Petua hilangkan panas badan selepas makan

Petua hilangkan panas badan selepas makan
durian |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekarang ni musim panas kan? Memang panas
betul cuaca sekarang ini. Nak keluar pun rasa tak selesa. Dan kebiasaannya,
bila masuk musim panas, sewaktu itulah musim durian. Dan bagi pengemar raja
buah ini, pastinya tidak akan melepaskan waktu ini. Namun, seperti biasalah,
selepas makan buah durian mesti badan rasa panas kan?
Kenapa Badan Panas Setelah Makan Durian?
Ini soalan
yang kerap orang Tanya, kenapa yer badan kita panas selepas makan durian? Nak bercerita
secara sains mungkin tak semua faham. Jadi apa yang boleh aku rumuskan,
sekarang musim panas, buah durian juga termasuk dalam kategori “buah panas”. Jadinya,
makan buah panas di tambah pula dengan cuaca panas, memang badan akan auto
panas. Boleh macam itu? Hehehe.
Namun, buah
durian juga bukan buah sebarangan ya! Terdapat Pantang Larang Semasa Makan
Durian iaitu:
- Jangan sesekali makan durian bersama-sama dengan air coke! Memang nampak sedap air coke bersama durian. Tapi jangan sesekali makan bersama kerana air coke mengandungi kandungan yang tidak baik yang akan menyebabkan kesan mudarat kepada jantung korang!
- Jangan sesekali makan durian bersama air kopi. Kesan yang akan di alami sama seperti makan durian bersama air coke. Ianya akan menyebabkan jantung kita berdegup lebih laju dan menyebabkan suhu badan kita menjadi lebih panas.
- Jangan sesekali makan durian bersama susu. Apakah akibatnya kalau makan durian bersama susu? Jika ini yang terjadi, tubuh badan kita tidak akan mampu berfungsi sepenuhnya untuk mengeluarkan toksin.
- Jangan sesekali makan durian bersama daging kambing. Umum tahu, daging kambing juga menyebabkan badan kita menjadi panas. Dan durian juga akan menyebabkan badan kita menjadi panas. Jadi kalau panas bertemu panas, makan akan jadi extra panas! Jadi elakkan makan kedua-dua makanan ini secara serentak.
Cara Hilangkan Panas Badan selepas Makan Durian
Baik! Kembali
kepada cerita Petua Hilangkan Panas Badan selepas Makan Durian, di antara petua
yang terkenal adalah dengan meminum air daripada pangsa durian. Caranya sangat
mudah, selepas sahaja selesai makan durian, jangan terus buang pangsa durian
tersebut.
Ambil satu
pangsa kemudian masukkan air mineral di dalam pangsa tersebut. Kemudian minum
air daripada pangsa tersebut. Petua ini ternyata cara paling cepat untuk
hilangkan panas badan selepas makan durian.
Ada juga
yang mengambil air badak. Air badak sememangnya berfungsi untuk menghilangkan
panas badan. Namun, cara paling rare, pastilah minum air daripada pangsa durian
kan! Hehehe.
Apa pun,
satu sahaja. Bersederhanalah di dalam apa sahaja yang kita buat. Kalau makan
terlalu banyak pun, pasti boleh mendatangkan mudarat pada tubuh badan kita kan.
Apa pun, tetap bersyukur dengan semua yang kita ada ya!
0 Comments