facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

5 kepentingan hibah takaful

5 kepentingan hibah takaful. No 5 paling penting! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini tiba-tiba tergerak hati nak cari info dan kemudiannya kongsikan dengan semua betapa pentingnya kita semua kena ada hibah takaful. Alkisahnya terbaca kisah keluarga mertua yang berebut harta apabila berlaku kematian pasangan. Banyak yang kongsikan pentingnya untuk ada insuran nyawa kan, kali ini aku nak kongsikan pentingnya untuk ada hibah takaful!

Baik, sebelum apa-apa, aku nak beritahu dahulu yang aku bukanlah ejen insuran. Yelah, takut juga nanti ada yang kata aku ni nak jual insuran dengan pembaca blog mrejoy.com ini. Tidak sama sekali ya! Aku bukannya apa, yelah, sekarang ini, bila sebut ejen insuran saja, belum cakap apa-apa, ramai yang angkat kaki jalan.

Nampak ejen insuran, macam nampak hantu kan? Rasa macam mereka yang jual insuran nyawa ini macam nak mintak kita duit sahaja. Hakikatnya bukan ya! Dari aspek lain, mungkin benar cara pendekatan ejen insurance ini nampak macam “mendesak” (ini pada mata aku), namun, dari segi positifnya, insurance nyawa memang sangat penting!

Tapi, aku bukan nak kongsikan story pasal insurance nyawa, sebaliknya betapa pentingnya untuk kita ada hibah takaful.

Apa itu hibah takaful?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.”

(Surah al-Baqarah ayat 177)

5 kepentingan hibah takaful

Baik. Sekarang aku kongsikan dengan semua, apakah kepentingan atau kenapa pentingnya untuk kita semua ambil hibah takaful.

#1. Penyelesaian hutang.

Hutang adalah satu benda yang amat berat. Hinggakan jika seseorang mati syahid sekalipun, tidak akan selesai hutangnya dengan manusia. Nampak tak betapa besarnya makna hutang tersebut? Jadinya, dengan adanya hibah takaful, ianya dapat menyelesaikan hutang-hutang si mati.

Cuba bayangkan jika si suami meninggal dunia dan tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali hutang. Si isteri pula tidak bekerja, sekadar suri rumah dan ada anak yang perlu di jaga. Ini sudah tentu akan membebankan kehidupan si isteri kelak.

Itu belum campur dengan keluarga mertua yang tiba-tiba datang menuntut pelbagai benda (tidak semua macam ini tapi kebanyakkan).

Jadinya, dengan adanya hibah ini, ianya pasti akan mengurangkan beban kelak.

#2. Belanja sementara semuanya selesai.

Aku suka part ini. Dengan adanya hibah takaful, pasangan dapat meneruskan kehidupan tanpa ada rasa tertekan. Kematian pastinya sesuatu yang menyedihkan. Ianya pasti akan lebih sedih jika mereka terpaksa hidup dalam keadaan tertekan.

Harta yang ditinggalkan suami belum tentu menjadi hak mutlak si isteri. Bayangkan duit kwsp juga bukan hak mutlak isteri. Jika suami ada letak nama isteri, itu hanyalah sebagai penama sahaja. Ianya akan dibahagikan sama rata. Ini termasuklah dengan harta-harta yang lain.

Jadi dengan adanya hibah takaful, ianya menjadi hak mutlak si isteri tanpa ada “ganguan” lain.

#3. Sumber pendapatan berterusan.

Jika sebelum ini, segala belanja diberikan suami kepada isteri. Namun, selepas kematian suami, si isteri yang hanya suri rumah tiada lagi belanja. Ini sememangnya menjadi tekanan yang besar buat seisi rumah.

Dengan adanya hibah takaful ini, ianya dapat menyelamatkan isteri serta anak-anak. Kita kira kasar, katakan belanja sebulan adalah RM3000. Dan suami ambil hibah sebanyak RM300,000. Dan selepas kematian, isteri dapat duit tersebut.

Isteri dapat bertahan lebih kurang 5 ke 6 tahun (malah lebih) jika dikira belanja bulanan. Inilah pentingnya untuk ambil hibah takaful!

