Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia
Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena
Lockdown Malaysia |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari pertama lockdown Malaysia.
Perintah kawalan pergerakan lebih ketat ini adalah selama 14 hari bermula 1 Jun
2021 sehingga 14 Jun 2021. Ini dibuat kerajaan berikutan kes positif covid yang
menunjukkan peningkatan mendadak saban hari. Dan semalam, PM Malaysia telah
mengumumkan bantuan tambahan kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi masa yang
genting ini. Berikut merupakan Senarai penuh
bantuan tambahan kerajaan sempena Lockdown Malaysia.
Senarai penuh bantuan tambahan kerajaan sempena
Lockdown Malaysia
#1. Pakej stimulus
pemerkasa plus bernilai RM40 Bilion bagi meransang ekonomi dan membantu rakyat
bagi menghadapi PKP 3.0.
#2.
Menambah peruntukan sebanyak RM1 Bilion bagi meningkatkan kapasiti dan
memperkukuhkan kesihatan awam.
#3. Peruntukan
sebanyak RM2.1 Bilion bagi program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
·
Tambahan
sebanyak RM500 bagi pendapatan isi rumah RM2500 dan kebawah.
·
Tambahan
sebanyak RM300 bagi pendapatan isi rumah RM2501 - RM5000
·
Bantuan
RM100 kepada golongan Bujang.
#4. Bantuan
One Off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas
sekolah dan persiaran serta pemandu kereta sewa dan e-hailing.
#5. Lantikan
kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
#6. Mempercepatkan
pemberian suntikan vaksin sebanyak 80,000 dos sehari
#7. Moratorium
selama 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50%
selama tempoh 6 bulan
#8. Program
MARA prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran.
#9. Lanjutan
program subsidi upah selama sebulan
#10. Tambahan
RM500 kepada RM1500 bagi geran khas prihatin.
#11. Lanjutan
diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
#12. Pengecualian
cukai jualan CKD dan CBU IMPORT sehingga 31 Disember 2021.
Dan
khabarnya kerajaan masih merancang beberapa lagi bantuan yang akan diumumkan
dalam masa terdekat bagi membantu rakyat Malaysia berhadapan dengan waktu
genting ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar negara kita bebas daripada
wabak ini dan kita boleh menjalani kehidupan normal kembali.
0 Comments