Macam mana nak tahu mimpi tu betul atau tidak?
Macam mana nak tahu
mimpi tu betul atau tidak? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini
aku nak bercerita tentang mimpi. Mesti korang pun pernah atau tertanya-tanya,
macam mana nak tahu mimpi itu benar atau tidak? Selalu kita akan dengar, yang
mimpi itu hanyalah mainan tidur, namun tahukah korang, yang ada mimpi membawa
maksud tertentu?
Mimpi benar atau mainan tidur?
Tidak aku nafikan, ada mimpi yang sekadar mainan tidur. Tak membawa
maksud apa-apa. Contohnya, jika fikiran kita selalu memikirkan sesuatu perkara,
tidak mustahil ianya akan terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.
Contoh fikirkan kerja yang tak pernah habis. Fikir punya
fikir, sampai terbawa dalam mimpi. Kemudian kita pun fikir, mesti ada maksud
yang tersirat ni sebab mimpi kan? Dalam keadaan ini, mimpi itu hanyalah sekadar
mainan tidur sahaja ya.
Namun ada mimpi yang memberi maksud tertentu. Dan ianya
sememangnya terjadi. Dan macam mana nak
tahu mimpi itu benar atau tidak? Ha, hari ini aku nak kongsikan dengan
semua. Dan jika semua ini ada, maka, ada benarlah mimpi korang itu membawa
maksud ya.
Macam mana nak tahu mimpi tu betul atau tidak?
Baik, biasa kalau kita bercerita mengenai mimpi, mesti orang
akan Tanya, kau terjaga dari tidur pukul berapa? Kerana katanya, kalau mimpi sebelum subuh itu benar? Persoalan
sekarang, betul ke? Dan apakah mimpi selepas subuh itu tidak benar?
Dan menjadi persoalan lagi, mimpi yang benar pada pukul berapa? Banyak persoalan kan? Jadinya aku
kongsikan 6 tanda mimpi itu benar,
hasil perkongsian daripada seorang ustaz terkenal.
#1. Dalam keadaan
berwuduk
Baik, point pertama nak tahu mimpi tu betul atau tidak, adalah korang dalam keadaan berwuduk. Makna
kata, sebelum tidur tu, korang ada ambil wuduk, atau mungkin baru lepas solat
dan terus tidur. Dan jika ini berlaku, makna, mimpi korang adalah benar dan
membawa maksud yang tersirat.
#2. Tidak dalam
keadaan hadas besar.
Dah mandi wajib ke belum? Kalau belum, maknanya mimpi korang
itu sekadar mainan tidur sahaja. Jika badan kita tidak bersih, pastinya banyak
benda benda tidak elok suka dekat kan?
#3. Lepas mimpi terus
terjaga
Habis sahaja mimpi tu, terus terjaga! Dan biasanya, boleh
kata waktu kita terjaga tu mesti awal pagi kan? Dan apakah mimpi pada awal pagi itu adalah benar? Kalau betul, maknanya
mimpi sebelum subuh itu benar la kan? Sabar, sila baca point seterusnya
#4. Mesti berlaku
tengah malam ke atas
Kita semakin menghampiri kepada point, mimpi sebelum subuh
adalah benar. Macam mana nak tahu mimpi
tu betul atau tidak, adalah mimpi tersebut berlaku pada tengah malam ke
atas.
#5. Ingat mimpi itu
sampai bila-bila
Dan aku sebenarnya suka dengan point no 5 ini. Nak tahu
mimpi itu betul atau tidak adalah kita akan ingat mimpi itu sampai bila-bila. Tak
lupa sedikit pun. Kalau kita mimpi sesuatu pada hari semalam, dan hari ini,
kita lupa akan mimpi tersebut, maka boleh jadi mimpi itu tidak membawa apa-apa
makna dan mimpi itu hanyalah mainan
tidur sahaja.
#6. Mimpi yang
berulang-ulang.
Dan selepas kita mampu ingat semua mimpi kita itu dan mimpi
tersebut sentiasa berulang-ulang, pastinya ada sesuatu yang Allah ingin
sampaikan kepada kita. Bertanyakanlah kepada alim ulama akan pertanda tersebut,
dan mohon pandangan daripada mereka.
Jika ianya sesuatu yang tidak elok, mohon Allah jauhkan. Dan
jika ianya adalah perkara yang baik, Mohon Allah permudahkan, insyaAllah.
0 Comments