facebook twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Features
    • Multi DropDown
      • DropDown 1
      • DropDown 2
      • DropDown 3
    • ShortCodes
    • Sitemap
    • Error Page
  • Learn Blogging
  • Documentation
    • Web Documentation
    • Video Documentation
  • Download This Template

Mrejoy

 

KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra

KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas KWSP membenarkan pengeluaran i-lestari dan i-sinar, terkini KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-citra. Fungsi dan tujuan pengeluaran ini adalah sama dengan pengeluaran sebelum ini iaitu memberi kemudahan kewangan tambahan kepada semua pencarum kwsp yang layak.

Siapa yang layak memohon pengeluaran i-citra?

Baik, siapakah yang layak memohon pengeluaran i-citra? Mengikut kepada kenyataan pihak KWSP, semua pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah layak memohon. Ini termasuklah bukan warganegara Malaysia dan permastautin tetap.

Dan pengeluaran i-citra juga tertakluk kepada baki simpanan sekurang-kurangnya RM150. Maknanya baki dalam akaun KWSP korang mestilah atas daripada jumlah ini, tak boleh kurang. Kalau kurang apa akan terjadi? Permohonan pengeluaran korang tidak akan diluluskan.

Kenapa mesti ada baki RM150 dalam akaun kwsp?

Jawapan kepada persoalan ini adalah kerana, simpanan di dalam akaun 1 KWSP mestilah berjumlah minimum RM100 bagi melayakkan korang mendapat manfaat seperti bantuan kematian dan bantuan hilang upaya. Ini juga termasuklah bagi mengekalkan korang sebagai ahli kwsp.

Dan kenapa baki dalam akaun 1 kwsp kena ada RM150? Ini jawapannya:

Had pengeluaran maksimum bagi i-citra.

Baik, jika i-sinar membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 dan i-lestari sebanyak RM500 selama 6 bulan, i-citra pula membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 sahaja. Dan pengeluaran ini akan dibayar sebanyak RM1000 selama 5 bulan.

Bayaran maksimum adalah ditetapkan sebanyak RM1000 sebulan manakala bayaran minimum adalah sebanyak RM50. Bayaran ini tertakluk kepada baki semasa akaun kwsp korang. Dan ini jugalah jawapan kepada kenapa kena ada baki RM150 di dalam akaun kwsp.

Bilakah permohonan i-citra boleh di buat?

Baik, permohonan i-citra hanya oleh dibuat bermula 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Dan pembayaran pertama akan dibuat bermula pada bulan Ogos 2021 sebanyak RM1000 sehinggalah genap 5 bulan sebanyak RM5000 (pengeluaran maksimum).

Dan bagi mereka yang ingin memohon pengeluaran ini, korang boleh layari laman web KWSP dan klik sahaja pada i-citra ataupun, terus sahaja masuk kedalam laman web ini: icitra.kwsp.gov.my.

 

Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan

Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semakin hari semakin banyak berita-berita yang tak diingini kita lihat dan baca. Semakin ramai rakyat yang tertekan dek kerana wabak yang seakan tidak akan reda. Perintah berkurung tidak nampak penghujungnya. Dan atas alasan tersebut, viral kini di dalam laman sosial, agar mereka-mereka yang memerlukan sokongan agar mengibarkan bendera putih depan rumah.

Simbolik bendera putih pkp.

Kalau di dalam perang, bendera putih bermaksud menyerah kalah. Namun, di dalam situasi PKP yang berpanjangan ini, bendera putih ini adalah sebagai simbol agar orang sekeliling tahu ada sesuatu yang perlu kita bantu.

Kalau kita lihat keadaan semasa, ramai yang tertekan dan buntu! Tak tahu mana nak cari sumber pendapatan dek kerana tidak dapat berkerja. Mana nak bayar hutang mana nak bagi makan anak-anak. Dan bila mereka sendirian, datanglah idea-idea pelik untuk selesaikan masalah ini.

Ada daripada mereka yang tertekan ini, semuanya berkisarkan keluarga. Jika diri sendiri yang lapar, aku pasti, mereka pasti ada jalan mereka sendiri. Namun bila melibatkan anak isteri, pastinya mereka akan jadi lebih tertekan sehingga sanggup buat perkara yang tidak diingini.

Dan idea untuk mengibarkan bendera putih depan rumah adalah sangat bernas pada hemat aku. kerana terkadang, kita sendiri tak tahu mereka ini perlukan bantuan. Nampak macam biasa-biasa, rupanya ada sesuatu yang besar sedang mereka simpan.

Jika dalam satu taman, atau dalam 1 kampung, ada bendera putih berkibar, ini bermakna keluarga ini sedang perlukan bantuan. Tak salah kita sama-sama jenguk dan tanyakan apa yang mereka perlukan. Kalau dah kehabisan makanan, kita sama-sama beli beras dan barang keperluan yang lain.

Jika terputus bekalan susu anak atau sebagainya, masyarakat setempat pastinya ada jalan penyelesaian. Simbolik kepada bendera putih semasa musim PKP ini tidak lain dan tidak bukan, untuk kita sama-sama bantu rakan-rakan sekeliling kita.

Kita dah tak mahu dengar berita yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di sekeliling kita. Aku percaya, jika kita sama-sama bantu orang sekeliling, kita boleh sama-sama menghadapi waktu yang sangat sukar ketika ini.

Jadinya kalau selepas ini, kita ternampak bendera putih depan rumah, tak kiralah tergantung di mana-mana, tahulah kita yang mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. Pakat-pakat bantu sesama kita. Saling melengkapi.

Janganlah ada yang ingat, mereka yang naikkan bendera putih ini saja-saja ya. Makna simbol bendera putih adalah, mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. insyaAllah, kita bantu orang, Allah pasti lipat gandakan rezeki kita, insyaAllah, aminnn.

 

Punca dan kenapa muntah ikan paus menjadi sangat mahal

Punca dan kenapa muntah ikan paus menjadi sangat mahal | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini viral cerita mengenai nelayan jumpa muntah ikan paus dan menjadi jutawan serta merta. Sebenarnya ramai yang tak tahu lagi sebenarnya muntah ikan paus ini merupakan di antara “barang” yang sangat sukar dijumpai selain harganya yang sangat mahal! Dalam post kali ini, kita akan sama-sama belajar mengenai “bahan” yang paling di cari ini.

Apa itu muntah ikan paus?

Sedikit mengenai muntahan ikan paus ini, ianya dikenali sebagai Ambergris. Ianya berasal daripada usus atau sistem pencernaan paus sperma yang keluar daripada mulut ikan paus ini. Dikatakan, harga bagi 1 gram ambergris ini sahaja 30 kali lebih mahal daripada harga 1 gram silver.

Muntah ikan paus ini bukanlah sama macam muntah yang biasa kita lihat ya! Walaupun ianya bernama muntah, ianya hanya berbau hanyir pada awalnya sahaja namun lama kelamaan, ianya akan mereput dan akan menghasilkan bau yang sangat wangi.

gambar muntah ikan paus

gambar muntah ikan paus

Fungsi muntah ikan paus

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah fungsi muntah ikan paus ini dan kenapa muntah ikan paus mahal. Baiklah, muntah ikan paus biasanya akan dijadikan sebagai bahan utama di dalam penghasilan produk wangian (perfume).

