Nak tahu Cara paling mudah untuk Jana income
online sepanjang musim PKP? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wabak yang sedang melanda dunia
ketika ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Malah boleh
dikatakan menjadi semakin teruk saban hari. Dan ini juga memberi kesan kepada
banyak isi rumah dek kerana diberhentikan kerja ataupun tidak boleh jana income
disebabkan tidak dapat berniaga (Terikat dengan perintah kawalan Pergerakan). Hari
ini aku cuba kongsikan dengan semua beberapa Cara paling mudah buat duit online.
Semoga ianya mampu memberi sinar baru buat semua, insyaAllah.
Baik. Bercerita
mengenai buat duit online dari rumah (disebabkan musim PKP), rasanya dah ramai
yang kongsikan. Boleh sahaja kita cari di google, pasti banyak dah cara yang
dikongsikan. Dan aku sendiri akui, banyak cara tersebut adalah betul dan
sememangnya benar-benar beri kita income secara online.
Boleh jadi
income tersebut daripada nilai ringgit mahupun dalam nilai USD. Yang paling
best, bila kita dapat jana income online USD la kan! Bagaimana nak buat duit
online ni? Ada banyak cara sebenarnya. Dan salah satunya adalah dengan tulis
blog. Tapi hari ini,aku bukanlah nak kongsikan cara buat duit dengan blog disebabkan
dah banyak aku tulis mengenai perkara ini di dalam blog mrejoy.com ni.
Tapi, aku
nak kongsikan beberapa cara lain untuk kita sama-sama belajar buat duit secara online
ni. Seperti yang aku ada kongsikan di awal tadi, cara-cara ini dah banyak
dikongsikan, kiranya kita nak refresh sahaja la ya!
Cara paling mudah buat duit online.
Acap kali,
aku baca dalam media sosial atau terjumpa keyword cara paling mudah buat duit
dari rumah ni. Biasanya, di dalam keadaan tertentu, kita memang akan cari cara
yang paling mudah dan cepat untuk buat duit. Ya! Kena faham, mungkin mereka
kekurangan wang dan perlukan wang dalam masa yang paling singkat. Mungkin nak
beli makanan atau mungkin ada perut yang perlu dijaga (anak isteri).
Jika ini
yang anda cari, apa yang aku boleh kongsikan adalah, sama ada korang mula
berniaga kecil-kecilan ataupun jika tiada modal untuk berniaga, korang boleh
cari income dengan cara jadi penghantaran makanan (food panda, grab food atau
sebagainya).
Korang boleh
juga ambil upah belikan barang dapur,atau ambil upah bersihkan rumah orang
lain. Atau gunakan kelebihan yang korang ada yang difikirkan mampu memberikan
income kepada korang dan keluarga. Pernah aku lihat di media sosial, ada yang
ambil upah asahkan parang atau pisau hanya di pinggir jalan. Janji boleh beri
mereka income yang halal, betul tak? Ini untuk mereka yang merancang untuk buat
duit secara offline dan cepat ya.
Cara buat duit online dengan mudah
Ok. Berbalik
kepada Cara paling mudah buat duit online. Banyak sebenarnya cara yang boleh
kita aplikasikan. Salah satunya adalah dengan buat duit dengan online game. Zaman
sekarang ini, kata mudah tahun 2021 ini, boleh kata semua adalah secara
digital. Dan yang lebih menariknya adalah kita boleh jana income dengan hanya
bermain permainan game secara online.
Kalau dulu,
orang kata main game ini adalah sia-sia dan tak ada masa hadapan. Tapi dalam
zaman serba moden ini, semuanya dah berubah sama sekali. Aku bukan cakap kosong
ya! Banyak sebenarnya bukti yang menunjukkan main game secara online juga mampu
beri kita income. Tengok sahajalah soloz. Dia antara yang Berjaya buat duit
dengan online game.
Aku tak
bolehlah kongsi macamana panduan buat duit dengan game online ini, sebabnya aku
sendiri tak minat main game! Hahaha. Tapi apa yang aku boleh katakan, kalau
korang minat sangat-sangat dengan permainan game secara online, adalah lebih
baik korang gunakan minat korang itu ke arah yang betul. Dapat main game dan
dalam masa yang sama dapat juga jana income secara online!
