5 kepentingan hibah takaful. No 5 paling penting! | MrEjoy

5 kepentingan hibah takaful. No 5 paling penting!

 

5 kepentingan hibah takaful

5 kepentingan hibah takaful. No 5 paling penting! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pagi ini tiba-tiba tergerak hati nak cari info dan kemudiannya kongsikan dengan semua betapa pentingnya kita semua kena ada hibah takaful. Alkisahnya terbaca kisah keluarga mertua yang berebut harta apabila berlaku kematian pasangan. Banyak yang kongsikan pentingnya untuk ada insuran nyawa kan, kali ini aku nak kongsikan pentingnya untuk ada hibah takaful!

Baik, sebelum apa-apa, aku nak beritahu dahulu yang aku bukanlah ejen insuran. Yelah, takut juga nanti ada yang kata aku ni nak jual insuran dengan pembaca blog mrejoy.com ini. Tidak sama sekali ya! Aku bukannya apa, yelah, sekarang ini, bila sebut ejen insuran saja, belum cakap apa-apa, ramai yang angkat kaki jalan.

Nampak ejen insuran, macam nampak hantu kan? Rasa macam mereka yang jual insuran nyawa ini macam nak mintak kita duit sahaja. Hakikatnya bukan ya! Dari aspek lain, mungkin benar cara pendekatan ejen insurance ini nampak macam “mendesak” (ini pada mata aku), namun, dari segi positifnya, insurance nyawa memang sangat penting!

Tapi, aku bukan nak kongsikan story pasal insurance nyawa, sebaliknya betapa pentingnya untuk kita ada hibah takaful.

Apa itu hibah takaful?

Hibah merupakan suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘Iwad). Ia berbeza dengan wasiat yang merupakan pemberian harta selepas berlaku kematian pewasiat. Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.”

(Surah al-Baqarah ayat 177)

5 kepentingan hibah takaful

Baik. Sekarang aku kongsikan dengan semua, apakah kepentingan atau kenapa pentingnya untuk kita semua ambil hibah takaful.

#1. Penyelesaian hutang.

Hutang adalah satu benda yang amat berat. Hinggakan jika seseorang mati syahid sekalipun, tidak akan selesai hutangnya dengan manusia. Nampak tak betapa besarnya makna hutang tersebut? Jadinya, dengan adanya hibah takaful, ianya dapat menyelesaikan hutang-hutang si mati.

Cuba bayangkan jika si suami meninggal dunia dan tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali hutang. Si isteri pula tidak bekerja, sekadar suri rumah dan ada anak yang perlu di jaga. Ini sudah tentu akan membebankan kehidupan si isteri kelak.

Itu belum campur dengan keluarga mertua yang tiba-tiba datang menuntut pelbagai benda (tidak semua macam ini tapi kebanyakkan).

Jadinya, dengan adanya hibah ini, ianya pasti akan mengurangkan beban kelak.

#2. Belanja sementara semuanya selesai.

Aku suka part ini. Dengan adanya hibah takaful, pasangan dapat meneruskan kehidupan tanpa ada rasa tertekan. Kematian pastinya sesuatu yang menyedihkan. Ianya pasti akan lebih sedih jika mereka terpaksa hidup dalam keadaan tertekan.

Harta yang ditinggalkan suami belum tentu menjadi hak mutlak si isteri. Bayangkan duit kwsp juga bukan hak mutlak isteri. Jika suami ada letak nama isteri, itu hanyalah sebagai penama sahaja. Ianya akan dibahagikan sama rata. Ini termasuklah dengan harta-harta yang lain.

Jadi dengan adanya hibah takaful, ianya menjadi hak mutlak si isteri tanpa ada “ganguan” lain.

#3. Sumber pendapatan berterusan.

Jika sebelum ini, segala belanja diberikan suami kepada isteri. Namun, selepas kematian suami, si isteri yang hanya suri rumah tiada lagi belanja. Ini sememangnya menjadi tekanan yang besar buat seisi rumah.

Dengan adanya hibah takaful ini, ianya dapat menyelamatkan isteri serta anak-anak. Kita kira kasar, katakan belanja sebulan adalah RM3000. Dan suami ambil hibah sebanyak RM300,000. Dan selepas kematian, isteri dapat duit tersebut.

Isteri dapat bertahan lebih kurang 5 ke 6 tahun (malah lebih) jika dikira belanja bulanan. Inilah pentingnya untuk ambil hibah takaful!

#4. Simpanan pembelajaran anak-anak.

Sebagai contoh, jika isteri terima pampasan hibah takaful ini, isteri dapat asingkan belanja untuk pembelajaran anak-anak kelak. Belanja sekolah/kolej/university. Dan jika simpanan ini sudah ada, isteri pastinya dapat menarik nafas lega kerana kurang tekanan di situ.

Pembelanjaan pelajaran sering kali menjadi punca anak-anak tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka.

#5. Tidak dapat di lawan di mana-mana mahkamah.

Dan dalam banyak-banyak point yang aku kongsikan, ini yang aku paling suka nak kongsikan. Hibah takaful adalah hak mutlak isteri. Seringkali terjadi, bila berlaku kematian, keluarga akan datang tuntut macam-macam. Itu belum cerita yang tiba-tiba mengaku keluarga.

Dan bila ini terjadi, kehidupan isteri serta anak-anak akan jadi huru hara. Kalau rumah yang mereka tinggal sebelum ini pun di ambil (kerana mahukan pembahagian harta) mana lagi mereka nak pergi?

Dan dengan hibah takaful ini, ianya menjadi hak mutlak isteri. Tak siapa boleh kacau atau minta. Bawalah kemana pun, ianya tidak boleh di lawan!

Share:

0 comments