Ambergris ini sangat dicari oleh industri perfume. Ianya juga digunakan oleh bangsa arab dan cina sebagai wangian yang dibakar dikenali sebagai dupa. Namun, daripada perkongsian media sosial yang aku baca, ambergris ini lama kelamaan menjadi kurang permintaannya kerana penggunaan nya kini dilarang oleh IFRA (International Fragrance Association).

Selain parfum muntahan ikan paus, ianya juga digunakan sebagai bahan ubat ubatan herba dan sebagai “aphrodisiac”. Ini termasuklah dijadikan sebagai bahan di dalam penghasilan ubat penyakit otak,jantung dan deria.

Dan berbalik kepada cerita kenapa muntah ikan paus mahal, rasanya semua pun dah tahu yang ambergris ini tersangat sukar di jumpai. Boleh kata dalam 1000 orang, seorang pun belum tentu jumpa ambergris ni.

Dan baru baru ini kan kita ada baca berita tentang nelayan jumpa muntah ikan paus. Bayangkan selama mana kita berada di negara kita ini, berapa banyak berita seperti ini yang kita dengar ataupun baca? Tersangatlah kurang kan? Jadinya, nak jumpa muntah ikan ini bukan mudah, tapi kalau dah jumpa, insyaAllah, boleh jadi jutawan! Orang kata rezeki terpijak lah!

Berapa harga muntah ikan paus?

harga muntah ikan paus

Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya, berapa harga muntah ikan paus ni? Dan betul ke boleh jadi jutawan jual muntah ikan paus? Jawapannya ada aku kongsikan dekat awal tadi, harga bagi 1 gram sahaja dah cukup mahal ya! Dan bayangkan pula haiwan sebesar ikan paus tu, takkan nak muntah sikit-sikit kan? Mestilah banyak! Hahaha.

Dan aku ada terjumpa di 1 laman jual beli online ini, ada seorang seller dari Malaysia nak jual ambergris ini yang seberat 800 gram hanya dengan nilai RM104,000. Tapi tak tahu lah ada lagi ke tidak iklan yang aku tengok hari tu. Rasanya masih murah kut harga tu jika dibandingkan dengan kesukaran nak jumpa muntah ikan paus ini lagi lagi di negara kita Malaysia, kan?

Apa pun, aku harap korang semua dah jelas kenapa muntah ikan paus mahal dan apa kegunaan muntah ikan paus ini. Ha, satu lagi aku nak kongsikan dengan korang, muntah ikan paus ini bukan warna putih sahaja ya, ada warna hitam dan pelbagai warna lagi. Jadinya, rajin-rajinkan diri korang cari info lanjut mengenai ambergris ini dan yelah, mana tahu rezeki Allah nak bagi kat korang, sedang elok berjalan di tepi pantai, terjumpa pula dengan muntah ikan paus ini, dah jadi jutawan! Mana tau kan? Rezeki Allah itu luas. Oklah, jumpa lagi dalam entry lain ya! See ya!!

 

5 Raja Buah Malaysia

Musim durian dah tiba! Jom kenali 5 Raja Buah Malaysia! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim durian dah tiba! Bagi pengemar buah durian, ini sememangnya waktu yang di tunggu-tunggu. Bagi aku sekeluarga, yang memang hantu durian ini, memang boleh kata setiap hari jugalah ada durian dekat rumah. Ada duit lebih, dapatlah makan yang sedap-sedap sikit macam Musang King atau Durian Udang merah. Kalau duit tak berapa nak banyak, kita makan durian kampung sahaja, janji durian! Hehehe.

Jenis-jenis durian di Malaysia.

Sebenarnya kita sangat bertuah kerana terdapat pelbagai jenis pilihan durian di Malaysia. Ada orang yang tak suka makan durian kampung tapi suka makan “durian mahal” sahaja. Ada pula orang-orang lama, tak suka makan durian kacuk, “tekak” mereka lebih selesa dengan durian kampung. Apa pun, kita tetap bertuah dengan kepelbagaian jenis durian yang ada di Malaysia.

Bila bercerita tentang durian ini, bukan semua rakyat Malaysia yang suka makan durian. adik beradik aku sendiri ada yang tak suka makan durian, katanya rasa tak sedap! Anak sulung aku pun tak suka makan. Apa yang mampu aku cakap pada dia,

“Rugilah kamu sebab tak merasakan nikmat dunia ini. Belum pasti akan datang kamu akan rasa lagi buah ini”

Yang sebenarnya aku geram sebab anak sulung aku tak suka makan durian. Berbanding dengan anak yang lain, mereka memang hantu durian! kerana mereka jugalah, aku kena cari durian hari-hari dan pastikan paling kurang kena ada 2 biji durian dekat rumah.

Di kawasan tempat aku tinggal sekarang, dikelilingi dengan pokok-pokok durian yang sedang mengeluarkan hasil. Ada beberapa pokok di tepi jalan besar (yang penuh dengan buah). Kalau ikutkan, boleh sahaja nak kutip pagi-pagi. Tapi disebabkan wife aku tak izinkan (walhal setiap pagi aku tengok orang datang kutip), aku ikutkan sahajalah dan “terpaksalah” pergi beli setiap hari, hehehe.

Oklah! Apa kata jom kita sama-sama belajar mengenai jenis-jenis raja buah di Malaysia!

Durian Musang King malaysia

#1. Durian Musang King.

Ini boleh dikatakan raja segala buah durian. Musang king berasal daripada Tanah merah Kelantan dan ia merupakan buah kegemaran disebabkan rasa yang lemak manis namun ada sedikit pahit. Isi buah durian musang king berwarna kuning keemasan dan mempunyai isi yang tebal serta biji yang kecil berbanding buah durian yang lain.

DurianTekka malaysia

#2. DurianTekka.

Baik, seterusnya adalah durian Tekka. Buah ini berasal daripada banting Selangor. Sebenarnya ada banyak nama bagi buah durian ini namun tekka juga yang paling dikenali. Isi tekka berwarna krim kekuningan dan biji pula bersaiz sederhana. Rasanya pula sedikit pahit dan berlemak.

Durian Udang merah malaysia

#3. Durian Udang merah.

Durian ini berasal daripada balik pulau,pulau pinang. Isinya berwarna kuning jingga kemerahan. Dan dikatakan banyak negeri yang tanam pokok durian udang merah ini namun rasa asli dan padu pastinya datang daripada pokok yang di tanam di balik pulau. Rasa durian udang merah ini lemak manis dan isinya sedikit lembik.

Durian black thorn malaysia

#4. Durian black thorn.

Seterusnya adalah durian duri hitam. Kenapa durian ini tidak berada di tempat teratas walaupun harganya adalah lebih mahal daripada musang king adalah kerana kesukaran nak jumpa durian ini di dalam market Malaysia. Pernah baca di dalam laman sosial, ada yang kata sebatang pokok durian duri hitam hanya mengeluarkan 2-3 biji sahaja. Mungkin sebab itu harga lebih mahal.

