Selamat tinggal i-sinar 2021!
Selamat tinggal i-sinar 2021! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya kan? Sama lah
halnya dengan i-sinar. Ramai penerima bayaran i-sinar meluahkan rasa sedih
mereka dek kerana bulan ini adalah bulan terakhir mereka menerima pembayaran
i-sinar. Bermula Julai 2021, mereka akan “bergerak” sendiri tanpa ada dana
tambahan lagi. Adakah mereka mampu mengharunginya?
Kesan baik dari pengeluaran i-sinar kwsp.
Aku tak
mahu bercerita mengenai perkara buruk mengenai pengeluaran i-sinar ini. Kalau nak
cari yang buruk, memang kita akan dapat banyak benda buruk. Jadi aku nak
kongsikan perkara positif sahaja. Biarlah kalau ada yang kata, pengeluaran
i-sinar kwsp ini bakal mengugat masa depan kerana simpanan ini adalah simpanan
masa hadapan.
Dengan melihat
kepada keadaan ekonomi semasa. Dalam pada ramai yang “tidak mampu” bekerja dan
menghasilkan income. Di tambah pula dengan peningkatan banyak harga barang
keperluan, adakah mereka yang terkesan ini mampu mengharungi masa yang gentir
ini?
Bercerita mengenai
masa hadapan, pengeluaran i-sinar kwsp hanya membenarkan pengeluaran maksimum RM10,000
sahaja daripada akaun 1 kwsp. Dan jumlah ini pastinya akan bertambah kerana
mereka yang keluarkan duit ini rata-ratanya masih bekerja.
Bayangkan,
kalau umur mereka sekarang 35 tahun. Dan kwsp membenarkan pengeluaran penuh
pada usia 55 tahun. Ini bermakna ada lagi 20 tahun mereka akan bekerja. Apakah selama
masa ini, simpanan kwsp mereka tidak akan bertambah?
Ada yang
kata, mana ada orang bekerja sampai umur 55 tahun? Tak mungkin mereka akan
bekerja sehingga ke umur ini? Ahha! Di tempat kerja aku sekarang, ada yang dah
sampai ke umur ini dan mereka masih disambung kontrak untuk bekerja ya! Ini bermakna,
potongan kwsp itu masih ada sehinggalah umur mereka 55 tahun.
Pengeluaran
i-sinar bukanlah pengeluaran penuh akaun 1 kwsp. Masih ada yang berbaki. Jadi,
bilamana menteri kewangan beritahu, tiada lagi sambungan pengeluaran i-sinar
& i-lestari, pastinya ramai yang kecewa. Ini adalah kerana, kita berada
dalam zaman yang mencabar! Nak cari duit pun agak sukar sekarang ini
memandangkan kita berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.
Dan pastinya,
PKP ini akan bersambung dan terus bersambung. Dengan adanya pengeluaran i-sinar
ini, ianya sememangnya sangat membantu! Kerana ianya di terima setiap bulan. Dan
yang lebih penting, duit ini adalah duit mereka sendiri! Yang dipotong setiap
bulan daripada gaji mereka.
Bagi mereka
yang punya point negative, itu hak mereka. Kerana pengeluaran ini tidak wajib. Siapa
yang nak keluarkan, boleh keluarkan daripada “akaun mereka sendiri”. Bagi mereka
yang tidak mahu keluarkan, itu terserah.
Apa pun,
tiada daya kita selain berserah kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan
kita. Semoga kita semua terhindar dan terlindung dari setiap perkara yang tidak
elok. Dan semoga kita dilindungi Allah hendaknya. insyaAllah, semoga Allah
mendengar rintihan kita, aminnn.
0 Comments