Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui
Allah sahajalah yang lebih Maha Mengetahui | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Dalam zaman wabak ni, ramai yang terkesan. Bukan hanya golongan
bawahan malahan atasan juga terkesan. Ekonomi benar-benar menekan kita
sekarang. Banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku saban hari di
sekeliling kita. Namun, ada banyak benda yang tersembunyi yang hanya diketahui
Allah sahaja. Allah yang Maha berkuasa dan lebih Maha mengetahui.
Dalam keadaan
ekonomi yang tak menentu sekarang ini, ramai yang dibuang kerja. Dan pastinya,
untuk mencari pekerjaan dalam situasi sekarang juga bukanlah sesuatu yang
mudah. Bayangkan kalau banyak syarikat yang mula membuang pekerja mereka,
macamana kita nak mohon kerja dalam sesebuah syarikat itu kan?
Aku kongsikan
mengenai diri aku sendiri. Syukur alhamdulilah, aku masih dengan kerja yang aku
buat 15 tahun dahulu. Masih dalam syarikat yang sama dan dalam bidang kerja
yang sama. Syukur alhamdulilah. Namun tidak aku nafikan, aku masih mencari
peluang yang lebih baik daripada yang baik sekarang ini.
Dan ada
beberapa company yang menjadi “target” aku. Dan pastinya, sudah beberapa kali
aku memohon jawatan dalam syarikat tersebut. Daripada sekecil-kecil jawatan
sehinggalah ke sebesar-besar jawatan. Semua aku mohon!
Dan banyak
kali juga aku kecewa! Dek kerana jawatan yang aku mohon tak juga kunjung tiba. Kalau
jawatan yang besar, aku faham sebab aku sekadar memohon. Dapat tak dapat itu
belakang cerita la kan. Tapi yang buatkan aku sedikit kecewa adalah, aku mohon
jawatan yang paling kecil. Kira permulaanlah dalam syarikat. Itu pun tak dapat!
Ish, kecewanya.
Aku sedar,
2 syarikat yang aku mohon ini, jauh sangat dengan pengalaman yang aku ada
sekarang. Bidang pun lari jauh. Boleh kata tak ada kena mengena langsung pun. Tapi
seperti yang aku ada beritahu pada awal tadi, aku nak cari sesuatu yang lebih
baik daripada yang baik. Dan kedua-dua syarikat ini bukan calang-calang.
Lama aku
tenung kenapa susah sangat untuk dapat kerja dalam 2 syarikat ini. Saban hari
aku mohon kepada Allah agar diberikan petunjuk. Dan Allah maha penyayang. Ditunjukkan
sedikit demi sedikit melalui pelbagai cara agar hamba-hambanya faham. Yang kita
rancang terkadang nampak sempurna namun Allah Sahajalah yang tahu apakah yang
terbaik untuk kita.
Kita mampu
merancang. Kalau dapat kerja ini nak buat itu ini. Nak ubah itu dan ini. Itu semua
dalam perancangan kita dan apa yang kita nampak. Namun, banyak sebenarnya yang
kita tak nampak dan mungkin akan menjerumuskan kita kearah kejatuhan atau
tekanan yang lebih dasyat.
Mungkin kerja
yang kita mohon itu penuh dengan tekanan. Di tambah lagi, boleh jadi juga masa
kita akan jadi lebih padat dengan kerja. Atau dengan kata mudahnya, lebih teruk
daripada kerja yang kita ada sekarang. Ada pelbagai kemungkinan lagi. Dan pastinya,
setiap yang berlaku itu bukan sekadar berlaku, ianya adalah petunjuk daripada
Allah kepada setiap hamba-hambanya.
Dan apa
yang aku rasa sekarang adalah, boleh jadi kerja yang aku mintak itu, akan
memberikan tekanan yang kuat sekaligus menyebabkan kesihatan aku merosot
mendadak, siapa tahu kan? Dan ada banyak lagi sebenarnya yang aku rasa dan
percaya, ada banyak sebab kenapa setiap permohonan aku di tempat baru itu tidak
diterima.
Kita hanya
merancang, Allah sahajalah yang menentukan. Allah lebih maha mengetahui apa
yang terbaik untuk hamba-hambanya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita
ada. Kerana, dengan hanya bersyukur, Allah akan tambah lagi rezeki kedalam
hidup kita. insyaAllah. Bersangka baiklah dengan Allah. Pasti ada yang terbaik
daripada yang lebih baik dari yang baik. Aminnn.
0 Comments