Walaupun isi duri hitam tidak setebal isi musang king, namun rasa lemak manis durian duri hitam mempunyai keunikkannya yang tersendiri.

Durian kampung malaysia

#5. Durian kampung.

Ahha! Ini adalah jenis durian yang dicari ramai rakyat Malaysia! Selain rasanya yang “ori durian”, harganya juga menjadi faktor penting menjadi pilihan utama. Apa yang menariknya mengenai durian kampung ini adalah kerana rasa bagi setiap buah adalah berbeza.

Ada yang rasa pahit, ada rasa manis, ada yang rasa tawar, yang tiada rasa langsung pun ada! Hahaha. Orang kata ikut nasib la!

Oklah! Itulah 5 jenis durian terkenal yang boleh aku kongsikan dengan korang. Sebenarnya ada banyak jenis lagi tapi aku kongsikan yang ini dahulu sebab jenis-jenis ini yang terkenal dan paling banyak disebutkan. Baiklah, dah cerita pasal durian ni, aku nak keluar kejap lah! keluar buat apa? Cari durian lah! hahahahaha.

 

Terpikat dengan Wangian Bakhoor daripada Mabkhara Malaysia

Terpikat dengan Wangian Bakhoor daripada Mabkhara Malaysia! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Baik! Hari ini aku nak kongsikan aktiviti terbaru dan menjadi kegemaran aku sepanjang musim PKP ini. Aktiviti tersebut adalah membakar bukhoor atau bakhoor.

Apa itu bakhoor?

Buat mereka yang belum tahu apakah itu bakhoor, ianya adalah serpihan kayu gaharu yang telah direndamkan atau dicampurkan dengan minyak wangi serta bahan lain. Ianya juga terdapat dalam pelbagai jenis seperti chip kayu, habuk kayu atau sebagainya.

Namun terdapat perbezaan yang ketara di antara bakhoor dan oud, yang mana ramai yang tersalah anggap.

Oud : Serpihan gaharu mentah (kayu gaharu dalam bentuk kepingan kecil) yang telah menjalani proses pembersihan secara semulajadi.

Bakhoor : Merujuk kepada kemenyan yang diproses dengan pelbagai bahan, biasanya bahan semulajadi.

Fungsi bakhoor.

Asap yang terhasil daripada pembakaran bakhoor akan menghasilkan bau yang sangat wangi. Ianya biasanya digunakan di dalam majlis-majlis ilmu, majlis perkahwinan atau bagi tujuan mewangikan rumah.

Bakhoor juga dapat membersihkan udara di dalam rumah selain menghilangkan bau busuk akibat daripada barang masakan ataupun aktiviti di dalam ruang rumah yang menghasilkan bau tidak selesa.

Bakhoor istimewa daripada Mabkhara Malaysia.

Terpikat dengan Wangian Bakhoor daripada Mabkhara Malaysia

Dan bercerita mengenai aktiviti terbaru aku, aku memilih bakhoor daripada Mabkhara Malaysia. Pada awalnya aku beli set percubaan yang mana di dalam set tersebut, ada bakhoor exclusive daripada mabkhara Malaysia iaitu Raudhah, Khaleefa, Medeena & Yemeni. Dan aku juga terima hadiah istimewa iaitu Bakhoor Uluwwah.

Dan setelah aku mencuba kesemuanya, aku tertarik dengan bau Raudhah yang cukup wangi! sampaikan kalau bakar di Dapur, kita kat ruang tamu dah boleh bau dah! Kalau bakar dan letakkan dalam bilik, esok pagi pun boleh bau wangi dia! Memang aku cukup suka dengan bakhoor raudhah ni.

Bagi bakhoor Raudhah, bahan yang digunakan adalah Ginger+bergamot dan Oud.

Yang keduanya aku suka adalah Yemeni. Yemeni adalah bakhoor limited edition ya! Kenapa ianya adalah limited, kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bakhoor ini agak sukar untuk diperolehi.

Dan yang lebih menariknya mengenai bakhoor Yemeni ini adalah, ianya bukan sahaja mewangikan rumah tetapi bagus buat mereka yang sering mengalami “gangguan” atau pun rumah yang ada gangguan (ini adalah daripada testimoni pelangan yang dah guna Bakhoor Yemeni ini).

Bagi bakhoor Yemeni, bahan yang digunakan adalah Frankincense+ Vanila dan Oud.

Oklah! Itu sahaja cerita aku mengenai Bakhoor ini. Kalau korang berminat untuk mendapatkan bakhoor yang wangi-wangi dan pastinya exclusive, korang boleh search sahaja di Instagram @mabkhara.official atau @mabkhara.bangi (aku beli dari IG ini ya). Aku yakin korang juga akan terpikat dan pastinya suka nak bakar bakhoor setiap masa di rumah nanti ya! Hehehe.

Uploading: 406707 of 406707 bytes uploaded.
Petua hilangkan panas badan selepas makan

Petua hilangkan panas badan selepas makan durian | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ni musim panas kan? Memang panas betul cuaca sekarang ini. Nak keluar pun rasa tak selesa. Dan kebiasaannya, bila masuk musim panas, sewaktu itulah musim durian. Dan bagi pengemar raja buah ini, pastinya tidak akan melepaskan waktu ini. Namun, seperti biasalah, selepas makan buah durian mesti badan rasa panas kan?

Kenapa Badan Panas Setelah Makan Durian?

Ini soalan yang kerap orang Tanya, kenapa yer badan kita panas selepas makan durian? Nak bercerita secara sains mungkin tak semua faham. Jadi apa yang boleh aku rumuskan, sekarang musim panas, buah durian juga termasuk dalam kategori “buah panas”. Jadinya, makan buah panas di tambah pula dengan cuaca panas, memang badan akan auto panas. Boleh macam itu? Hehehe.

Namun, buah durian juga bukan buah sebarangan ya! Terdapat Pantang Larang Semasa Makan Durian iaitu:

  • Jangan sesekali makan durian bersama-sama dengan air coke! Memang nampak sedap air coke bersama durian. Tapi jangan sesekali makan bersama kerana air coke mengandungi kandungan yang tidak baik yang akan menyebabkan kesan mudarat kepada jantung korang!
  • Jangan sesekali makan durian bersama air kopi. Kesan yang akan di alami sama seperti makan durian bersama air coke. Ianya akan menyebabkan jantung kita berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan kita menjadi lebih panas.
  • Jangan sesekali makan durian bersama susu. Apakah akibatnya kalau makan durian bersama susu? Jika ini yang terjadi, tubuh badan kita tidak akan mampu berfungsi sepenuhnya untuk mengeluarkan toksin.
  • Jangan sesekali makan durian bersama daging kambing. Umum tahu, daging kambing juga menyebabkan badan kita menjadi panas. Dan durian juga akan menyebabkan badan kita menjadi panas. Jadi kalau panas bertemu panas, makan akan jadi extra panas! Jadi elakkan makan kedua-dua makanan ini secara serentak.

