan
5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, Allah temukan kita sekali lagi dengan bulan yang penuh
rahmat. Syukur alhamdulilah. Kita masih berpeluang berada di dalam bulan yang
penuh dengan keampunan. Baik, melangkah masuk ke dalam bulan Ramadan 2021 ini,
bagi seorang muslim, terdapat 5 kerugian jika mereka melakukan hal-hal ini.
Berada di
dalam bulan Ramadan 2021 ini merupakan nikmat terbesar buat semua umat islam
seluruh dunia. Dan kita di anjurkan untuk berbuat pahala sebanyak mungkin
kerana ianya akan berganda di dalam bulan ini. Namun, kita sering terlupa, di
dalam kebaikkan itu, jika tidak djaga dengan betul, bakal mendatangkan kerugian
buat kita.
5 kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan
#1. Bangun bersahur tapi tidak mendirikan solat
sunat
Jika sebelum
ini, “agak sukar” untuk kita menunaikan solat tahajud, tapi dengan datangnya
bulan Ramadan 2021 ini, kita perlu bangun sahur. Di dalam waktu sahur itu
sendiri terdapat pelbagai keberkatan. Dan tersangatlah rugi jika kita tidak
menunaikan solat tahajud.
Solat tahajud
sangat dikenali dengan “keberkatan doanya”. Dan di waktu ini juga kita
tersangat dekat dengan Allah. Jadi, dah bangun awal pagi untuk siapkan sahur,
jangan lupa solat tahajud sekali ya!
#2. Meninggalkan hari tanpa bersedekah
Dah bangun
sahur, dah solat tahajud, jangan tidur! Baca quran dan berzikirlah sampai masuk
waktu subuh. Dah solat sunat subuh dan solat subuh, jangan sesekali tinggalkan
sedekah subuh. Nak kaya raya, jangan kedekut untuk bersedekah.
Sedekah RM1
pun tidak apa. Janji niat kita ikhlas untuk bersedekah. Dan jika sewaktu kita
bersedekah itu, kena pada hari lailatul qadar, maka ketahuilah yang pahala
sedekah itu akan digandakan Allah berlipat kali ganda, aminn.
#3. Menunggu waktu berbuka tapi tidak berdoa.
Bila dah
lihat makanan sedap-sedap atas meja, mesti lupa nak berdoa kan? Doa mereka yang
berpuasa ini makbul ya! Lebih-lebih lagi doa sebelum berbuka. Jadi, gunakan
waktu “singkat” sebelum berbuka puasa itu untuk berdoa kepada Allah.
#4. Tidak baca Quran
Rugilah mereka
yang mensia-siakan bulan Ramadan ini dengan tidak mengambil kesempatan untuk
baca Al-quran. Alquran lah yang akan menjadi peneman kita kelak di alam kubur. Kalau
mampu, khatamlah Al-quran di dalam bulan Ramadan ini. Jika tidak mampu, bacalah
yang kita tahu (dan kalau boleh, belajarlah baca Al-quran).
Dan jika
tidak tahu juga, cukuplah dengan pasang Ayat Alquran setiap hari. Pasanglah sehingga
lengkap bacaan penuh Al-quran selama sebulan berpuasa. Agar dapat sedikit
pahala kerana mendengar bacaan Al-quran.
#5. Tidur sepanjang hari.
Puasa? Tak makan?
Lapar? Kemudian tidur sepanjang hari sebab nak tunggu waktu berbuka lama? Maka ketahuilah
yang kamu termasuk dalam senarai 5
kerugian bagi seorang muslim di dalam bulan Ramadan.
Puasa sangat
menyihatkan tubuh. Kalau zaman nabi dulu, mereka berperang. Zaman kita, tak kan
lemah pula kan? Jadi jangan hanya tidur sepanjang hari. Malah bersemangatlah! Jadilah
muslim yang hebat!
0 Comments