#4. Simpanan pembelajaran anak-anak.

Sebagai contoh, jika isteri terima pampasan hibah takaful ini, isteri dapat asingkan belanja untuk pembelajaran anak-anak kelak. Belanja sekolah/kolej/university. Dan jika simpanan ini sudah ada, isteri pastinya dapat menarik nafas lega kerana kurang tekanan di situ.

Pembelanjaan pelajaran sering kali menjadi punca anak-anak tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka.

#5. Tidak dapat di lawan di mana-mana mahkamah.

Dan dalam banyak-banyak point yang aku kongsikan, ini yang aku paling suka nak kongsikan. Hibah takaful adalah hak mutlak isteri. Seringkali terjadi, bila berlaku kematian, keluarga akan datang tuntut macam-macam. Itu belum cerita yang tiba-tiba mengaku keluarga.

Dan bila ini terjadi, kehidupan isteri serta anak-anak akan jadi huru hara. Kalau rumah yang mereka tinggal sebelum ini pun di ambil (kerana mahukan pembahagian harta) mana lagi mereka nak pergi?

Dan dengan hibah takaful ini, ianya menjadi hak mutlak isteri. Tak siapa boleh kacau atau minta. Bawalah kemana pun, ianya tidak boleh di lawan!

 

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mesti ramai yang tercari-cari, macam mana cara nak tahu tarikh pembayaran I sinar pada setiap bulan. Ini adalah kerana, tarikh pembayaran ini Nampaknya berubah-ubah. Bulan ini tarikh pembayaran I sinar pada 1 hb, bulan depan jadi 7 hb pula. Jadi, aku kongsikan dengan semua, Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar.

Kemudahan pengeluaran kwsp melalui i-sinar.

Baik, sedikit info mengenai pengeluaran i sinar. Ianya adalah inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat daripada wabak covid19 yang kini melanda Malaysia. Kwsp melalui program isinar telah membenarkan pengeluaran sebanyak RM10,000 daripada akaun 1 (bagi mereka yang layak).

Dan pengeluaran ini dibayar melalui pembayaran secara bulanan. Dan banyak yang keliru mengenai tarikh pembayaran isinar pada setiap bulan. Ada yang di bayar pada 1 hb pada bulan lepas dan pada bulan ini, mereka periksa di akaun, duit isinar belum masuk lagi.

Esok nya mereka periksa lagi, namun duit tidak juga masuk. Rupa-rupanya, pembayaran hanya akan dibuat pada 7 hb. Jadi, macam mana nak tahu tarikh pembayaran setiap bulan duit isinar? Aku kongsikan dengan semua cara paling mudah untuk tahu ya!

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

Baik, langkah pertama adalah dengan log in masuk ke dalam akaun kwsp anda melalui i-akaun.

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

kemudian, pergi pada bahagian withdraw (pada bahagian atas) dan klik.

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

Seterusnya klik pada bahagian withdrawal history (pada bahagian kiri) dan klik.

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

Langkah seterusnya adalah dengan klik pada bahagian i-sinar. macam dekat bawah ini:

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

Bila dah klik, korang akan nampak detail pembayaran i-sinar korang. berapa yang korang akan dapat setiap bulan. Dan cara untuk korang tahu bilakah tarikh pembayaran setiap bulan itu, korang boleh pergi dekat bahagian ini:

Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar

Lihat pada bahagian Monthly recurring payment tu, nampak tak? Tarikh 07 Jul 2021. Ini bermakna pembayaran i-sinar akan dibuat pada setiap 07 hb. Tarikh ini boleh berubah juga ya. Sebabnya sebelum ini tarikh 09 hb.

baiklah, sekarag dah tahu kan Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran setiap bulan i-sinar. semoga dapat membantu semua ya!

 

varian baru Covid-19

3 info penting varian baru Covid-19 yang perlu kita ketahui | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat pertama kalinya, negara kita mencatatkan kes 6 angka pada hari semalam. Ini berikutan penambahan beberapa kluster baru. Ini termasuklah dengan pengesanan 3 varian baru yang dikatakan lebih ganas daripada varian sedia ada sebelum ini. Aku kongsikan dengan semua 3 info penting varian baru Covid-19 yang perlu kita ketahui.