Cara Hilangkan Panas Badan selepas Makan Durian

Petua hilangkan panas badan selepas makan durian

Baik! Kembali kepada cerita Petua Hilangkan Panas Badan selepas Makan Durian, di antara petua yang terkenal adalah dengan meminum air daripada pangsa durian. Caranya sangat mudah, selepas sahaja selesai makan durian, jangan terus buang pangsa durian tersebut.

Ambil satu pangsa kemudian masukkan air mineral di dalam pangsa tersebut. Kemudian minum air daripada pangsa tersebut. Petua ini ternyata cara paling cepat untuk hilangkan panas badan selepas makan durian.

Ada juga yang mengambil air badak. Air badak sememangnya berfungsi untuk menghilangkan panas badan. Namun, cara paling rare, pastilah minum air daripada pangsa durian kan! Hehehe.

Apa pun, satu sahaja. Bersederhanalah di dalam apa sahaja yang kita buat. Kalau makan terlalu banyak pun, pasti boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan kita kan. Apa pun, tetap bersyukur dengan semua yang kita ada ya!

 

Apakah itu MAGERAN & Tujuan Utama Ianya di Tubuhkan

Apakah itu MAGERAN & Tujuan Utama Ianya di Tubuhkan | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak kebelakangan ini, kerap juga nampak perkataan MAGERAN ini lalu lalang dekat wall sosial media. Entah kenapa tiba-tiba ianya muncul dan apakah fungsinya MAGERAN ini. Namun, apa yang lebih penting adalah, MAGERAN itu sebenarnya apa? Itu yang banyak menjadi persoalan kepada ramai orang ketika ini kan? Baik, hari ini, kita akan cuba faham sedikit apakah disebalik makna perkataan ini.

Apakah itu MAGERAN

Mageran membawa maksud Majlis Gerakan Negara. Ianya kembali disebutkan selepas bekas perdana menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan semula penubuhan Mageran ini pada satu sidang media selepas menghadap Yang Di pertuan Agong.

Bilakah Mageran ditubuhkan?

Baik. Mageran ditubuhkan pada 15 Mei 1969 selepas pengisytiharan darurat dan perintah berkurung dikenakan susulan kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei. Ini bermakna, mageran ini ditubuhkan hanya 2 hari selepas kejadian 13 Mei. Tahukan apa yang terjadi sewaktu itu?

Dan sememangnya, perkataan Mageran ini sangat asing kepada orang muda kerana ianya sudah lama berlaku. Namun bagi kebanyakkan generasi lama, ianya pasti mengimbau kembali detik hitam sejarah negara dalam memori mereka.

Apakah fungsi dan matlamat Mageran?

Seterusnya, apakah fungsi Mageran? Tidak lain dan tidak bukan, mengapakah mageran ditubuhkan adalah sebagai kerajaan sementara dan ianya berfungsi untuk memulihkan kedaulatan undang-undang dan membawa negara Malaysia (sewaktu itu) kearah pendamaian. Dan Mageran ini berfungsi selama 2 tahun dan ianya dibubarkan pada tahun 1971.

Siapakah pengerusi Mageran ketika itu?

Sewaktu penubuhan Mageran pada tahun 1969, perdana menteri sewaktu itu, Tunku Abdul Rahman tidak memegang jawatan sebagai pengerusi sebaliknya jawatan itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri iaitu Tun Abdul Razak.

Fungsi mageran adalah sama dengan fungsi kerajaan sedia ada. Terdapat beberapa Jemaah menteri yang bertugas dengan portfolio masing-masing. Namun tugas utama mageran ketika itu adalah untuk memulihkan undang-undang dan peraturan negara.

Mageran ketika itu Berjaya didalam perlaksanaan nya untuk mewujudkan semula keamanan dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Dan berbalik semula kepada perlaksaannya dalam tempoh darurat ketika ini, ianya adalah berbeza kerana darurat sewaktu tahun 1969 adalah darurat keselamatan dan mageran sangat diperlukan ketika itu bagi memulihkan kedaulatan undang-undang dan mengelakkan insiden kekerasan daripada menjadi lebih teruk. Dan ianya adalah berbeza dengan darurat kesihatan yang berjalan ketika ini.

Apa pun yang pasti, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pastinya punya rencana terbaik di dalam menentukan apakah langkah terbaik yang boleh dilakukan. Rakyat Malaysia menjunjung kasih kepada Tuanku Agong. Dan marilah kita bersama-sama mendoakan agar negara tercinta kita bebas dari wabak ini dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala, aminnn.

 

Suntik vaksin Covid-19 dapat hadiah percuma Ganja

Suntik vaksin Covid-19 dapat hadiah percuma Ganja! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum mengetahui kerajaan kini dalam proses pemberian vaksin kepada seluruh penduduk Malaysia bagi mewujudkan imuniti kelompok untuk melawan wabak yang kini melanda seluruh dunia. Namun, di dalam saranan kerajaan, terdapat pelbagai rintingan dek kerana mereka yang masih belum mempercayai keberkesanan vaksin covid-19 ini.

Kalau kita lihat negara luar, hampir kebanyakkan negara besar kini sudahpun tidak mewajibkan pemakaian mask kerana hampir keseluruhan penduduk negara tersebut telah divaksin. Dan atas alasan itu jugalah, kerajaan Malaysia kini giat memberikan vaksin agar negara kita juga akan mengikuti langkah negara-negara yang Berjaya melawan wabak ini.

Namun, ada pendekatan yang menarik dibuat oleh sebuah negara ini. Ianya tidak lain dan tidak bukan, bagi mengalakkan penduduk negara tersebut mengambil vaksin. Negara yang di maksudkan adalah Amerika syarikat.

Seperti Malaysia, Amerika syarikat juga mengalami masalah yang sama iaitu pemberian vaksin yang sedikit lewat. Dan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menggunakan segala yang mereka ada untuk melawan stigma masyarakat yang menentang pemberian vaksin ini.

Tahu apa yang mereka buat untuk mengalakkan rakyat mereka mengambil vaksin?

Diantara langkah drastik adalah dengan memberikan ganja sebagai hadiah percuma bagi mereka yang telah mengambil vaksin. Kempen ini dinamakan dengan “joints for jab” bertujuan menarik seramai mungkin rakyat Amerika syarikat bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Pihak kerajaan bekerjasama dengan beberapa syarikat bagi memudahkan mana-mana rakyat yang sudah mendapatkan vaksin dan menebus hadiah berupa ganja secara percuma daripada syarikat-syarikat yang telah dipilih.

Namun, promosi hadiah percuma ini hanya diadakan sehingga bulan Julai 2021 ini sahaja. Dan bagi mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin selepas daripada tarikh ini tidak akan menerima hadiah “istimewa” ini lagi.

Apa yang dimaklumkan, bukan sahaja hadiah berupa pemberian ganja diberikan secara percuma, malah terdapat pelbagai lagi hadiah istimewa buat mereka yang mengambil suntikan vaksin covid-19 antaranya adalah dengan menawarkan hadiah loteri dan pemberian minuman berakhohol secara percuma.

