Cara semak saman JPJ secara Online
Cara semak saman JPJ
secara Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak
kongsikan dengan semua cara paling mudah untuk tahu kenderaan kita ada saman
atau tidak. Kadang kita sendiri sama ada tak tahu atau “terlupa” yang kita ini
pernah kena saman. Ada kes juga yang mana, orang lain guna kenderaan kita, dan
mereka kena saman tapi tak beritahu kita pun, tahu-tahu bila check, ada saman. Aduhai!
Semak saman jpj secara online.
Baik, cara yang aku ingin kongsikan ini adalah untuk tahu
sama ada kenderaan kita ada kena saman dengan JPJ atau tidak ya. Sebelum itu,
buat mereka yang mungkin tidak tahu, JPJ adalah Jabatan Pengangkutan Jalan.
JPJ adalah sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian
Pengangkutan Malaysia. Jabatan inilah yang bertanggungjawab mengeluarkan no
plate kenderaan kita. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab di dalam membuat
pendaftaran dan perlesenan pemandu pada semua kenderaan bermotor.
Dan bagi penguatkuasaan dan pengawalselian adalah di bawah
tanggungjawab JPJ. Jadi jelas kan sekarang apakah peranan sebenar JPJ?
Berbalik semula kepada cara nak semak saman jpj melalui online.
#1. Pertama, kena masuk ke laman web JPJ : https://www.jpj.gov.my/
#2. Kemudian, pergi kepada bahagian Transaksi dalam talian
dan klik Saman
#3. Pada bahagian Pilihan carian, kita boleh pilih sama ada
NO ID sahaja (no kad pengenalan) atau NO ID dan No kenderaan.
#4. Kemudian pada bahagian Kategori ID, pilih Orang Awam
Malaysia (Mykad). Ada banyak kategori disini, buat rakyat Malaysia selain polis
dan tentera, klik pada bahagian yang Mykad.
#5. Kemudian masukkan no kad pengenalan dan no kenderaan.
#6. Langkah seterusnya adalah masukkan kod sekuriti. Kalau no
sekuriti kurang jelas, boleh klik pada bahagian anak panah berpusing disebelah
kanan tu.
#7. Klik pada bahagian semak.
#8. Keputusan akan keluar pada bahagian Hasil carian di
bahagian bawah ya. Seperti ini:
#9. Tahniah jika anda tiada saman daripada JPJ dan jika ada,
maka bolehlah segera bayar pada mana-mana cawangan berdekatan ya!
0 Comments