#1. Varian United kingdom

  • Bagi varian pertama ini adalah varian United kingdom. Varian baru ini dikatakan:
  • Sangat mudah merebak dan dijangkiti di dalam keluarga
  • Kegusaran dalam kalangan saintis bahawa varian ini akan menyebabkan virus lebih kebal terhadap antibody badan sekaligus membuatkan vaksin tidak berkesan.
  • Walaupun varian ini ada menunjukkan symptom yang teruk namun ianya boleh merebak dan menular dengan mudah dan cepat.

#2. Varian Afrika selatan

  • Bagi varian yang kedua pula adalah varian Afrika selatan. Varian baru ini dikatakan:
  • Memiliki potensi untuk melepasi saringan Covid-19 yang dilakukan oleh kementerian kesihatan Malaysia.
  • Bagi varian ini, ianya tidak menunjukkan sebarang gejala pada awalnya namun boleh menjadi sangat teruk secara tiba-tiba.
  • Symptom awal bermula dengan batuk dan demam secara terus menerus. Namun tiada gejala hilang deria rasa mahupun bau seperti yang dialami pesakit covid-19 sebelum ini.

#3. Varian india.

  • Bagi varian yang ketiga adalah Varian India. Varian baru ini dikatakan:
  • Mempunyai tempoh masa penyebaran yang tersangat pantas.
  • Mudah dijangkiti kerana mempunyai mutase yang berganda yang memberi kesan lebih buruk kepada pesakit yang dijangkiti.
  • Apabila dijangkiti, ianya akan menyebabkan kerosakan teruk pada organ terutamanya mereka yang mempunyai penyakit lain.
  • Jika sebelum ini golongan muda tidak terkesan disebabkan imuniti badan mereka kuat namun varian baru ini menunjukkan kesan yang teruk terutamanya pesakit daripada golongan usia 20 hingga 40 tahun.
  • Ada yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada awalnya dan keputusan calitan adalah negative namun menunjukkan symptom yang teruk serta merta.
  • Lebih bahaya daripada varian afrika selatan atau united kingdom
  • Sekiranya kluster yang terjangkit adalah daripada kluster komuniti, jangkitan adalah sukar dikawal.

 

Di sebalik maksud kata nama koyak

Di sebalik maksud kata nama koyak | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Viral betul perkataan koyak dalam beberapa hari ini. Viralnya bukan sekadar biasa-biasa sahaja malah banyak negara yang mula menyebut perkataan koyak. Apa maksud sebenar koyak dan kenapa ianya tiba-tiba menjadi viral diserata dunia? Jom kita lihat dan pelajari bersama-sama.

Al kisahnya, word koyak ini adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara. Contohnya baju yang dipakai dah koyak. Atau, seluar yang dipakai koyak. Boleh jadi juga digunakan untuk menunjukkan kata kerja. Contoh, koyakkan je kertas tu. Atau, koyakkan sahaja kemudian tampal. Itu di antara pengunaan yang betul dengan perkataan koyak.

Tapi dalam masyarakat Malaysia, koyak juga boleh digunakan sebagai merujuk kepada perasaan seseorang. Aku beri contoh mudah, katakan korang sedang bergurau dengan seorang rakan dan tiba tiba rakan korang terasa hati dengan gurauan korang tu kemudian berlalu pergi. Korang pun akan cakap:

“ahh! Koyak la tu! Gurau sikit pun tak boleh”

Koyak dekat ini mengambarkan perasaan seseorang yang dah terasa hati atau marah dengan usikan kita tadi.

Contoh yang kedua adalah, bila mana kita terasa hati dengan sesiapa. Boleh jadi, dengan majikan, dengan kawan atau dengan sesiapa sahaja. Contoh ayat yang boleh aku kongsikan adalah:

“Koyak betul aku dengan si polan ni. Tunggulah, sampai masa nanti, memang aku lepas je semua”

Word koyak itu membawa maksud yang sama dengan contoh yang pertama tadi iaitu terasa hati atau marah.