Ini semua adalah apa yang berlaku di negara Amerika Syarikat buat masa ini dek kerana peratusan rakyat mereka yang keluar untuk menerima vaksin turun secara mendadak. Apa pun, janganlah sampai negara kita juga perlu menawarkan pelbagai hadiah ya! Pemberian vaksin di negara kita diberikan secara percuma dan ini sangat penting bagi membentuk imuniti berkelompok!

 

Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut

Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kenapa kita mesti mencarut waktu kita marah? Adakah dengan mencarut tersebut marah kita akan hilang? Kenapa kita tidak gunakan perkataan yang baik semasa kita marah? Sebenarnya, mencarut juga tidak digambarkan sebagai emosi marah kerana ada sesetengah perkataan (mencarut) digunakan sebagai ayat biasa di dalam perbualan seharian.

Sebagai contoh, ayat mencarut seperti s*al. Perkataan ini boleh dikatakan perkataan biasa yang digunakan penduduk negeri Melaka (negeri tempat aku bekerja sekarang). Boleh kata setiap ayat yang dituturkan, dihujungnya mesti ada perkataan s*al.

Sebagai contoh:

Kau makan apa s*al? pergh, keluar makan tak ajak s*al. ataupun, apa benda s*al?

Boleh kata, hampir setiap ayat, akan dimasukkan perkataan ini. Dan pernah sekali, sewaktu aku belajar dahulu, seorang rakan daripada perlis yang tegur.

Kenapa kau cakap aku s*al ek? Apa salah aku?

Waktu itu memang tergelak la semua. Jadinya, kami semua minta maaf dekat dia. Sebabnya kita dah biasa guna ayat itu kan. Jadi memang tak terasa apa pun, tapi bila digunakan untuk orang luar negeri Melaka, dia jadi benda yang berbahaya!

Apa pun, banyak lagi sebenarnya perkataan yang “agak kasar” atau mencarut yang digunakan oleh ramai penduduk Melaka. Tapi apa yang menariknya adalah, walaupun perkataan itu agak kasar, namun, tiada yang ambil hati atau boleh bawak bergaduh. Sebabnya dah biasa kan.

Tapi berbalik kepada cerita kita di awal tadi, kenapa waktu kita marah, kita mesti mencarut? (berbeza ya dengan cerita aku di atas ini, mereka tak marah pun, tapi tetap juga nak guna perkataan tersebut,hehehe).

Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut

Kenapa mesti mencarut ketika marah?

Ketika ini, kalau kita lihat di media sosial, banyak perkataan mencarut membanjiri setiap post. Namun, ianya terselindung disebalik perkataan lain. Contohnya perkataan cincau yang membawa maksud l*ncau. Atau ubi yang membawa maksud b*bi. Dan pelbagai lagi perkataan lain.

Ini semua membawa maksud kemarahan yang membawa kepada perkataan mencarut yang digunakan. Persoalan sekarang, kenapa mesti mencarut? Adakah dengan mencarut itu, masalah kita akan selesai? Adakah dengan mencarut, segala perkara akan selesai?

Tidak hanya ketika marah, boleh jadi perkataan mencarut digunakan tanpa kita sengaja. Contohnya, tengah berjalan, tersepak batu. Apakah perkataan pertama yang keluar? Atau sewaktu kita terperanjat, apakah perkataan pertama yang keluar? Kebiasaan perkataan yang keluar adalah perkataan mencarut, betul kan?

Berbalik kepada persoalan awal, kenapa mesti mencarut? Adakah mencarut itu berdosa? Atau ada tak tips untuk elak mencarut?

Penjelasan kenapa manusia suka mencarut menurut sains.

Terdapat satu perkataan bagi mengambarkan keadaan mereka yang suka mencarut ini adalah Lalochezia. Ianya membawa maksud keredaan emosi yang kita akan dapat akibat daripada penggunaan perkataan ini. Dan ada kajian yang mengatakan penggunaan perkataan ini mampu mengurang tahap kesakitan kita.

Sebegai contoh ketika sedang marah, perkataan yang biasa digunakan adalah B*bi !! Atau S*al !! atau sebagainya. Ini akan melepaskan segala kemarahan yang ada di dalam hati kita. Sebaliknya berbeza jika kita menggunakan perkataan bunga!! Atau pokok pisang!! Ianya tidak akan meredakan kemarahan sebaliknya boleh membuatkan kita menjadi semakin marah. Betul tak?

Ketika sakit pula, contohnya kaki kita tersepak batu, dalam keadaan sakit, ayat yang keluar pastinya b*bi betul lah! Atau Ahhh! S*al lah! Sambil mengerang kesakitan. Lama kelamaan, kesakitan itu akan beransur hilang walaupun air mata tetap keluar. Betul tak? Mestilah betul sebab aku dah biasa buat! Hahahahaha.

Dalam kajian yang dilakukan sekumpulan sukarelawan, perkataan mencarut ini dapat meredakan kemarahan atau kesakitan seseorang. Namun, ianya tidaklah memberi kesan kepada seseorang. Perkataan yang dikeluarkan sekadar memberi gambaran keadaan emosi mereka ketika itu. Kata carutan dapat menjadi salah satu cara untuk mengendalikan tekanan yang sedang dihadapi.

Namun, dalam konteks agama islam pula, kata-kata yang keluar daripada mulut kita adalah doa. Apa sahaja yang keluar adalah doa. Jadi, adalah lebih baik perkataan yang digunakan adalah perkataan yang baik-baik sahaja. Boleh sahaja kita gantikan perkataan carutan itu kepada istighfar atau kata-kata yang baik.

Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut

Cuba kalau marah, kita tukar B*bi kepada astafirullah. Atau kita kata, ahh! Memang aku kaya! Jutawan dunia akhirat! Atau kalau nak marah seseorang, cuba guna, aku doakan ko Berjaya dunia akhirat! Cuba ye, cuba! Memang rasa tak puas kan? Tapi cubalah. Hehehe.

Sebagai penganut agama islam, kita kena sentiasa sedar yang setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita adalah doa. Jadinya, kalau asyik keluar perkataan tak elok, takut jadi pada kita nanti. Jadinya, bermula hari ini, kita sama-sama belajar ya! Memang rasa tak puas bila guna perkataan yang elok. Tapi cuba fikirkan semula, kata-kata itu adalah doa. Ha! Selamat Berjaya ya semua!

 

Selamat tinggal i-sinar 2021

Selamat tinggal i-sinar 2021! | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya kan? Sama lah halnya dengan i-sinar. Ramai penerima bayaran i-sinar meluahkan rasa sedih mereka dek kerana bulan ini adalah bulan terakhir mereka menerima pembayaran i-sinar. Bermula Julai 2021, mereka akan “bergerak” sendiri tanpa ada dana tambahan lagi. Adakah mereka mampu mengharunginya?

Kesan baik dari pengeluaran i-sinar kwsp.

