Elakkan 7 perkara ini untuk kekal bertenaga sepanjang bulan puasa
Elakkan 7 perkara ini untuk kekal bertenaga
sepanjang bulan puasa
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tinggal 6 hari sahaja lagi untuk kita
melangkah masuk ke dalam bulan Ramadan 2021. Semoga kita semua sempat dan
diizinkan oleh Allah hendaknya, aminn. Baik! Mahu kekal bertenaga sepanjang
bulan puasa? Jika mahu, Elakkan 7 perkara ini untuk kekal bertenaga sepanjang
bulan puasa!
Umat islam
akan berpuasa selama sebulan atau 30 hari. Dan kita semua digalakkan bersahur. Di
dalam satu hadis:
Dari Anas bin Malik
Radhiyallahu Anhu. Dia berkata, Nabi SAW bersabda, “Makan sahurlah kalian kerana
sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah.” (HR Al Bukhari: 1923, Muslim:
1095).
Namun ramai
sebenarnya daripada kita yang selalu terlepas sahur. Waktu berbuka tak pernah
lepas pula kan? Hehe. Mungkin disebabkan kita perlu bangun awal pagi untuk
bersahur. Namun, di dalam sahur itu terdapat berkah dan tetaplah bersahur walau
seteguk air.
Dan sahur
jugalah penentu kepada perjalanan seharian kita berpuasa. Dan kalau kita mahu
terus kekal bertenaga sepanjang hari, sahur jangan tinggal dan elakkan 7
perkara ini:
#1. Garam.
Untuk kekal
bertenaga sepanjang bulan puasa ini, perkara pertama korang kena buat adalah,
kurangkan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin. Ini adalah kerana
ianya akan membuatkan kita rasa lebih dahaga.
Bukan sahaja
buat kita lebih dahaga malah makanan ini juga buatkan diri kita lebih terdedah
dengan penyakit kronik seperti sakit jantung.
Jadi,
elakkan makanan yang tinggi kandungan garamnya ya seperti ikan masin,jeruk dan
sebagainya.
#2. Nasi
Ha! Kalau
tak makan nasi nak makan apa kan? Dah tentulah nasi ini makanan ruji. Tapi tahukah
korang yang nasi mudah dicerna dan ini akan mengakibatkan kita cepat kehabisan
tenaga?
Ada banyak
lagi sebenarnya makanan yang boleh kita ambil semasa sahur contohnya kurma. Makanan
ini sangat dikenali sebagai makanan tambahan tenaga kepada tubuh badan kita.
#3. Makanan pedas.
Dah makan
nasi, mesti nak kena ada lauk yang pedas kan? Rasa macam tak lengkap pula tekak
melayu kita ni kalau tak ada lauk pedas. Ahha! Kalau korang nak kekal bertenaga
sepanjang bulan puasa ini, korang kena elakkan lauk pedas semasa sahur.
Selain buatkan
kita mudah haus, makanan yang terlalu pedas juga akan mengakibatkan kita cirit
birit. Bila dah kerap membuang, badan kita akan kekurangan air. Jadi, boleh
jadi kita jadi tidak bertenaga.
Oleh yang
demikian, kurangkan makanan pedas sewaktu sahur ya.
#4. Kafein
Tak kena
kopi rasa tak lengkap! Kata peminat tegar kopi. Tapi tahukah kalian yang kopi
atau minuman kafein ini akan buatkan kita kerap rasa nak kencing? Dan bila
bekalan “air” dalam badan kurang, kita akan cepat rasa haus.
Tapi kata
peminat kopi, aku mesti juga minum. Apa nak jadi, jadilah! Hahaha. Boleh sebenarnya
nak minum, tapi jangan terlalu banyak ya! Minum 1 cawan cukuplah.
#5. Makanan atau minuman manis.
Kalau tadi,
kita kena elakkan kafein untuk kekal bertenaga sepanjang bulan puasa, kali ini
kita kena elakkan makanan atau minuman yang manis. Hampir kebanyakan gula dalam
makanan yang ada hari ini adalah daripada jenis gula ringkas. Ianya sememangnya
memberikan tenaga, namun tenaga itu cepat habis.
Dalam kata
lainnya, mungkin awal pagi sahaja kita cergas. Tengahari membawa ke petang,
kita dah tak bertenaga. Jadi, apa kata kita perbanyakkan makan kurma! Ha, kurma
pun manis dan ianya juga memberi tenaga kepada kita.
#6. Makanan tinggi lemak.
Biasa kalau
dah bangun lambat, kita akan ambil makanan yang paling mudah, contoh maggi. Ianya
sememangnya mengenyangkan namun cepat pula lapar kan? Tapi kata orang, mereka
tetap bersahur kerana nak ambil berkah sahur. Betul, tiada salahnya. Namun,
jika mahu kekal bertenaga sepanjang hari, tolong elakkan makanan yang tinggi
lemak ya.
#7. Tidak sahur.
Dan akhir
sekali, kalau sahur pun tidak, memang kita akan lemah sepanjang hari. Dan biasa
kita akan dengar orang cakap, kenapa tak puasa? Sebab tak sahur. Macam anak
kecil pula kan? Hehehe.
Namun, ada
juga yang tidak bersahur tapi kekal berpuasa. Tapi tahukah yang mereka yang
tidak bersahur, akan berbuka dengan makanan yang banyak? Bila dah berbuka
dengan banyak, perut pun jadi tak selesa.
Jadi Kalau nak
kekal bertenaga, mesti bangun sahur ya.
0 Comments