“Views” di media sosial turun mendadak kerana post sokongan kepada Palestin?
“Views” di media sosial turun mendadak kerana
post sokongan kepada Palestin? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang banyak sungguh post
berkaitan konflik yang sedang berlaku di negara saudara kita palestin. Tak tahu
macam mana ingin aku tulis apa yang sedang berlaku. Namun pastinya korang
sendiri dah tahu kan apa yang sedang berlaku. Kerana ianya banyak di kongsikan
di laman sosial.
Apa yang
lebih menarik perhatian adalah, perkongsian ramai rakan-rakan media sosial yang
berkongsikan “views” media sosial mereka turun secara mendadak kerana
perkongsian sokongan kepada palestin. Ianya sama ada perkongsian melalui gambar,
video, info terkini mahupun tukar profile di media sosial.
Tak kurang
juga, ramai yang kena block kerana perkongsian ini. Boleh jadi, ada akaun yang
dipadam kerana katanya menyebarkan “kebencian”. Apabila korang berkongsikan
perkara yang aku nyatakan di atas, korang kena tahu yang akaun media sosial ini,
yang kita gunakan secara percuma ini adalah kebanyakkannya milik bangsa mereka.
Jadinya,
dah tentu-tentu “mereka” akan halang benda ini daripada berlaku. Kalau kita
tengok dalam media sosial ini pun, banyak sangat perkongsian yang mengatakan
mereka adalah mangsa keadaan. Banyak sangat perkara perkara dusta yang
dikongsikan. Walhal umum dah tahu, mereka punya agenda tersendiri.
Aku tak
mahu ulas panjang benda ni. Semua pun dah tahu. Tengok sahajalah, kita juga
menggunakan media sosial sebagai medium “bantuan” kepada saudara kita di sana. Jadi
kelakar pun ada bila mana mereka jadi stress dengan “kerajaan bawang” kita. Nampaknya
kita punya 1 batalion yang bukan biasa-biasa ni.
Apa pun,
jangan berhenti! Dan jangan terlalu bergantung dengan apa yang kita ada
sekarang! Jangan hanya kita sayangkan apa yang kita ada kerana menganggap itu
adalah “punca rezeki” kita selama ini, percayalah, rezeki hanya datang daripada
Allah dan boleh datang daripada pelbagai cara. Boleh jadi ini adalah ujian
kepada kita sama ada mahu gunakan pengaruh kita Kearah kebaikan ataupun tidak.
Sayangkan dunia,
maka dunia yang kita akan dapat. Kejar akhirat, dunia akan mengejar kita.
0 Comments