Ini 5 jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak kerja kerajaan?
Ini 5 jawapan terbaik kepada soalan kenapa nak
kerja kerajaan? |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak cerita sikit pasal kerja kerajaan vs kerja swasta. Alhamdulilah,
aku dah menabur bakti dalam pekerjaan swasta selama hampir 15 tahun lamanya. Dan
baru kini aku “terasa’ nak masuk dalam bidang kerajaan pula. Secara jujurnya,
memang dah terlambat la kan dengan usia aku sekarang ini. Namun, rezeki Allah
itu maha luas kan? Baik! kenapa anda nak
kerja dengan kerajaan? Ini jawapannya!
Kerja kerajaan boleh keluar kwsp.
Dulu, aku
selalu dengar kawan-kawan aku yang apply kerja kerajaan ni kata, kalau dapat
masuk kerja kerajaan, boleh keluarkan duit kwsp. Sebab kerja kerajaan ni ada
pencen. Itu bezanya dengan pekerja swasta. Kami tak ada pencen, tapi ada kwsp. Pekerja
kerajaan tak ada kwsp, tapi ada pencen.
Tapi persoalan
sekarang, adakah jawapan kenapa nak
kerja kerajaan semata-mata kerana nak keluarkan duit kwsp? Mungkin ya pada
sesetengah orang tapi tidak pada aku sebenarnya. Aku lebih suka dengan jawapan,
kerja kerajaan boleh sambung belajar! Sebab ramai sebenarnya aku tengok
kawan-kawan aku yang sambung belajar lepas di terima dalam kerajaan.
Kalau ikutkan,
aku kalau nak apply kerja kerajaan, boleh apply kerja kerajaan kelayakan pmr sahaja. Maklumlah, keputusan spm aku
tak berapa nak baik dekat bahasa melayu tu. Hehehe. Teringat kata-kata guru aku
dulu:
Awak kena ambil paper
julai ni, sebab keputusan bahasa melayu awak tak berapa baik. Susah nanti nak
minta kerja.
Waktu itu,
mana kita nak dengar kata sangat. Budak baru habis SPM kan. Rasa macam syok la
sikit sebab dah habis sekolah kan? Haha. Bila teringat balik, aku tak rasa
menyesal sangat pun. Sebab aku percaya rezeki Allah itu maha luas. Janji ada
usaha, pasti ada kejayaan. Amboi!
Tapi yelah,
bukanlah aku nak kata apa, aku pernah sebenarnya dapat peluang dalam kerajaan. Lama
dulu. Walaupun sejujurnya aku cakap, keputusan bahasa melayu aku tak berapa
memberansangkan, tapi ego aku waktu itu mengatasi segalanya. Sejenis yang, apa
barang kerja kerajaan guna kabel?
Waktu itu,
aku yakin aku boleh dapat kerja sendiri tapi guna orang dalam. Tapi ternyata,
dalam keadaan sekarang ni, kalau kau tak ada orang dalam, memang susah lah nak
dapat kerja. Jujur aku cakap ni, mana-mana tempat pun, semua sama. Betul tak?
Jawatan kosong kerja kerajaan
Dan seperti
yang aku katakan awal tadi, bila dah lama dalam bidang swasta, maka sekarang,
aku kerap la juga intai-intai jawatan
kosong kerajaan 2021. Makin meningkat usia ni, makin lain macam kehendak
hati tu. Kalau dulu, teringin nak masuk tentera. Tapi sekarang, teringin betul
nak masuk politik. Usia kan? Hahaha.
Dan salah
satu impian aku (impian semua orang juga) adalah nak dapat kerja kerajaan di luar negara! Fuh! Siapa tak nak kan? Kerja dengan
duta Malaysia dekat luar negara. Tapi persoalannya adalah, bahasa melayu pun
tak berapa baik, ada hati nak kerja luar negara. Hahahahaha. Tapi rezeki Allah,
siapa tahu kan? Semoga aku dapatlah kerja kerajaan dekat luar negara dalam masa
terdekat ini, aminnn.
Kenapa saya memilih kerja kerajaan
Baik,
berbalik kepada point utama tadi, kenapa nak kerja kerajaan? Kenapa pilih kerja kerajaan berbanding
swasta? Banyak juga point yang aku kongsikan di atas tadi. Dan aku nak
kongsikan dengan korang yang bakal pergi
interview kerja kerajaan, beberapa soalan dan jawapan yang boleh korang
gunakan kelak, insyaAllah.
5 jawapan Kenapa anda berminat untuk bekerja di
sektor awam?
Jawapan #1 :
Bekerja di
dalam sektor ini merupakan satu kebanggaan buat diri saya dan saya ingin
berbakti kepada negara,bangsa dan agama. Dengan memberikan perkhidmatan terbaik
saya untuk rakyat Malaysia keseluruhannya.
Jawapan #2
:
Bidang ini
merupakan minat dan cita-cita saya sejak kecil dan turut di bantu dengan
dorongan daripada keluarga saya. Yang mana mereka juga adalah bekas pekerja
dalam bidang ini. Jadi saya sangat berharap agar diterima sebagai penjawat awam
dan seterusnya dapat berbakti kepada negara.
Jawapan #3
:
Bekerja di
sektor awam juga dapat memberi saya peluang untuk menambah ilmu dalam bidang
kerja ini kerana ilmu ini sudah pastinya tidak akan saya dapat di luar sana. Ini
bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang, tetapi
cekap dan berpengetahuan tinggi.
Jawapan #4
:
Saya juga memilih pekerjaan dalam sektor awam
adalah kerana jaminan yang tinggi buat masa depan saya. Melihat kepada keadaan
semasa yang mana ramai pekerja swasta diberhentikan kerja, saya sangat yakin,
pekerjaan ini memberi jaminan buat masa depan saya.
Jawapan #5:
Selain daripada
jaminan masa depan, saya juga memilih bidang ini kerana manfaat untuk diri saya
dan keluarga terutamanya dalam bidang perubatan. Kelebihan dan manfaat ini
pastinya tidak akan saya dapat daripada mana-mana pekerjaan lain.
Oklah,
itulah 5 jawapan terbaik kepada soalan
kenapa nak kerja kerajaan. Harapan aku buat semua yang ingin memasuki
sektor awam akan dapat dalam masa terdekat ini ya. Semoga korang Berjaya dalam
interview kerja kerajaan nanti. Ok, jumpa lagi dalam post yang akan datang.
0 Comments