Buat duit online shopee
Seterusnya, peluang
buat duit secara online adalah dengan meniaga di shopee. Ya Allah, ini aku
sendiri tengok rakan aku buat benda ini. Nak tahu dia meniaga apa? Dia jual
batu permata. Alah, batu cincin tu dan pelbagai lagi produk yang lain. Dan income
dia bukan biasa-biasa ya! Cecah 6 angka juga! Tak percaya? Silalah percaya! Hehehe.
Tidak di
nafikan, shopee adalah 1 medium bisnes online yang paling terkenal ketika ini. Dan
bisnes kita ini bukan sahaja tertakluk di dalam negara sahaja malah menjelajah
ke seluruh dunia. Kalau pun korang tak ada produk sendiri, korang boleh je
jualkan produk orang lain. Kiranya jadi dropship la.
Dekat sini
korang boleh belajar buat duit online. Mula-mula jangan letakkan harapan yang
tinggi. Biar kita mula daripada bawah. Target dulu berapa income yang korang
nak dan usaha. Janganlah awal-awal target nak income 6 angka sebulan! Sebabnya nanti
korang akan kecewa sendiri.
Nasihat aku,
mulakan target yang rendah dahulu. Kemudian sentiasa upgrade diri. Target income
dan target jualan. Bukan apa, ramai sebenarnya yang kecundang di tengah jalan
dek kerana target yang terlalu tinggi. Sabar tuan-tuan dan puan-puan. Nak jadi Berjaya
bukan 1 hari ya! Kejayaan itu adalah perjalanan.
Buat duit online tanpa modal 2021
Akhir sekali,
banyak sebenarnya cara yang boleh kita guna untuk buat duit bisnes online ini. Macam
yang aku kongsikan, boleh guna medium shopee, boleh guna medium game online,
boleh guna blog, boleh guna youtube dan pelbagai cara lagi.
Tiada rahsia
buat duit secara online sebenarnya. Cuma kita sahaja yang tak tahu. Kalau tahu,
rasanya kita dah jadi macam negara jiran kita. Senang-senang buat duit secara
online. Dan yang lebih seronok, buat duit online USD lagi. Yang aku maksudkan
itu adalah, mereka buat duit hanya dengan youtube.
Rasanya korang
dah tahukan negara mana? Pada aku, mereka agak Berjaya di dalam kerja online
buat duit ni. Bagi kita pula, tak banyak pendedahan mengenai hal ini dan boleh
kata juga, penduduk kita tak berapa “ramai” kalau nak dibandingkan dengan
mereka.
Tapi janganlah
jadikan itu sebagai penghalang. Sebagaimana Allah memberikan kita rezeki dalam
keadaan yang tidak disangka-sangka asalkan kita terus berusaha,ok? Apa pun, aku
doakan kita semua agar Berjaya dalam apa jua bidang yang kita buat. Jangan pernah
berhenti berdoa kerana Allah sentiasa mendengar doa kita. Orait!
7 Comments
Yaa betul, banyak cara boleh buat duit dari rumah sekarang ni... saya dan suami tahun ini guba cara di shopee, tapi dengan modallah.. kuarkan produk sendiri.. Alhamdulillah.. dapatlah baiki ekonomi keluarga.. kalau dulu harapkan gaji bulanan memang tak ada simpananlah jawabnya.
ReplyDeleteBgs share tips mcm ni. Btw sis pun buat duit dgn shopee. Alhamdulillah rezeki online shop
ReplyDeleteTips berguna ni...dari duduk saja tak salah kan kita buat side income. Terima kasih sharing
ReplyDeleteSaya pun buat duit dgn Shopee. Dan cari kerja freelance writer juga.
ReplyDeleteWah.. Bagus entri ni, boleh bagi idea dekat mereka yang tercari-cari cara nak buat duit
ReplyDeleteZaman sekarang ni ramai yang nak cari side income
ReplyDeleteSharing yang sangat informatif. Actually kalau try belajar forex n trade pun bagus. Belajar tentang tukaran mata wang dan faham konsepnya , boleh jugak menjadi side income.
ReplyDelete