3 info penting varian baru Covid-19 yang perlu kita ketahui
3 info penting varian baru Covid-19 yang perlu
kita ketahui | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Buat pertama kalinya, negara kita mencatatkan kes 6 angka
pada hari semalam. Ini berikutan penambahan beberapa kluster baru. Ini termasuklah
dengan pengesanan 3 varian baru yang dikatakan lebih ganas daripada varian
sedia ada sebelum ini. Aku kongsikan dengan semua 3 info penting varian baru Covid-19 yang perlu kita ketahui.
#1. Varian United kingdom
- Bagi varian pertama ini adalah varian United kingdom. Varian baru ini dikatakan:
- Sangat mudah merebak dan dijangkiti di dalam keluarga
- Kegusaran dalam kalangan saintis bahawa varian ini akan menyebabkan virus lebih kebal terhadap antibody badan sekaligus membuatkan vaksin tidak berkesan.
- Walaupun varian ini ada menunjukkan symptom yang teruk namun ianya boleh merebak dan menular dengan mudah dan cepat.
#2. Varian Afrika selatan
- Bagi varian yang kedua pula adalah varian Afrika selatan. Varian baru ini dikatakan:
- Memiliki potensi untuk melepasi saringan Covid-19 yang dilakukan oleh kementerian kesihatan Malaysia.
- Bagi varian ini, ianya tidak menunjukkan sebarang gejala pada awalnya namun boleh menjadi sangat teruk secara tiba-tiba.
- Symptom awal bermula dengan batuk dan demam secara terus menerus. Namun tiada gejala hilang deria rasa mahupun bau seperti yang dialami pesakit covid-19 sebelum ini.
#3. Varian india.
- Bagi varian yang ketiga adalah Varian India. Varian baru ini dikatakan:
- Mempunyai tempoh masa penyebaran yang tersangat pantas.
- Mudah dijangkiti kerana mempunyai mutase yang berganda yang memberi kesan lebih buruk kepada pesakit yang dijangkiti.
- Apabila dijangkiti, ianya akan menyebabkan kerosakan teruk pada organ terutamanya mereka yang mempunyai penyakit lain.
- Jika sebelum ini golongan muda tidak terkesan disebabkan imuniti badan mereka kuat namun varian baru ini menunjukkan kesan yang teruk terutamanya pesakit daripada golongan usia 20 hingga 40 tahun.
- Ada yang tidak menunjukkan sebarang gejala pada awalnya dan keputusan calitan adalah negative namun menunjukkan symptom yang teruk serta merta.
- Lebih bahaya daripada varian afrika selatan atau united kingdom
- Sekiranya kluster yang terjangkit adalah daripada kluster komuniti, jangkitan adalah sukar dikawal.
0 Comments