Musim durian dah tiba! Jom kenali 5 Raja Buah Malaysia!
Musim durian dah tiba! Jom kenali 5 Raja Buah
Malaysia! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Musim durian dah tiba! Bagi pengemar buah
durian, ini sememangnya waktu yang di tunggu-tunggu. Bagi aku sekeluarga, yang
memang hantu durian ini, memang boleh kata setiap hari jugalah ada durian dekat
rumah. Ada duit lebih, dapatlah makan yang sedap-sedap sikit macam Musang King atau
Durian Udang merah. Kalau duit tak berapa nak banyak, kita makan durian kampung
sahaja, janji durian! Hehehe.
Jenis-jenis durian di Malaysia.
Sebenarnya kita
sangat bertuah kerana terdapat pelbagai jenis pilihan durian di Malaysia. Ada orang
yang tak suka makan durian kampung tapi suka makan “durian mahal” sahaja. Ada pula
orang-orang lama, tak suka makan durian kacuk, “tekak” mereka lebih selesa
dengan durian kampung. Apa pun, kita tetap bertuah dengan kepelbagaian jenis
durian yang ada di Malaysia.
Bila bercerita
tentang durian ini, bukan semua rakyat Malaysia yang suka makan durian. adik
beradik aku sendiri ada yang tak suka makan durian, katanya rasa tak sedap! Anak
sulung aku pun tak suka makan. Apa yang mampu aku cakap pada dia,
“Rugilah kamu sebab
tak merasakan nikmat dunia ini. Belum pasti akan datang kamu akan rasa lagi
buah ini”
Yang sebenarnya
aku geram sebab anak sulung aku tak suka makan durian. Berbanding dengan anak
yang lain, mereka memang hantu durian! kerana mereka jugalah, aku kena cari
durian hari-hari dan pastikan paling kurang kena ada 2 biji durian dekat rumah.
Di kawasan
tempat aku tinggal sekarang, dikelilingi dengan pokok-pokok durian yang sedang
mengeluarkan hasil. Ada beberapa pokok di tepi jalan besar (yang penuh dengan
buah). Kalau ikutkan, boleh sahaja nak kutip pagi-pagi. Tapi disebabkan wife
aku tak izinkan (walhal setiap pagi aku tengok orang datang kutip), aku ikutkan
sahajalah dan “terpaksalah” pergi beli setiap hari, hehehe.
Oklah! Apa kata
jom kita sama-sama belajar mengenai jenis-jenis raja buah di Malaysia!
#1. Durian Musang King.
Ini boleh
dikatakan raja segala buah durian. Musang king berasal daripada Tanah merah Kelantan
dan ia merupakan buah kegemaran disebabkan rasa yang lemak manis namun ada
sedikit pahit. Isi buah durian musang king berwarna kuning keemasan dan
mempunyai isi yang tebal serta biji yang kecil berbanding buah durian yang
lain.
#2. DurianTekka.
Baik,
seterusnya adalah durian Tekka. Buah ini berasal daripada banting Selangor. Sebenarnya
ada banyak nama bagi buah durian ini namun tekka juga yang paling dikenali. Isi
tekka berwarna krim kekuningan dan biji pula bersaiz sederhana. Rasanya pula
sedikit pahit dan berlemak.
#3. Durian Udang merah.
Durian ini
berasal daripada balik pulau,pulau pinang. Isinya berwarna kuning jingga
kemerahan. Dan dikatakan banyak negeri yang tanam pokok durian udang merah ini
namun rasa asli dan padu pastinya datang daripada pokok yang di tanam di balik
pulau. Rasa durian udang merah ini lemak manis dan isinya sedikit lembik.
#4. Durian black thorn.
Seterusnya adalah
durian duri hitam. Kenapa durian ini tidak berada di tempat teratas walaupun
harganya adalah lebih mahal daripada musang king adalah kerana kesukaran nak
jumpa durian ini di dalam market Malaysia. Pernah baca di dalam laman sosial,
ada yang kata sebatang pokok durian duri hitam hanya mengeluarkan 2-3 biji
sahaja. Mungkin sebab itu harga lebih mahal.
Walaupun isi
duri hitam tidak setebal isi musang king, namun rasa lemak manis durian duri
hitam mempunyai keunikkannya yang tersendiri.
#5. Durian kampung.
Ahha! Ini adalah
jenis durian yang dicari ramai rakyat Malaysia! Selain rasanya yang “ori durian”,
harganya juga menjadi faktor penting menjadi pilihan utama. Apa yang menariknya
mengenai durian kampung ini adalah kerana rasa bagi setiap buah adalah berbeza.
Ada yang
rasa pahit, ada rasa manis, ada yang rasa tawar, yang tiada rasa langsung pun
ada! Hahaha. Orang kata ikut nasib la!
Oklah! Itulah
5 jenis durian terkenal yang boleh aku kongsikan dengan korang. Sebenarnya ada
banyak jenis lagi tapi aku kongsikan yang ini dahulu sebab jenis-jenis ini yang
terkenal dan paling banyak disebutkan. Baiklah, dah cerita pasal durian ni, aku
nak keluar kejap lah! keluar buat apa? Cari durian lah! hahahahaha.
0 Comments