Punca dan kenapa muntah ikan paus menjadi sangat mahal
Punca dan kenapa muntah ikan paus menjadi
sangat mahal |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini viral cerita mengenai nelayan jumpa muntah ikan paus dan
menjadi jutawan serta merta. Sebenarnya ramai yang tak tahu lagi sebenarnya
muntah ikan paus ini merupakan di antara “barang” yang sangat sukar dijumpai
selain harganya yang sangat mahal! Dalam post kali ini, kita akan sama-sama
belajar mengenai “bahan” yang paling di cari ini.
Apa itu muntah ikan paus?
Sedikit mengenai
muntahan ikan paus ini, ianya dikenali sebagai Ambergris. Ianya berasal
daripada usus atau sistem pencernaan paus sperma yang keluar daripada mulut
ikan paus ini. Dikatakan, harga bagi 1 gram ambergris ini sahaja 30 kali lebih
mahal daripada harga 1 gram silver.
Muntah ikan
paus ini bukanlah sama macam muntah yang biasa kita lihat ya! Walaupun ianya
bernama muntah, ianya hanya berbau hanyir pada awalnya sahaja namun lama
kelamaan, ianya akan mereput dan akan menghasilkan bau yang sangat wangi.
gambar muntah ikan paus
Fungsi muntah ikan paus
Pasti ramai
yang tertanya-tanya, apakah fungsi muntah ikan paus ini dan kenapa muntah ikan paus mahal. Baiklah,
muntah ikan paus biasanya akan dijadikan sebagai bahan utama di dalam
penghasilan produk wangian (perfume).
Ambergris ini
sangat dicari oleh industri perfume. Ianya juga digunakan oleh bangsa arab dan
cina sebagai wangian yang dibakar dikenali sebagai dupa. Namun, daripada
perkongsian media sosial yang aku baca, ambergris ini lama kelamaan menjadi
kurang permintaannya kerana penggunaan nya kini dilarang oleh IFRA (International
Fragrance Association).
Selain parfum
muntahan ikan paus, ianya juga digunakan sebagai bahan ubat ubatan herba dan
sebagai “aphrodisiac”. Ini termasuklah dijadikan sebagai bahan di dalam
penghasilan ubat penyakit otak,jantung dan deria.
Dan berbalik
kepada cerita kenapa muntah ikan paus
mahal, rasanya semua pun dah tahu yang ambergris ini tersangat sukar di
jumpai. Boleh kata dalam 1000 orang, seorang pun belum tentu jumpa ambergris
ni.
Dan baru
baru ini kan kita ada baca berita tentang nelayan jumpa muntah ikan paus. Bayangkan
selama mana kita berada di negara kita ini, berapa banyak berita seperti ini
yang kita dengar ataupun baca? Tersangatlah kurang kan? Jadinya, nak jumpa
muntah ikan ini bukan mudah, tapi kalau dah jumpa, insyaAllah, boleh jadi
jutawan! Orang kata rezeki terpijak lah!
Berapa harga muntah ikan paus?
Ramai sebenarnya
yang tertanya-tanya, berapa harga muntah ikan paus ni? Dan betul ke boleh jadi
jutawan jual muntah ikan paus? Jawapannya ada aku kongsikan dekat awal tadi,
harga bagi 1 gram sahaja dah cukup mahal ya! Dan bayangkan pula haiwan sebesar
ikan paus tu, takkan nak muntah sikit-sikit kan? Mestilah banyak! Hahaha.
Dan aku ada
terjumpa di 1 laman jual beli online ini, ada seorang seller dari Malaysia nak
jual ambergris ini yang seberat 800 gram hanya dengan nilai RM104,000. Tapi tak
tahu lah ada lagi ke tidak iklan yang aku tengok hari tu. Rasanya masih murah
kut harga tu jika dibandingkan dengan kesukaran nak jumpa muntah ikan paus ini
lagi lagi di negara kita Malaysia, kan?
Apa pun,
aku harap korang semua dah jelas kenapa muntah ikan paus mahal dan apa kegunaan
muntah ikan paus ini. Ha, satu lagi aku nak kongsikan dengan korang, muntah
ikan paus ini bukan warna putih sahaja ya, ada warna hitam dan pelbagai warna
lagi. Jadinya, rajin-rajinkan diri korang cari info lanjut mengenai ambergris
ini dan yelah, mana tahu rezeki Allah nak bagi kat korang, sedang elok berjalan
di tepi pantai, terjumpa pula dengan muntah ikan paus ini, dah jadi jutawan! Mana
tau kan? Rezeki Allah itu luas. Oklah, jumpa lagi dalam entry lain ya! See ya!!
0 Comments