Di sebalik maksud kata nama koyak
Di sebalik maksud kata nama koyak | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Viral betul perkataan koyak dalam beberapa hari ini. Viralnya bukan
sekadar biasa-biasa sahaja malah banyak negara yang mula menyebut perkataan
koyak. Apa maksud sebenar koyak dan kenapa ianya tiba-tiba menjadi viral
diserata dunia? Jom kita lihat dan pelajari bersama-sama.
Al kisahnya,
word koyak ini adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu
perkara. Contohnya baju yang dipakai dah koyak. Atau, seluar yang dipakai
koyak. Boleh jadi juga digunakan untuk menunjukkan kata kerja. Contoh, koyakkan
je kertas tu. Atau, koyakkan sahaja kemudian tampal. Itu di antara pengunaan
yang betul dengan perkataan koyak.
Tapi dalam
masyarakat Malaysia, koyak juga boleh digunakan sebagai merujuk kepada perasaan
seseorang. Aku beri contoh mudah, katakan korang sedang bergurau dengan seorang
rakan dan tiba tiba rakan korang terasa hati dengan gurauan korang tu kemudian
berlalu pergi. Korang pun akan cakap:
“ahh! Koyak la tu! Gurau
sikit pun tak boleh”
Koyak dekat
ini mengambarkan perasaan seseorang yang dah terasa hati atau marah dengan
usikan kita tadi.
Contoh yang
kedua adalah, bila mana kita terasa hati dengan sesiapa. Boleh jadi, dengan
majikan, dengan kawan atau dengan sesiapa sahaja. Contoh ayat yang boleh aku
kongsikan adalah:
“Koyak betul aku
dengan si polan ni. Tunggulah, sampai masa nanti, memang aku lepas je semua”
Word koyak
itu membawa maksud yang sama dengan contoh yang pertama tadi iaitu terasa hati
atau marah.
Jadi, kalau
ada sesiapa yang kata, ahh! Koyak ke? Gurau sikit pun tak boleh ke? Atau gurau
sikit pun koyak! Tah hapa hapa tah! Atau, koyak ke tu? Ha, ini semua membawa
maksud, korang terasa hati atau ada perasaan marah dalam hati korang.
Ok, faham
kan?
1 Comments
faham!
ReplyDelete