Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut?
Kenapa kalau marah, kita mesti mencarut? | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Kenapa kita mesti mencarut waktu kita marah? Adakah dengan mencarut
tersebut marah kita akan hilang? Kenapa kita tidak gunakan perkataan yang baik
semasa kita marah? Sebenarnya, mencarut juga tidak digambarkan sebagai emosi
marah kerana ada sesetengah perkataan (mencarut) digunakan sebagai ayat biasa
di dalam perbualan seharian.
Sebagai contoh,
ayat mencarut seperti s*al. Perkataan ini boleh dikatakan perkataan biasa yang
digunakan penduduk negeri Melaka (negeri tempat aku bekerja sekarang). Boleh kata
setiap ayat yang dituturkan, dihujungnya mesti ada perkataan s*al.
Sebagai contoh:
Kau makan
apa s*al? pergh, keluar makan tak ajak s*al. ataupun, apa benda s*al?
Boleh kata,
hampir setiap ayat, akan dimasukkan perkataan ini. Dan pernah sekali, sewaktu
aku belajar dahulu, seorang rakan daripada perlis yang tegur.
Kenapa kau
cakap aku s*al ek? Apa salah aku?
Waktu itu
memang tergelak la semua. Jadinya, kami semua minta maaf dekat dia. Sebabnya kita
dah biasa guna ayat itu kan. Jadi memang tak terasa apa pun, tapi bila
digunakan untuk orang luar negeri Melaka, dia jadi benda yang berbahaya!
Apa pun,
banyak lagi sebenarnya perkataan yang “agak kasar” atau mencarut yang digunakan
oleh ramai penduduk Melaka. Tapi apa yang menariknya adalah, walaupun perkataan
itu agak kasar, namun, tiada yang ambil hati atau boleh bawak bergaduh. Sebabnya
dah biasa kan.
Tapi berbalik
kepada cerita kita di awal tadi, kenapa waktu kita marah, kita mesti mencarut?
(berbeza ya dengan cerita aku di atas ini, mereka tak marah pun, tapi tetap
juga nak guna perkataan tersebut,hehehe).
Kenapa mesti mencarut ketika marah?
Ketika ini,
kalau kita lihat di media sosial, banyak perkataan mencarut membanjiri setiap
post. Namun, ianya terselindung disebalik perkataan lain. Contohnya perkataan
cincau yang membawa maksud l*ncau. Atau ubi yang membawa maksud b*bi. Dan pelbagai
lagi perkataan lain.
Ini semua
membawa maksud kemarahan yang membawa kepada perkataan mencarut yang digunakan.
Persoalan sekarang, kenapa mesti mencarut? Adakah dengan mencarut itu, masalah
kita akan selesai? Adakah dengan mencarut, segala perkara akan selesai?
Tidak hanya
ketika marah, boleh jadi perkataan mencarut digunakan tanpa kita sengaja. Contohnya,
tengah berjalan, tersepak batu. Apakah perkataan pertama yang keluar? Atau
sewaktu kita terperanjat, apakah perkataan pertama yang keluar? Kebiasaan perkataan
yang keluar adalah perkataan mencarut, betul kan?
Berbalik kepada
persoalan awal, kenapa mesti mencarut? Adakah mencarut itu berdosa? Atau ada
tak tips untuk elak mencarut?
Penjelasan kenapa manusia suka mencarut menurut
sains.
Terdapat satu
perkataan bagi mengambarkan keadaan mereka yang suka mencarut ini adalah
Lalochezia. Ianya membawa maksud keredaan emosi yang kita akan dapat akibat
daripada penggunaan perkataan ini. Dan ada kajian yang mengatakan penggunaan
perkataan ini mampu mengurang tahap kesakitan kita.
Sebegai contoh
ketika sedang marah, perkataan yang biasa digunakan adalah B*bi !! Atau S*al !!
atau sebagainya. Ini akan melepaskan segala kemarahan yang ada di dalam hati
kita. Sebaliknya berbeza jika kita menggunakan perkataan bunga!! Atau pokok
pisang!! Ianya tidak akan meredakan kemarahan sebaliknya boleh membuatkan kita
menjadi semakin marah. Betul tak?
Ketika sakit pula, contohnya kaki kita tersepak batu, dalam keadaan sakit, ayat yang keluar pastinya b*bi betul lah! Atau Ahhh! S*al lah! Sambil mengerang kesakitan. Lama kelamaan, kesakitan itu akan beransur hilang walaupun air mata tetap keluar. Betul tak? Mestilah betul sebab aku dah biasa buat! Hahahahaha.
Dalam
kajian yang dilakukan sekumpulan sukarelawan, perkataan mencarut ini dapat
meredakan kemarahan atau kesakitan seseorang. Namun, ianya tidaklah memberi
kesan kepada seseorang. Perkataan yang dikeluarkan sekadar memberi gambaran
keadaan emosi mereka ketika itu. Kata carutan dapat menjadi salah satu cara
untuk mengendalikan tekanan yang sedang dihadapi.
Namun,
dalam konteks agama islam pula, kata-kata yang keluar daripada mulut kita
adalah doa. Apa sahaja yang keluar adalah doa. Jadi, adalah lebih baik perkataan
yang digunakan adalah perkataan yang baik-baik sahaja. Boleh sahaja kita
gantikan perkataan carutan itu kepada istighfar atau kata-kata yang baik.
Cuba kalau
marah, kita tukar B*bi kepada astafirullah. Atau kita kata, ahh! Memang aku
kaya! Jutawan dunia akhirat! Atau kalau nak marah seseorang, cuba guna, aku
doakan ko Berjaya dunia akhirat! Cuba ye, cuba! Memang rasa tak puas kan? Tapi cubalah.
Hehehe.
Sebagai
penganut agama islam, kita kena sentiasa sedar yang setiap perkataan yang
keluar daripada mulut kita adalah doa. Jadinya, kalau asyik keluar perkataan
tak elok, takut jadi pada kita nanti. Jadinya, bermula hari ini, kita sama-sama
belajar ya! Memang rasa tak puas bila guna perkataan yang elok. Tapi cuba
fikirkan semula, kata-kata itu adalah doa. Ha! Selamat Berjaya ya semua!
0 Comments