Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare) yang perlu semua orang tahu
Fakta mengenai Perang Siber (Cyberwarfare) yang
perlu semua orang tahu | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin ramai yang dah sedia
maklum dan mungkin ada yang belum tahu mengenai hebahan tentang Israel bakal
memulakan Perang siber sebagai tindak balas kepada serangan siber yang
dimulakan oleh rakyat Malaysia. Ini adalah bertujuan sebagai satu bentuk
sokongan kepada negara palestin. Hari ini, aku ingin kongsikan beberapa fakta
mengenai apakah itu Perang Siber
(Cyberwarfare) sebagai perkongsian buat kita semua.
Maksud Perang Siber (Cyberwarfare).
Umum dah
tahu mengenai perang senjata. Ini kita boleh lihat situasi yang sedang berlaku
di Gaza. Itu adalah perang senjata. Berbeza dengan perang siber, ianya lebih
kepada peperangan sistem. Perang siber atau cyberwarfare menggunakan teknologi computer
yang di gunakan untuk menganggu sistem aktiviti sesebuah negara atau
organisasi.
Perang siber
ini lebih terarah kepada serangan kepada sistem maklumat yang sememangnya
disengajakan bagi tujuan strategik mahupun ketenteraan. Walaupun bunyi
peperangan siber ini tidak sehebat perang sebenar, namun ianya juga mampu
menghuru-harakan sesebuah negara.
Kesan peperangan siber (Cyberwarfare).
Apa yang
bakal berlaku apabila sesebuah organisasi atau negara terlibat dengan perang
siber? Bab ini aku suka nak kongsikan. Perang siber lebih kepada menyerang
sistem komputer dan maklumat musuh. Dan serangan ini mampu melumpuhkan sistem
kewangan sesebuah negara. Ianya juga digunakan dengan tujuan mencuri atau
mengubah data rahsia dan akan melemahkan rangkaian, laman web serta perkhidmatan.
Dalam kata
lain, sistem bank negara, ataupun apa sahaja yang menggunakan teknologi
termasuk handphone mahupun laptop yang digunakan akan digodam melalui perang
siber ini.
Bagaimana Perang siber (Cyberwarfare) ini
berlaku.
Baik,
bercerita bagaimana perang siber ini terjadi, ada 2 kaedah iaitu:
Dengan cara
sabotaj sistem ketenteraan dan juga sistem kewangan sesebuah negara. Ini bertujuan
untuk menganggu gugat operasi negara tersebut. Ianya juga bertujuan untuk
menganggu sistem komunikasi, bahan bakar, dan pengangkutan.
Yang kedua adalah
pemalsuan dan pelanggaran keselamatan. Ianya bertujuan untuk melumpuhkan
rangkaian, perisian, komputer dan internet. ini bertujuan untuk mencuri atau
mendapatkan maklumat rahsia dari institusi tertentu bagi tujuan ketenteraan,
kewangan mahupun politik.
Bagi memudahkan
kita semua faham mengenai bahayanya perang siber ini, cuba kita semua bayangkan
teknologi lumpuh atau tiada. Handphone tak boleh guna, ataupun duit di dalam
bank tiba-tiba hilang kerana dicuri atau dipindahkan. Maklumat rahsia di dalam
sistem bocor, nampak kan bahayanya?
Atau cuba
korang bayangkan, sistem kemasukkan ke sesebuah negara di godam. Kita tak boleh
nak detect dah siapa yang masuk sebab teknologi tersebut dah dirosakkan. Apakah
ianya berbunyi perang siber ini hanyalah biasa-biasa sahaja?
6 langkah yang perlu dilakukan bagi berhadapan
dengan perang siber.
Baik,
setelah mengetahui bahayanya peperangan siber ini, langkah seterusnya adalah
kita perlu tahu, beberapa perkara penting yang boleh/mesti kita lakukan. Antaranya
adalah:
- Padam atau pindahkan segala data penting yang tersimpan di dalam handphone mahupun data online. Ini mungkin password atau dokumen penting kita.
- Kedua, hidupkan two step verification di setiap media sosial kita. Ini sangat penting untuk mengelakkan media sosial kita diceroboh.
- Ada yang minta untuk keluarkan semua duit di dalam bank. Dalam situasi ini, bagi mereka yang memiliki jumlah wang yang tidak banyak, boleh jadi nak keluarkan semua. Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki wang dengan jumlah yang sangat banyak?
- Sentiasa kemas kini perisian keselamatan.
- Jangan klik apa sahaja email yang diragui. Sekarang pun dah banyak email meragukan yang masuk kan? Jangan sesekali klik. Boleh periksa dahulu setiap laman web yang ada. Jika ianya adalah benar, barulah klik.
- Jangan kongsikan maklumat penting terutamanya berkaitan keselamatan negara di dalam media sosial.
0 Comments