Aku tak mahu bercerita mengenai perkara buruk mengenai pengeluaran i-sinar ini. Kalau nak cari yang buruk, memang kita akan dapat banyak benda buruk. Jadi aku nak kongsikan perkara positif sahaja. Biarlah kalau ada yang kata, pengeluaran i-sinar kwsp ini bakal mengugat masa depan kerana simpanan ini adalah simpanan masa hadapan.

Dengan melihat kepada keadaan ekonomi semasa. Dalam pada ramai yang “tidak mampu” bekerja dan menghasilkan income. Di tambah pula dengan peningkatan banyak harga barang keperluan, adakah mereka yang terkesan ini mampu mengharungi masa yang gentir ini?

Bercerita mengenai masa hadapan, pengeluaran i-sinar kwsp hanya membenarkan pengeluaran maksimum RM10,000 sahaja daripada akaun 1 kwsp. Dan jumlah ini pastinya akan bertambah kerana mereka yang keluarkan duit ini rata-ratanya masih bekerja.

Bayangkan, kalau umur mereka sekarang 35 tahun. Dan kwsp membenarkan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun. Ini bermakna ada lagi 20 tahun mereka akan bekerja. Apakah selama masa ini, simpanan kwsp mereka tidak akan bertambah?

Ada yang kata, mana ada orang bekerja sampai umur 55 tahun? Tak mungkin mereka akan bekerja sehingga ke umur ini? Ahha! Di tempat kerja aku sekarang, ada yang dah sampai ke umur ini dan mereka masih disambung kontrak untuk bekerja ya! Ini bermakna, potongan kwsp itu masih ada sehinggalah umur mereka 55 tahun.

Pengeluaran i-sinar bukanlah pengeluaran penuh akaun 1 kwsp. Masih ada yang berbaki. Jadi, bilamana menteri kewangan beritahu, tiada lagi sambungan pengeluaran i-sinar & i-lestari, pastinya ramai yang kecewa. Ini adalah kerana, kita berada dalam zaman yang mencabar! Nak cari duit pun agak sukar sekarang ini memandangkan kita berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.

Dan pastinya, PKP ini akan bersambung dan terus bersambung. Dengan adanya pengeluaran i-sinar ini, ianya sememangnya sangat membantu! Kerana ianya di terima setiap bulan. Dan yang lebih penting, duit ini adalah duit mereka sendiri! Yang dipotong setiap bulan daripada gaji mereka.

Bagi mereka yang punya point negative, itu hak mereka. Kerana pengeluaran ini tidak wajib. Siapa yang nak keluarkan, boleh keluarkan daripada “akaun mereka sendiri”. Bagi mereka yang tidak mahu keluarkan, itu terserah.

Apa pun, tiada daya kita selain berserah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita. Semoga kita semua terhindar dan terlindung dari setiap perkara yang tidak elok. Dan semoga kita dilindungi Allah hendaknya. insyaAllah, semoga Allah mendengar rintihan kita, aminnn.

Cara paling mudah buat duit online

Nak tahu Cara paling mudah untuk Jana income online sepanjang musim PKP? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wabak yang sedang melanda dunia ketika ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Malah boleh dikatakan menjadi semakin teruk saban hari. Dan ini juga memberi kesan kepada banyak isi rumah dek kerana diberhentikan kerja ataupun tidak boleh jana income disebabkan tidak dapat berniaga (Terikat dengan perintah kawalan Pergerakan). Hari ini aku cuba kongsikan dengan semua beberapa Cara paling mudah buat duit online. Semoga ianya mampu memberi sinar baru buat semua, insyaAllah.

Baik. Bercerita mengenai buat duit online dari rumah (disebabkan musim PKP), rasanya dah ramai yang kongsikan. Boleh sahaja kita cari di google, pasti banyak dah cara yang dikongsikan. Dan aku sendiri akui, banyak cara tersebut adalah betul dan sememangnya benar-benar beri kita income secara online.

Boleh jadi income tersebut daripada nilai ringgit mahupun dalam nilai USD. Yang paling best, bila kita dapat jana income online USD la kan! Bagaimana nak buat duit online ni? Ada banyak cara sebenarnya. Dan salah satunya adalah dengan tulis blog. Tapi hari ini,aku bukanlah nak kongsikan cara buat duit dengan blog disebabkan dah banyak aku tulis mengenai perkara ini di dalam blog mrejoy.com ni.

Tapi, aku nak kongsikan beberapa cara lain untuk kita sama-sama belajar buat duit secara online ni. Seperti yang aku ada kongsikan di awal tadi, cara-cara ini dah banyak dikongsikan, kiranya kita nak refresh sahaja la ya!

Cara paling mudah buat duit online

Cara paling mudah buat duit online.

Acap kali, aku baca dalam media sosial atau terjumpa keyword cara paling mudah buat duit dari rumah ni. Biasanya, di dalam keadaan tertentu, kita memang akan cari cara yang paling mudah dan cepat untuk buat duit. Ya! Kena faham, mungkin mereka kekurangan wang dan perlukan wang dalam masa yang paling singkat. Mungkin nak beli makanan atau mungkin ada perut yang perlu dijaga (anak isteri).

Jika ini yang anda cari, apa yang aku boleh kongsikan adalah, sama ada korang mula berniaga kecil-kecilan ataupun jika tiada modal untuk berniaga, korang boleh cari income dengan cara jadi penghantaran makanan (food panda, grab food atau sebagainya).

Korang boleh juga ambil upah belikan barang dapur,atau ambil upah bersihkan rumah orang lain. Atau gunakan kelebihan yang korang ada yang difikirkan mampu memberikan income kepada korang dan keluarga. Pernah aku lihat di media sosial, ada yang ambil upah asahkan parang atau pisau hanya di pinggir jalan. Janji boleh beri mereka income yang halal, betul tak? Ini untuk mereka yang merancang untuk buat duit secara offline dan cepat ya.

Cara buat duit online dengan mudah

Cara buat duit online dengan mudah

Ok. Berbalik kepada Cara paling mudah buat duit online. Banyak sebenarnya cara yang boleh kita aplikasikan. Salah satunya adalah dengan buat duit dengan online game. Zaman sekarang ini, kata mudah tahun 2021 ini, boleh kata semua adalah secara digital. Dan yang lebih menariknya adalah kita boleh jana income dengan hanya bermain permainan game secara online.

Kalau dulu, orang kata main game ini adalah sia-sia dan tak ada masa hadapan. Tapi dalam zaman serba moden ini, semuanya dah berubah sama sekali. Aku bukan cakap kosong ya! Banyak sebenarnya bukti yang menunjukkan main game secara online juga mampu beri kita income. Tengok sahajalah soloz. Dia antara yang Berjaya buat duit dengan online game.

Aku tak bolehlah kongsi macamana panduan buat duit dengan game online ini, sebabnya aku sendiri tak minat main game! Hahaha. Tapi apa yang aku boleh katakan, kalau korang minat sangat-sangat dengan permainan game secara online, adalah lebih baik korang gunakan minat korang itu ke arah yang betul. Dapat main game dan dalam masa yang sama dapat juga jana income secara online!