Jadi, kalau ada sesiapa yang kata, ahh! Koyak ke? Gurau sikit pun tak boleh ke? Atau gurau sikit pun koyak! Tah hapa hapa tah! Atau, koyak ke tu? Ha, ini semua membawa maksud, korang terasa hati atau ada perasaan marah dalam hati korang.

Ok, faham kan?

 

Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare)

Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare) yang perlu semua orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai yang dah sedia maklum dan mungkin ada yang belum tahu mengenai hebahan tentang Israel bakal memulakan Perang siber sebagai tindak balas kepada serangan siber yang dimulakan oleh rakyat Malaysia. Ini adalah bertujuan sebagai satu bentuk sokongan kepada negara palestin. Hari ini, aku ingin kongsikan beberapa fakta mengenai apakah itu Perang Siber (Cyberwarfare) sebagai perkongsian buat kita semua.

Maksud Perang Siber (Cyberwarfare).

Umum dah tahu mengenai perang senjata. Ini kita boleh lihat situasi yang sedang berlaku di Gaza. Itu adalah perang senjata. Berbeza dengan perang siber, ianya lebih kepada peperangan sistem. Perang siber atau cyberwarfare menggunakan teknologi computer yang di gunakan untuk menganggu sistem aktiviti sesebuah negara atau organisasi.

Perang siber ini lebih terarah kepada serangan kepada sistem maklumat yang sememangnya disengajakan bagi tujuan strategik mahupun ketenteraan. Walaupun bunyi peperangan siber ini tidak sehebat perang sebenar, namun ianya juga mampu menghuru-harakan sesebuah negara.

Kesan peperangan siber (Cyberwarfare).

Apa yang bakal berlaku apabila sesebuah organisasi atau negara terlibat dengan perang siber? Bab ini aku suka nak kongsikan. Perang siber lebih kepada menyerang sistem komputer dan maklumat musuh. Dan serangan ini mampu melumpuhkan sistem kewangan sesebuah negara. Ianya juga digunakan dengan tujuan mencuri atau mengubah data rahsia dan akan melemahkan rangkaian, laman web serta perkhidmatan.

Dalam kata lain, sistem bank negara, ataupun apa sahaja yang menggunakan teknologi termasuk handphone mahupun laptop yang digunakan akan digodam melalui perang siber ini.

Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare)

Bagaimana Perang siber (Cyberwarfare) ini berlaku.

Baik, bercerita bagaimana perang siber ini terjadi, ada 2 kaedah iaitu:

Dengan cara sabotaj sistem ketenteraan dan juga sistem kewangan sesebuah negara. Ini bertujuan untuk menganggu gugat operasi negara tersebut. Ianya juga bertujuan untuk menganggu sistem komunikasi, bahan bakar, dan pengangkutan.

Yang kedua adalah pemalsuan dan pelanggaran keselamatan. Ianya bertujuan untuk melumpuhkan rangkaian, perisian, komputer dan internet. ini bertujuan untuk mencuri atau mendapatkan maklumat rahsia dari institusi tertentu bagi tujuan ketenteraan, kewangan mahupun politik.

Bagi memudahkan kita semua faham mengenai bahayanya perang siber ini, cuba kita semua bayangkan teknologi lumpuh atau tiada. Handphone tak boleh guna, ataupun duit di dalam bank tiba-tiba hilang kerana dicuri atau dipindahkan. Maklumat rahsia di dalam sistem bocor, nampak kan bahayanya?

Atau cuba korang bayangkan, sistem kemasukkan ke sesebuah negara di godam. Kita tak boleh nak detect dah siapa yang masuk sebab teknologi tersebut dah dirosakkan. Apakah ianya berbunyi perang siber ini hanyalah biasa-biasa sahaja?

6 langkah yang perlu dilakukan bagi berhadapan dengan perang siber.

