Tradisi menyambut hari mantai
Tradisi menyambut hari mantai | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Mantai. Bagi mereka yang mengetahui akan hari ini, pasti sedang
sibuk membuat persiapan. Namun, bagi mereka yang tidak tahu menahu, apakah hari
mantai, pasti tertanya-tanya, perayaan apakah mantai tersebut? Dan kenapa ianya
diraikan? Dan yang sering menjadi tanda Tanya, apakah itu hari mantai?
Aku secara
jujurnya, tak tahu pun hari mantai itu apa? Sungguh aku beritahu ni. Sejak aku
bernikah dengan orang Melaka, setiap kali ada perayaan (kebiasaannya hari raya)
malam sebelumnya mereka akan buat hari mantai. Contoh macam nak puasa esok kan,
jadinya malam ini adalah hari mantai, macam itu.
Daripada bacaan
aku, hari mantai bermaksud:
Mantai membawa maksud
membantai. Ianya di sambut sehari sebelum Ramadan dan Syawal. Antara aktiviti
pada hari mantai adalah melapah daging, bakar lemang atau masak ketupat dan memasak
rendang.
Aktiviti mantai
ini merupakan tradisi masyarakat negeri Sembilan pada asalnya namun kini boleh
kata di sambut oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Mantai ini sebenarnya tidak
wajib pun dibuat, namun ianya dibuat agar kita lebih bersemangat menyambut Ramadan
mahupun syawal.
Selain daripada
aktiviti memasak, hari mantai juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dan
kebiasaanya, hari mantai akan melibatkan kesemua ahli keluarga. Yang jauh
pulang ke kampung. Memasak dan makan bersama-sama. Namun, sejak perintah PKP
dilaksanakan, ianya sedikit sebanyak mengurangkan kemeriahan hari mantai.
Sekarang, semua dah tahu kan hari mantai itu apa? Apa pun, semoga Ramadan kali ini memberi kita semua 1001 makna. Dan semoga wabak covid segera habis dan kehidupan kembali normal. Rindu betul dengan kehidupan sebelum wabak ini kan?
0 Comments