Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan!
Kibarkan bendera putih tanda perlukan sokongan! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Semakin hari semakin banyak berita-berita yang tak diingini kita
lihat dan baca. Semakin ramai rakyat yang tertekan dek kerana wabak yang seakan
tidak akan reda. Perintah berkurung tidak nampak penghujungnya. Dan atas alasan
tersebut, viral kini di dalam laman sosial, agar mereka-mereka yang memerlukan
sokongan agar mengibarkan bendera putih depan rumah.
Simbolik bendera putih pkp.
Kalau di
dalam perang, bendera putih bermaksud menyerah kalah. Namun, di dalam situasi
PKP yang berpanjangan ini, bendera putih ini adalah sebagai simbol agar orang
sekeliling tahu ada sesuatu yang perlu kita bantu.
Kalau kita
lihat keadaan semasa, ramai yang tertekan dan buntu! Tak tahu mana nak cari
sumber pendapatan dek kerana tidak dapat berkerja. Mana nak bayar hutang mana
nak bagi makan anak-anak. Dan bila mereka sendirian, datanglah idea-idea pelik
untuk selesaikan masalah ini.
Ada daripada
mereka yang tertekan ini, semuanya berkisarkan keluarga. Jika diri sendiri yang
lapar, aku pasti, mereka pasti ada jalan mereka sendiri. Namun bila melibatkan
anak isteri, pastinya mereka akan jadi lebih tertekan sehingga sanggup buat
perkara yang tidak diingini.
Dan idea
untuk mengibarkan bendera putih depan rumah adalah sangat bernas pada hemat
aku. kerana terkadang, kita sendiri tak tahu mereka ini perlukan bantuan. Nampak
macam biasa-biasa, rupanya ada sesuatu yang besar sedang mereka simpan.
Jika dalam
satu taman, atau dalam 1 kampung, ada bendera putih berkibar, ini bermakna
keluarga ini sedang perlukan bantuan. Tak salah kita sama-sama jenguk dan
tanyakan apa yang mereka perlukan. Kalau dah kehabisan makanan, kita sama-sama
beli beras dan barang keperluan yang lain.
Jika
terputus bekalan susu anak atau sebagainya, masyarakat setempat pastinya ada
jalan penyelesaian. Simbolik kepada bendera putih semasa musim PKP ini tidak
lain dan tidak bukan, untuk kita sama-sama bantu rakan-rakan sekeliling kita.
Kita dah
tak mahu dengar berita yang bukan-bukan. Lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di
sekeliling kita. Aku percaya, jika kita sama-sama bantu orang sekeliling, kita
boleh sama-sama menghadapi waktu yang sangat sukar ketika ini.
Jadinya kalau
selepas ini, kita ternampak bendera putih depan rumah, tak kiralah tergantung
di mana-mana, tahulah kita yang mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. Pakat-pakat
bantu sesama kita. Saling melengkapi.
Janganlah ada
yang ingat, mereka yang naikkan bendera putih ini saja-saja ya. Makna simbol
bendera putih adalah, mereka sedang perlukan bantuan dan sokongan. insyaAllah,
kita bantu orang, Allah pasti lipat gandakan rezeki kita, insyaAllah, aminnn.
1 Comments
singgah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html
ReplyDelete