Tahun kedua beraya dalam perintah kawalan pergerakan!
Tahun kedua beraya dalam perintah kawalan
pergerakan! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampaknya, seluruh rakyat Malaysia akan
beraya buat kali kedua dalam tempoh perintah kawalan pergerakan! Maknanya dah 2
tahun kita tak beraya tanpa keluarga di sisi. Atau mungkin sanak saudara yang
jauh di kampung. Lebuh raya sunyi sepi. Tiada lagi hiruk pikuk “raya”. Lagu raya
yang berkumandang pun terasa sepi. Tiada “roh” di dalam nya!
Namun,
apakan daya, kes semakin hari semakin meningkat. Entah apa lagi yang tak kena. Pergerakan
rentas negeri dah di halang. Rakyat sememangnya akur dengan arahan kerajaan. Kerana
semua mahukan kehidupan kembali normal. Namun segelintir manusia dilihat seakan
kebal dengan arahan pihak berkuasa. Ke hulu ke hilir tanpa ada sedikit pun rasa
bersalah.
Memang
banyak betul isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kesabaran rakyat Malaysia semakin
hari semakin berkurang. Semuanya kerana layanan yang tidak adil. Macam mana
mudahnya golongan istimewa mendapat kelulusan. Dengan pelbagai ragam dan
gelagat.
Namun kami,
tidak dibenarkan berjumpa dengan ibubapa di kampung. Dah masuk tahun kedua dah.
Apa mungkin selamanya kita akan berhadapan dengan Perintah kawalan pergerakan? Manakan
tidak, tak rentas negeri pun, kes makin naik. Yang dah kena vaksin pun
berjangkit. Jadi apa sahaja yang boleh dilakukan?
Banyak sebenarnya
rungutan yang aku baca di laman sosial. Terbaru, rakan-rakan yang berniaga di
bazaar. Modal dah keluar untuk berniaga. Tiba-tiba dikenakan perintah kawalan
pergerakan. Ramai jugalah yang merungut tak boleh nak berniaga. Tak balik
modal. Kalau yang dah berhutang, modal tak dapat, stok pula berlambak kan?
Ada pula
yang menyediakan servis perkhidmatan. Dah 2 tahun kita berada di dalam perintah
kawalan pergerakan, ini bermakna dah 2 tahun juga mereka “survive”. Dan ada
juga yang dah gulung tikar. Dek kerana tak mampu nak jana income atau mungkin
nak bayar gaji pekerja.
Banyak sebenarnya
cabaran yang perlu dihadapi seluruh rakyat Malaysia hari ini. Dan tak siapa
tahu, sampai bila mampu bertahan. Kalau asyik berulang perintah kawalan
pergerakan ini, memang makin ramai yang gulung tikar.
Dan kita
akan hadap perkara ini mungkin bertahun lagi. Dan bertahun lagilah mungkin kita
tak mampu jumpa keluarga! Kalau boleh guna servis pelancongan untuk melawat
keluarga di kampung, kan lebih bagus.
0 Comments