Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF
Maksud di sebalik Perfum,EDP,EDT,EDC dan EF | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sejak 2 menjak ni, “kegilaan” aku untuk beli perfume macam dah tak
tertahan. Rasanya dalam sebulan, dah 4 botol perfume aku beli. Haha. Dan itu
sebenarnya masih belum cukup sebab ada lagi beberapa jenis perfume yang aku
belum dapat. Rasa macam nak buat koleksi je semua perfume ni.
Dan kalau
korang juga peminat perfume, mesti korang akan perasan dengan perkataan
EDP,EDT,EDC & EF tu. Apa maksud perkataan itu? Dan ada apa-apa perbezaan ke
pada setiap perfume? Jawapannya pasti ada dan ianya bukan sahaja diletakkan di
botol perfume ya!
# Perfume
Kita mulakan
dengan perfume. Boleh kata susah nak cari perfume yang asli sekarang ini. Perfume
memiliki kepekatan sebanyak 15% hingga 40%. Dan ini menyebabkan harga perfume
sangat mahal berbanding wangian yang lain.
# Eau de parfume (EDP)
Kalau perfume
memiliki kepekatan sehingga 40 %, Eau de parfume pula memiliki kepekatan
sebanyak 10% hingga 20%. Namun jika dibandingkan dengan EDT dan wangian yang
lain, bau EDP mampu tahan sehingga 5 jam lamanya!
# Eau de Toilette (EDT)
Eau de Toilette
adalah minyak wangi yang mempunyai bau yang lebih ringan. Kandungan alcohol yang
tinggi di dalam EDT mengakibatkan baunya tidak tahan lama. Dan rata-rata mereka
yang menggunakan wangian EDT ini akan menggunakan ianya berulang kali. Dan kandungan
kepekatan wangiannya Cuma 4% hingga 15% sahaja.
# Eau de Cologne (EDC)
Kalau bau
EDT tidak bertahan lama, bagaimana pula dengan bau EDC? Dengan kadar kepekatan Cuma
sekitar 2% hingga 5%, rasanya semua dah boleh teka berapa lama bau EDC ini akan
bertahan kan?
Cologne biasanya
diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi pelbagai bahan seperti minyak
pati,lemon oren dan bergamot.
# Eau Fraiche (EF)
Dan yang
terakhir adalah EF. Wangian ini mengandungi kandungan alcohol yang sedikit dan
sangat sesuai untuk mereka yang memiliki kulit yang sensitive. Dan atas sebab
itu juga, bau wangian ini Cuma mampu bertahan selama 2 jam sahaja. Dan kepekatan
yang dimiliki Cuma sekitar 1% hingga 2% sahaja.
Koleksi perfume yang ada.
Selingan sedikit
nak cerita pasal koleksi perfume yang aku ada sekarang. Buat masa sekarang aku
ada:
# Black Opium
0 Comments