Alhamdulilah! Dapat 1 lagi blog adsense!
Alhamdulilah! Dapat 1 lagi blog adsense! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Riang betul hati pagi ini. Manakan tidak, waktu awal buka email
tadi, terus ternampak email ni : Your
site is now ready to serve ads on AdSense! Apa maknanya tu? Itu bermakna,
website kita dah diluluskan untuk letak iklan adsense. Kalau korang buat duit
dengan google adsense, ini memang sesuatu yang sangat mengembirakan! Hehehe.
Macam mana nak buat duit dengan google adsense?
Baik,
rasanya banyak kali juga aku tulis cara
buat duit dengan google adsense dekat blog mrejoy.com ni, tapi tak apa lah,
aku kongsikan lagi ya! Mungkin ramai yang dah tahu, atau pun ada yang baru
tahu, yang kita sebenarnya boleh buat duit dengan blog.
Dan pada
aku sendiri, buat duit dengan blog
ini tersangatlah mudah! Sebabnya, kita Cuma perlu tulis dan kongsikan cerita
yang bermanfaat kepada semua. Ingat ya! Bermanfaat! Janganlah kongsi perkara
yang tidak betul atau benda-benda yang boleh merosakkan keharmonian kita semua.
Kena faham ya, blog ini sepenuhnya dibawah tanggungjawab penulis dan pemilik
blog tersebut.
Orait!
berbalik semula pada cerita Macam mana
nak buat duit dengan google adsense?
Perkara pertama
korang kena ada adalah blog. Dah nama pun nak buat duit dengan blog kan? Hahaha.
Untuk blog ni, ada 2, sama ada korang boleh gunakan blog percuma dengan domain
blogspot.com ataupun yang berbayar dengan domain .com.
Tapi aku
cadangkan adalah lebih baik korang gunakan domain berbayar. Ada sebabnya, nanti
aku kongsikan. Lepas dah ada blog, korang tulis. Jangan skip menulis. Paling teruk,
ada yang sebulan sekali. Ingat, kalau nak jana income dengan blog, korang kena
rajin menulis. Sama sahaja buat duit dengan blog ini dengan kerja hakiki. Rajin
korang dapat, tak rajin, maaflah yer.
Takkan macam tu sahaja buat duit dengan blog?
Iya! Tuan-tuan
dan puan-puan! Nak buat duit dengan google adsense ni tak adalah susah mana
pun! Buat blog kemudian tulis, dah siap! Cuma yang membezakan income korang
dengan yang lain adalah trafik blog. Lagi tinggi trafik blog korang, maka lagi
tinggilah income yang korang bakal dapat. Macamana
nak dapatkan trafik yang tinggi untuk blog? Taip cara dapatkan trafik
tinggi di blog dalam kotak carian yang ada disebelah kanan blog mrejoy.com ini
ya!
Rahsia buat duit dengan google adsense!
Aku sendiri
tak tahu nak kata ini sebagai rahsia atau tidak. Tapi kalau ramai yang tidak
tahu, aku anggap ianya sebagai rahsia lah ya! Baik, nak buat dengan dengan
google adsense ni, bukan sahaja trafik yang menjadi keutamaan, sebaliknya
adalah, berapa banyak blog yang boleh korang masukkan dalam list korang.
Ada beberapa
orang blogger Malaysia yang aku kenal, mereka tidak hanya bergantung pada 1
blog sahaja. Tapi ada banyak blog! Dan semuanya ada google adsense! Macam mana
nak dapatkan banyak akaun? Ahha! Itulah rahsianya! Hehehe.
Tapi itulah,
menulis atau bercakap ni tak semudah yang kita sangka. Dengar memang seronok,
ada banyak akaun, maka banyaklah yang boleh kita jana. Tapi percayalah, nak
jaga 1 blog pun bukan mudah. Kalau sekali kita miss update blog, nak mula balik
menulis tu memang makan masa. Tengok blog mrejoy.com ni cukuplah, lama betul
cuti! Hahaha.
Apa pun,
syukur sekali lagi, blog kedua aku dah dapat kelulusan adsense. Semoga income
online aku lebih besar 3 kali ganda daripada income bulanan aku. aminn. Dan aku
doakan korang juga Berjaya dalam menjana income online, orait! aminnnn.
0 Comments