Buat duit online shopee

Buat duit online shopee

Seterusnya, peluang buat duit secara online adalah dengan meniaga di shopee. Ya Allah, ini aku sendiri tengok rakan aku buat benda ini. Nak tahu dia meniaga apa? Dia jual batu permata. Alah, batu cincin tu dan pelbagai lagi produk yang lain. Dan income dia bukan biasa-biasa ya! Cecah 6 angka juga! Tak percaya? Silalah percaya! Hehehe.

Tidak di nafikan, shopee adalah 1 medium bisnes online yang paling terkenal ketika ini. Dan bisnes kita ini bukan sahaja tertakluk di dalam negara sahaja malah menjelajah ke seluruh dunia. Kalau pun korang tak ada produk sendiri, korang boleh je jualkan produk orang lain. Kiranya jadi dropship la.

Dekat sini korang boleh belajar buat duit online. Mula-mula jangan letakkan harapan yang tinggi. Biar kita mula daripada bawah. Target dulu berapa income yang korang nak dan usaha. Janganlah awal-awal target nak income 6 angka sebulan! Sebabnya nanti korang akan kecewa sendiri.

Nasihat aku, mulakan target yang rendah dahulu. Kemudian sentiasa upgrade diri. Target income dan target jualan. Bukan apa, ramai sebenarnya yang kecundang di tengah jalan dek kerana target yang terlalu tinggi. Sabar tuan-tuan dan puan-puan. Nak jadi Berjaya bukan 1 hari ya! Kejayaan itu adalah perjalanan.

Buat duit online tanpa modal 2021

Buat duit online tanpa modal 2021

Akhir sekali, banyak sebenarnya cara yang boleh kita guna untuk buat duit bisnes online ini. Macam yang aku kongsikan, boleh guna medium shopee, boleh guna medium game online, boleh guna blog, boleh guna youtube dan pelbagai cara lagi.

Tiada rahsia buat duit secara online sebenarnya. Cuma kita sahaja yang tak tahu. Kalau tahu, rasanya kita dah jadi macam negara jiran kita. Senang-senang buat duit secara online. Dan yang lebih seronok, buat duit online USD lagi. Yang aku maksudkan itu adalah, mereka buat duit hanya dengan youtube.

Rasanya korang dah tahukan negara mana? Pada aku, mereka agak Berjaya di dalam kerja online buat duit ni. Bagi kita pula, tak banyak pendedahan mengenai hal ini dan boleh kata juga, penduduk kita tak berapa “ramai” kalau nak dibandingkan dengan mereka.

Tapi janganlah jadikan itu sebagai penghalang. Sebagaimana Allah memberikan kita rezeki dalam keadaan yang tidak disangka-sangka asalkan kita terus berusaha,ok? Apa pun, aku doakan kita semua agar Berjaya dalam apa jua bidang yang kita buat. Jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah sentiasa mendengar doa kita. Orait!

 

Tidak kemaskini MySejahtera bukan kesalahan dan tidak boleh di kompaun

Tidak kemaskini MySejahtera bukan kesalahan dan tidak boleh di kompaun | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak viral juga perkongsian di laman media sosial berkenaan beberapa individu yang dikenakan kompaun disebabkan tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera mereka. Dan bersandar daripada itu, aku pun cepat-cepatlah update disebabkan tarikh last update aplikasi MySejahtera aku adalah pada tahun 2020.

Dan yang terbaru, Menteri Kanan Pertahanan, telah mengeluarkan arahan bahawa, Tidak mengemaskini MySejahtera bukan kesalahan dan tidak boleh di kompaun. Ini berikutan pengumuman rasmi daripada beliau dan arahan telah pun dikeluarkan yang mana, apa sahaja kompaun yang telah dikeluarkan bersabit kesalahan ini perlulah dibatalkan.

Aku kongsikan sedikit petikan daripada kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan bertarikh 7 Jun 2021:

Namun demikian, sejak beberapa hari ini timbul kekeliruan berhubung beberapa perkara termasuklah salah faham penggunaan aplikasi MySejahtera dengan terdapatnya anggota penguatkuasa yang mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal melakukan kemaskini MySejahtera.

Saya ingin maklumkan bahawa tidak mengemaskini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan. Ini adalah berdasarkan kepada akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit – COVID Malaysia yang mana ianya tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguatkuasa.

Sehubungan dengan itu, saya berharap dan menyarankan agar mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan. Pegawai penguatkuasa juga disarankan supaya tidak salah faham dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Baik. Itulah petikan daripada Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan. Dan mana-mana yang dah kena kompaun itu, bolehlah merujuk kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat lanjut ya. Dan diharap kenyataan ini menjadi rujukan buat semua.

 

Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui

Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam zaman wabak ni, ramai yang terkesan. Bukan hanya golongan bawahan malahan atasan juga terkesan. Ekonomi benar-benar menekan kita sekarang. Banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku saban hari di sekeliling kita. Namun, ada banyak benda yang tersembunyi yang hanya diketahui Allah sahaja. Allah yang Maha berkuasa dan lebih Maha mengetahui.

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ini, ramai yang dibuang kerja. Dan pastinya, untuk mencari pekerjaan dalam situasi sekarang juga bukanlah sesuatu yang mudah. Bayangkan kalau banyak syarikat yang mula membuang pekerja mereka, macamana kita nak mohon kerja dalam sesebuah syarikat itu kan?

Aku kongsikan mengenai diri aku sendiri. Syukur alhamdulilah, aku masih dengan kerja yang aku buat 15 tahun dahulu. Masih dalam syarikat yang sama dan dalam bidang kerja yang sama. Syukur alhamdulilah. Namun tidak aku nafikan, aku masih mencari peluang yang lebih baik daripada yang baik sekarang ini.

Dan ada beberapa company yang menjadi “target” aku. Dan pastinya, sudah beberapa kali aku memohon jawatan dalam syarikat tersebut. Daripada sekecil-kecil jawatan sehinggalah ke sebesar-besar jawatan. Semua aku mohon!

Dan banyak kali juga aku kecewa! Dek kerana jawatan yang aku mohon tak juga kunjung tiba. Kalau jawatan yang besar, aku faham sebab aku sekadar memohon. Dapat tak dapat itu belakang cerita la kan. Tapi yang buatkan aku sedikit kecewa adalah, aku mohon jawatan yang paling kecil. Kira permulaanlah dalam syarikat. Itu pun tak dapat! Ish, kecewanya.

Aku sedar, 2 syarikat yang aku mohon ini, jauh sangat dengan pengalaman yang aku ada sekarang. Bidang pun lari jauh. Boleh kata tak ada kena mengena langsung pun. Tapi seperti yang aku ada beritahu pada awal tadi, aku nak cari sesuatu yang lebih baik daripada yang baik. Dan kedua-dua syarikat ini bukan calang-calang.

