7 tanda kasih sayang Allah kepada hambanya | MrEjoy

7 tanda kasih sayang Allah kepada hambanya

 

tanda kasih sayang Allah kepada hambanya

7 tanda kasih sayang Allah kepada hambanya | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selalu dengar Ustaz ebit lew kata, pastikan Allah sayang kita. Buat apa pun, janji Allah sayang, pernah dengar kan? Apakah tanda Allah sayang dengan kita? Macam mana nak tahu Allah sayang kita? Ada pelbagai cara Allah sampaikan pada kita bagi menunjukkan yang Allah sayang pada kita.

Tanda tanda Allah sayang pada hambanya bukanlah sekadar memberi kekayaan semata mata. Bukan juga kesihatan yang baik. Bukan juga mengabulkan setiap dari doa kita. Namun, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan bukan mahukan. Kalaupun hidup kita sering dilanda dugaan dan cabaran, pastinya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

7 tanda kasih sayang Allah kepada hambanya

Perkongsian kali ini, aku nak kongsikan 7 tanda allah sayang dengan hambanya.

#1. Diberikan kesedihan.

Ujian dan dugaan tanda allah sayang. Ianya samalah dengan kesedihan. Sering kali kita merasa sedih atas segala ujian yang diberikan Allah. Mengeluh dengan segala perkara yang terjadi. Namun tahukah kita, bahawa kesedihan itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita?

Dengan kesedihan, kita pasti akan sering menyebut namanya.

#2. Diberikan kesakitan

Sakit itu tanda allah sayang! Seringkali daripada kalangan kita, yang sihat terus melupakan yang maha esa. Yang memberi kesihatan kepada kita dan keluarga. Dengan memberikan kesakitan, kita akan kembali kepadanya. Kita akan merintih kepadanya. Allah rindu akan suara hamba-hambanya memohon agar diberikan kesembuhan.

#3. Diberikan kehilangan

Seterusnya, tanda kasih sayang Allah terhadap hambanya adalah dengan memberikan kehilangan. Dengan rasa kehilangan ini, kita akan sering menyebut nama Allah. Kita akan sering berdoa agar diberikan ketabahan untuk menghadapinya.

#4. Diberikan kesusahan.

Segala ujian yang datang adalah tanda Allah sayang pada kita. Bentuk ujian juga didatangkan dengan kesusahan. Dengan kesusahan, kita akan menjadi redha. Dengan kesusahan, kita akan selalu ingat pada Allah.

#5. Di berikan penderitaan.

Seterusnya, 7 tanda kasih sayang Allah terhadap hambanya adalah dengan penderitaan. Ada nabi Allah yang diberikan penderitaan dengan sakit yang teruk, apakah Allah tidak kasih kepadanya? Maka, dengan penderitaan juga merupakan tanda Allah kasih kepada setiap hambanya.

#6. Diberikan kemiskinan

Kekayaan dan kemiskinan merupakan lumrah. Namun, adakah hanya yang kaya di pandang Allah? Tidakkah miskin juga ada hak? Kerana di mata manusia kita sangat berbeza tetapi tidak pada Allah. Allah maha adil, maha saksama.

#7. Diberikan kehinaan.

Hinakah kita? Mungkin ya di mata manusia namun tidak sesekali di hadapan Allah. Allah menguji hambanya dengan kehinaan bukan kerana Allah tidak suka tetapi kerana Allah sayang. Allah mahu kita meminta-minta kemuliaan darinya.

Share:

0 comments