Apakah itu MAGERAN & Tujuan Utama Ianya di Tubuhkan
Apakah itu MAGERAN & Tujuan Utama Ianya di
Tubuhkan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak kebelakangan ini, kerap juga nampak
perkataan MAGERAN ini lalu lalang dekat wall sosial media. Entah kenapa
tiba-tiba ianya muncul dan apakah fungsinya MAGERAN ini. Namun, apa yang lebih
penting adalah, MAGERAN itu sebenarnya apa? Itu yang banyak menjadi persoalan
kepada ramai orang ketika ini kan? Baik, hari ini, kita akan cuba faham sedikit
apakah disebalik makna perkataan ini.
Apakah itu MAGERAN
Mageran membawa
maksud Majlis Gerakan Negara. Ianya kembali
disebutkan selepas bekas perdana menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan
semula penubuhan Mageran ini pada satu sidang media selepas menghadap Yang Di
pertuan Agong.
Bilakah Mageran ditubuhkan?
Baik. Mageran
ditubuhkan pada 15 Mei 1969 selepas pengisytiharan darurat dan perintah
berkurung dikenakan susulan kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei. Ini bermakna,
mageran ini ditubuhkan hanya 2 hari selepas kejadian 13 Mei. Tahukan apa yang
terjadi sewaktu itu?
Dan sememangnya,
perkataan Mageran ini sangat asing kepada orang muda kerana ianya sudah lama
berlaku. Namun bagi kebanyakkan generasi lama, ianya pasti mengimbau kembali
detik hitam sejarah negara dalam memori mereka.
Apakah fungsi dan matlamat Mageran?
Seterusnya,
apakah fungsi Mageran? Tidak lain dan tidak bukan, mengapakah mageran
ditubuhkan adalah sebagai kerajaan sementara dan ianya berfungsi untuk
memulihkan kedaulatan undang-undang dan membawa negara Malaysia (sewaktu itu) kearah
pendamaian. Dan Mageran ini berfungsi selama 2 tahun dan ianya dibubarkan pada
tahun 1971.
Siapakah pengerusi Mageran ketika itu?
Sewaktu penubuhan
Mageran pada tahun 1969, perdana menteri sewaktu itu, Tunku Abdul Rahman tidak
memegang jawatan sebagai pengerusi sebaliknya jawatan itu diserahkan kepada
timbalan perdana menteri iaitu Tun Abdul Razak.
Fungsi mageran
adalah sama dengan fungsi kerajaan sedia ada. Terdapat beberapa Jemaah menteri
yang bertugas dengan portfolio masing-masing. Namun tugas utama mageran ketika
itu adalah untuk memulihkan undang-undang dan peraturan negara.
Mageran ketika
itu Berjaya didalam perlaksanaan nya untuk mewujudkan semula keamanan dalam
tempoh beberapa bulan sahaja.
Dan berbalik
semula kepada perlaksaannya dalam tempoh darurat ketika ini, ianya adalah berbeza
kerana darurat sewaktu tahun 1969 adalah darurat keselamatan dan mageran sangat
diperlukan ketika itu bagi memulihkan kedaulatan undang-undang dan mengelakkan
insiden kekerasan daripada menjadi lebih teruk. Dan ianya adalah berbeza dengan
darurat kesihatan yang berjalan ketika ini.
Apa pun yang pasti, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pastinya punya rencana terbaik di dalam menentukan apakah langkah terbaik yang boleh dilakukan. Rakyat Malaysia menjunjung kasih kepada Tuanku Agong. Dan marilah kita bersama-sama mendoakan agar negara tercinta kita bebas dari wabak ini dan kita dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala, aminnn.
0 Comments