Baik, setelah mengetahui bahayanya peperangan siber ini, langkah seterusnya adalah kita perlu tahu, beberapa perkara penting yang boleh/mesti kita lakukan. Antaranya adalah:

  • Padam atau pindahkan segala data penting yang tersimpan di dalam handphone mahupun data online. Ini mungkin password atau dokumen penting kita.
  • Kedua, hidupkan two step verification di setiap media sosial kita. Ini sangat penting untuk mengelakkan media sosial kita diceroboh.
  • Ada yang minta untuk keluarkan semua duit di dalam bank. Dalam situasi ini, bagi mereka yang memiliki jumlah wang yang tidak banyak, boleh jadi nak keluarkan semua. Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki wang dengan jumlah yang sangat banyak?
  • Sentiasa kemas kini perisian keselamatan.
  • Jangan klik apa sahaja email yang diragui. Sekarang pun dah banyak email meragukan yang masuk kan? Jangan sesekali klik. Boleh periksa dahulu setiap laman web yang ada. Jika ianya adalah benar, barulah klik.
  • Jangan kongsikan maklumat penting terutamanya berkaitan keselamatan negara di dalam media sosial.

punca views turun mendadak

“Views” di media sosial turun mendadak kerana post sokongan kepada Palestin? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang banyak sungguh post berkaitan konflik yang sedang berlaku di negara saudara kita palestin. Tak tahu macam mana ingin aku tulis apa yang sedang berlaku. Namun pastinya korang sendiri dah tahu kan apa yang sedang berlaku. Kerana ianya banyak di kongsikan di laman sosial.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, perkongsian ramai rakan-rakan media sosial yang berkongsikan “views” media sosial mereka turun secara mendadak kerana perkongsian sokongan kepada palestin. Ianya sama ada perkongsian melalui gambar, video, info terkini mahupun tukar profile di media sosial.

Tak kurang juga, ramai yang kena block kerana perkongsian ini. Boleh jadi, ada akaun yang dipadam kerana katanya menyebarkan “kebencian”. Apabila korang berkongsikan perkara yang aku nyatakan di atas, korang kena tahu yang akaun media sosial ini, yang kita gunakan secara percuma ini adalah kebanyakkannya milik bangsa mereka.

Jadinya, dah tentu-tentu “mereka” akan halang benda ini daripada berlaku. Kalau kita tengok dalam media sosial ini pun, banyak sangat perkongsian yang mengatakan mereka adalah mangsa keadaan. Banyak sangat perkara perkara dusta yang dikongsikan. Walhal umum dah tahu, mereka punya agenda tersendiri.

Aku tak mahu ulas panjang benda ni. Semua pun dah tahu. Tengok sahajalah, kita juga menggunakan media sosial sebagai medium “bantuan” kepada saudara kita di sana. Jadi kelakar pun ada bila mana mereka jadi stress dengan “kerajaan bawang” kita. Nampaknya kita punya 1 batalion yang bukan biasa-biasa ni.

Apa pun, jangan berhenti! Dan jangan terlalu bergantung dengan apa yang kita ada sekarang! Jangan hanya kita sayangkan apa yang kita ada kerana menganggap itu adalah “punca rezeki” kita selama ini, percayalah, rezeki hanya datang daripada Allah dan boleh datang daripada pelbagai cara. Boleh jadi ini adalah ujian kepada kita sama ada mahu gunakan pengaruh kita Kearah kebaikan ataupun tidak.

Sayangkan dunia, maka dunia yang kita akan dapat. Kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.

 Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua 2021 | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya semua penerima Bantuan Prihatian Rakyat (BPR) sedang tertunggu-tunggu bilakah tarikh sebenar pembayaran bayaran ini akan masuk ke dalam akaun bank masing-masing kan? Semuanya berharap agar ianya dibayar sebelum Syawal 2021 menjelma. Dan terbaru, pihak berwajib telah mengeluarkan Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua Bagi 2021.

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa kedua 2021

Bayaran Fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat 2021 akan mula dibayar bermula 07 Mei 2021 ini bersamaan dengan hari jumaat kepada semua pemegang akaun yang telah lulus. Dan pembayaran ini adalah secara berperingkat iaitu bermula 07 Mei sehingga 12 Mei 2021.

Dan bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat akan mula diagihkan bermula 17 Mei 2021 dan diberikan di kaunter BSN Berdekatan.

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Mengenai berapakah bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, ianya adalah berbeza mengikut kategori iaitu Bujang, isi rumah dan bergantung juga kepada bilangan anak.

