Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan
Niat puasa Ramadhan dan niat puasa sebulan | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. insyaAllah, tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita melangkah masuk
ke dalam bulan puasa. Mesti dah banyak persediaan yang dilakukan untuk
menyambut Ramadan 2021 ini kan? Dan seperti kebiasaan setiap tahun, pasti ada
yang mencari Niat puasa Ramadhan dan niat
puasa sebulan kan? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua bacaan
niat ini.
Niat puasa dan maksudnya
Niat merupakan
salah satu rukun dalam puasa dan hukum Niat
puasa Ramadhan adalah wajib. Tanpa niat, seseorang itu di anggap tidak berpuasa,
walaupun dia menahan diri daripada lapar dan dahaga dan juga daripada
perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Niat puasa dilakukan pada setiap malam. Niatnya adalah
seperti:
Bacaan niat puasa selama sebulan.
Kalau mengikut
mazhab Syafie, kita perlu membaca niat pada setiap malam. Namun, mengikut
mazhab maliki, boleh untuk berniat puasa selama sebulan kerana ianya sebagai
langkah berjaga-jaga daripada terlupa untuk membaca niat puasa Ramadan.
Namun,
tidak ada masalah sebenarnya kita nak baca niat puasa sebulan ini. Namun, kita
digalakkan untuk tetap berniat pada setiap malam. Dan bacaan niat puasa selama
sebulan:
Perkara Sunnah dilakukan dalam bulan Ramadan:
- Berniat di dalam hati untuk berpuasa (pada malam hari)
- Bersahur
- Memperbanyakkan istighfar
- Memperbanyakkan membaca Al-quran
- Memperbanyakkan berdoa semasa dan ketika hendak berbuka puasa
- Menyegerakan waktu berbuka puasa
- Berbuka dengan kurma
- Memperbanyakkan sedekah/memberi orang makan
- Solat sunat terawih
- Tahajjud di waktu awal pagi
0 Comments