Lama aku tenung kenapa susah sangat untuk dapat kerja dalam 2 syarikat ini. Saban hari aku mohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah maha penyayang. Ditunjukkan sedikit demi sedikit melalui pelbagai cara agar hamba-hambanya faham. Yang kita rancang terkadang nampak sempurna namun Allah Sahajalah yang tahu apakah yang terbaik untuk kita.

Kita mampu merancang. Kalau dapat kerja ini nak buat itu ini. Nak ubah itu dan ini. Itu semua dalam perancangan kita dan apa yang kita nampak. Namun, banyak sebenarnya yang kita tak nampak dan mungkin akan menjerumuskan kita kearah kejatuhan atau tekanan yang lebih dasyat.

Mungkin kerja yang kita mohon itu penuh dengan tekanan. Di tambah lagi, boleh jadi juga masa kita akan jadi lebih padat dengan kerja. Atau dengan kata mudahnya, lebih teruk daripada kerja yang kita ada sekarang. Ada pelbagai kemungkinan lagi. Dan pastinya, setiap yang berlaku itu bukan sekadar berlaku, ianya adalah petunjuk daripada Allah kepada setiap hamba-hambanya.

Dan apa yang aku rasa sekarang adalah, boleh jadi kerja yang aku mintak itu, akan memberikan tekanan yang kuat sekaligus menyebabkan kesihatan aku merosot mendadak, siapa tahu kan? Dan ada banyak lagi sebenarnya yang aku rasa dan percaya, ada banyak sebab kenapa setiap permohonan aku di tempat baru itu tidak diterima.

Kita hanya merancang, Allah sahajalah yang menentukan. Allah lebih maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Kerana, dengan hanya bersyukur, Allah akan tambah lagi rezeki kedalam hidup kita. insyaAllah. Bersangka baiklah dengan Allah. Pasti ada yang terbaik daripada yang lebih baik dari yang baik. Aminnn.

 

Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia

Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari pertama lockdown Malaysia. Perintah kawalan pergerakan lebih ketat ini adalah selama 14 hari bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Ini dibuat kerajaan berikutan kes positif covid yang menunjukkan peningkatan mendadak saban hari. Dan semalam, PM Malaysia telah mengumumkan bantuan tambahan kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi masa yang genting ini. Berikut merupakan Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia.

Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia

#1. Pakej stimulus pemerkasa plus bernilai RM40 Bilion bagi meransang ekonomi dan membantu rakyat bagi menghadapi PKP 3.0.

#2. Menambah peruntukan sebanyak RM1 Bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam.

#3. Peruntukan sebanyak RM2.1 Bilion bagi program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

·         Tambahan sebanyak RM500 bagi pendapatan isi rumah RM2500 dan kebawah.

·         Tambahan sebanyak RM300 bagi pendapatan isi rumah RM2501 - RM5000

·         Bantuan RM100 kepada golongan Bujang.

#4. Bantuan One Off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas sekolah dan persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing.

#5. Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan

#6. Mempercepatkan pemberian suntikan vaksin sebanyak 80,000 dos sehari

#7. Moratorium selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan

#8. Program MARA prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran.

#9. Lanjutan program subsidi upah selama sebulan

#10. Tambahan RM500 kepada RM1500 bagi geran khas prihatin.

#11. Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas

#12. Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU IMPORT sehingga 31 Disember 2021.

Dan khabarnya kerajaan masih merancang beberapa lagi bantuan yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan waktu genting ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negara kita bebas daripada wabak ini dan kita boleh menjalani kehidupan normal kembali.

Newer Posts
Older Posts

Find Here

Translate

Terima Kasih!

Powered by Blogger.

Cerita Lama

  • ►  2022 (23)
    • ►  October (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ▼  2021 (108)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (2)
    • ▼  June (14)
      • TERBARU! KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra
      • Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan!
      • Punca dan kenapa muntah ikan paus menjadi sangat m...
      • Musim durian dah tiba! Jom kenali 5 Raja Buah Mala...
      • Terpikat dengan Wangian Bakhoor daripada Mabkhara ...
      • Petua hilangkan panas badan selepas makan
      • Apakah itu MAGERAN & Tujuan Utama Ianya di Tubuhkan
      • Suntik vaksin Covid-19 dapat hadiah percuma Ganja!
      • Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut?
      • Selamat tinggal i-sinar 2021!
      • Nak tahu Cara paling mudah untuk Jana income onlin...
      • Tidak kemaskini MySejahtera bukan kesalahan dan ti...
      • Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui
      • Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lo...
    • ►  May (8)
    • ►  April (17)
    • ►  March (19)
    • ►  February (19)
    • ►  January (21)
  • ►  2020 (82)
    • ►  December (4)
    • ►  November (7)
    • ►  October (1)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (4)
    • ►  May (7)
    • ►  April (6)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (50)
    • ►  December (5)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2018 (44)
    • ►  December (1)
    • ►  November (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (13)
  • ►  2017 (182)
    • ►  December (7)
    • ►  November (9)
    • ►  October (24)
    • ►  September (15)
    • ►  August (26)
    • ►  July (17)
    • ►  June (6)
    • ►  May (25)
    • ►  April (28)
    • ►  March (24)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (6)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
  • ►  2015 (19)
    • ►  October (19)

My Blog List

  • VOCKET
    Cari Duit Lebih Untuk Hari Raya, Dua Lelaki Ditahan Ketika Mahu Beli Nombor Ekor
  • Denaihati – Blog Tips Kehidupan
    Maksud Doa qunut subuh
  • Aliff Channel
    Pengemis Warga Asing Raih Pendapatan RM500 Sehari?
  • Blog Lifestyle Otai Blogger Malaysia
    Kos Yuran Masuk ke MRSM Tingkatan 1
  • Bro Framestone
    Selebriti Hadir Memeriahkan Nostalgia Retro Raya & MAHA BUFFET di Maeps, Serdang
  • The Patriots
    Genting Bidai: Laluan Lama Selangor-Pahang
  • It's Poobritney!
    Special Announcement for All of You!
  • sayidahnapisahdotcom
    Senarai Penuh Kabinet Baru Menteri Malaysia PM Anwar 2022
  • MrEjoy
    Baru ada peluang untuk menulis..
  • Syok Makan
    5 kelebihan air rendaman kurma yang ramai tidak tahu
  • ahmadfaizal.com
    Hari Anugerah Cemerlang Budak Sekolah
  • Cik Epal
    Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
  • Maria Yusoff
    Kerabu ulam Sempoi
  • SukaShares
    Anda pasti tak percaya dengan hadiah wang tunai yang dimenangi Juara Piala Dunia 2018 ini!
  • Jutawanbitcoin
    Harga bitcoin terus naik dan menaik!
  • Makan jer Kerja! | Your Blog Description
Show 5 Show All

Trending!

  • Cara mudah tukarkan Sijil SSP BSN kepada wang tunai.
  • 3 Idea buat duit online 2017
  • Cara paling mudah tukar template blog.
  • Apakah maksud mimpi kutip duit syiling menurut islam
Blogged.my

Rakan Mrejoy

@INSTAGRAM
Created By SoraTemplates | Distributed by GooyaabiTemplates