Bagi mereka yang layak menerima bantuan sebanyak RM1,800 (bilangan anak adalah 2 orang atau lebih), mereka telah menerima bantuan sebanyak RM300 pada fasa pertama, dan baki sebanyak RM1500 akan dibayar pada bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.

Ketahui cara untuk menyemak Status Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Semakan boleh dibuat secara online seperti di bawah:

  1. Layari laman web Bantuan Prihatin Rakyat 2021 di : https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  3. Tekan butang semak status.
  4. Status bayaran / keputusan permohonan akan dipaparkan.

Tahun kedua beraya dalam perintah kawalan pergerakan

Tahun kedua beraya dalam perintah kawalan pergerakan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya, seluruh rakyat Malaysia akan beraya buat kali kedua dalam tempoh perintah kawalan pergerakan! Maknanya dah 2 tahun kita tak beraya tanpa keluarga di sisi. Atau mungkin sanak saudara yang jauh di kampung. Lebuh raya sunyi sepi. Tiada lagi hiruk pikuk “raya”. Lagu raya yang berkumandang pun terasa sepi. Tiada “roh” di dalam nya!

Namun, apakan daya, kes semakin hari semakin meningkat. Entah apa lagi yang tak kena. Pergerakan rentas negeri dah di halang. Rakyat sememangnya akur dengan arahan kerajaan. Kerana semua mahukan kehidupan kembali normal. Namun segelintir manusia dilihat seakan kebal dengan arahan pihak berkuasa. Ke hulu ke hilir tanpa ada sedikit pun rasa bersalah.

Memang banyak betul isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kesabaran rakyat Malaysia semakin hari semakin berkurang. Semuanya kerana layanan yang tidak adil. Macam mana mudahnya golongan istimewa mendapat kelulusan. Dengan pelbagai ragam dan gelagat.

Namun kami, tidak dibenarkan berjumpa dengan ibubapa di kampung. Dah masuk tahun kedua dah. Apa mungkin selamanya kita akan berhadapan dengan Perintah kawalan pergerakan? Manakan tidak, tak rentas negeri pun, kes makin naik. Yang dah kena vaksin pun berjangkit. Jadi apa sahaja yang boleh dilakukan?

Banyak sebenarnya rungutan yang aku baca di laman sosial. Terbaru, rakan-rakan yang berniaga di bazaar. Modal dah keluar untuk berniaga. Tiba-tiba dikenakan perintah kawalan pergerakan. Ramai jugalah yang merungut tak boleh nak berniaga. Tak balik modal. Kalau yang dah berhutang, modal tak dapat, stok pula berlambak kan?

Ada pula yang menyediakan servis perkhidmatan. Dah 2 tahun kita berada di dalam perintah kawalan pergerakan, ini bermakna dah 2 tahun juga mereka “survive”. Dan ada juga yang dah gulung tikar. Dek kerana tak mampu nak jana income atau mungkin nak bayar gaji pekerja.

Banyak sebenarnya cabaran yang perlu dihadapi seluruh rakyat Malaysia hari ini. Dan tak siapa tahu, sampai bila mampu bertahan. Kalau asyik berulang perintah kawalan pergerakan ini, memang makin ramai yang gulung tikar.

Dan kita akan hadap perkara ini mungkin bertahun lagi. Dan bertahun lagilah mungkin kita tak mampu jumpa keluarga! Kalau boleh guna servis pelancongan untuk melawat keluarga di kampung, kan lebih bagus.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (14)
    • ▼  May (8)
      • 5 kepentingan hibah takaful. No 5 paling penting!
      • Cara paling mudah untuk tahu tarikh pembayaran set...
      • 3 info penting varian baru Covid-19 yang perlu kit...
      • Di sebalik maksud kata nama koyak
      • Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare) yang pe...
      • “Views” di media sosial turun mendadak kerana post...
      • Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fa...
      • Tahun kedua beraya dalam perintah kawalan pergerakan!
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Cari Duit Lebih Untuk Hari Raya, Dua Lelaki Ditahan Ketika Mahu Beli Nombor Ekor
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates