7 perkara yang membatalkan puasa | MrEjoy

7 perkara yang membatalkan puasa

 

perkara yang membatalkan puasa

7 perkara yang membatalkan puasa | Assalamualaikum dan salam sejahtera. InsyaAllah, esok 13 april 2021, umat islam seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadan al Mubarak. Alhamdulilah, bulan puasa kali ini terasa lain daripada yang lain. Menjelang masukkan bulan puasa ini, ayuh kita sama-sama buat ulang kali, 7 perkara yang membatalkan puasa

Baik! Antara perkara yang membatalkan puasa antara lain adalah makan dan minum dengan sengaja. Puasa sendiri bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula awal pagi sehinggalah ke lewat petang. Jika dalam tempoh masa ini, kita dengan sengaja makan atau minum (tanpa alasan yang kukuh) maka puasa kita terbatal dengan sendirinya.

Namun, jika seseorang itu terlupa (benar-benar terlupa yang dia sedang berpuasa) maka puasanya tidak terbatal:

”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

7 perkara yang membatalkan puasa

#1. Keluar darah haid dan nifas.

Apabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari dan pada bulan Ramadan, maka puasanya dengan sendiri dah terbatal. Namun, dia perlu mengantikan puasa tersebut pada hari yang lain.

Dan perlu diingatkan juga, haid dan nifas ini hanya untuk wanita. Jangan pula ada yang lelaki, tiba-tiba tak puasa sebab alasan datang bulan. Ini hukumnya salah ya!

#2. Berjimak pada siang hari.

Khas buat pasangan suami isteri sama ada yang baru berumah tangga ataupun sudah lama. Diantara perkara yang membatalkan puasa suami isteri adalah berjimak di siang hari. Apabila pasangan suami isteri berjimak, puasa mereka terbatal dengan sendirinya. Puasa tersebut harus diganti dan dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan sepertimana disebut didalam hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim. Diantara lain denda-dendanya adalah:

  • Membebaskan hamba yang beriman
  • Atau wajib berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Jika ada hari yang terbatal, maka mereka perlu mengulanginya semula.
  • Dan jika tidak mampu (setelah berusaha) maka mereka hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.

#3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.

Mengeluarkan air mani dengan sengaja juga termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa. Namun jika seseorang itu bermimpi dan keluar air mani, maka puasanya tidak terbatal kerana itu bukan kehendaknya. Dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan puasanya.

#4. Muntah dengan sengaja.

Muntah dengan sengaja ini bermaksud seseorang memasukkan sesuatu di dalam tekak dengan tujuan untuk muntah (atas alasan tertentu) dan ini termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa.

#5. Pengsan atau pitam

Jika seseorang yang pitam atau pengsan yang teruk. Maka puasa mereka ini juga terbatal dengan sendirinya.

#6. Merokok

Selain makan dan minum adalah dilarang sama sekali ketika berpuasa, merokok juga termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa. Walaupun ianya bukan berkaitan makanan ataupun minuman, tetapi asap rokok juga boleh masuk kedalam rongga badan.

#7. Murtad.

Seseorang muslim yang mengaku murtad atau keluar islam secara sengaja atau tidak adalah termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa. Dan perlu diketahui, hukum mereka yang keluar islam atau murtad adalah dosa besar.

Share:

0 comments