Suntik vaksin Covid-19 dapat hadiah percuma Ganja!
Suntik vaksin Covid-19 dapat hadiah percuma
Ganja! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum mengetahui kerajaan kini dalam proses
pemberian vaksin kepada seluruh penduduk Malaysia bagi mewujudkan imuniti
kelompok untuk melawan wabak yang kini melanda seluruh dunia. Namun, di dalam
saranan kerajaan, terdapat pelbagai rintingan dek kerana mereka yang masih
belum mempercayai keberkesanan vaksin covid-19 ini.
Kalau kita
lihat negara luar, hampir kebanyakkan negara besar kini sudahpun tidak
mewajibkan pemakaian mask kerana hampir keseluruhan penduduk negara tersebut
telah divaksin. Dan atas alasan itu jugalah, kerajaan Malaysia kini giat memberikan
vaksin agar negara kita juga akan mengikuti langkah negara-negara yang Berjaya
melawan wabak ini.
Namun, ada
pendekatan yang menarik dibuat oleh sebuah negara ini. Ianya tidak lain dan
tidak bukan, bagi mengalakkan penduduk negara tersebut mengambil vaksin. Negara
yang di maksudkan adalah Amerika syarikat.
Seperti Malaysia,
Amerika syarikat juga mengalami masalah yang sama iaitu pemberian vaksin yang
sedikit lewat. Dan mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada menggunakan
segala yang mereka ada untuk melawan stigma masyarakat yang menentang pemberian
vaksin ini.
Tahu apa
yang mereka buat untuk mengalakkan rakyat mereka mengambil vaksin?
Diantara langkah
drastik adalah dengan memberikan ganja sebagai hadiah percuma bagi mereka yang
telah mengambil vaksin. Kempen ini dinamakan dengan “joints for jab” bertujuan menarik
seramai mungkin rakyat Amerika syarikat bagi mendapatkan suntikan vaksin.
Pihak kerajaan
bekerjasama dengan beberapa syarikat bagi memudahkan mana-mana rakyat yang
sudah mendapatkan vaksin dan menebus hadiah berupa ganja secara percuma
daripada syarikat-syarikat yang telah dipilih.
Namun,
promosi hadiah percuma ini hanya diadakan sehingga bulan Julai 2021 ini sahaja.
Dan bagi mereka yang ingin mendapatkan suntikan vaksin selepas daripada tarikh
ini tidak akan menerima hadiah “istimewa” ini lagi.
Apa yang
dimaklumkan, bukan sahaja hadiah berupa pemberian ganja diberikan secara
percuma, malah terdapat pelbagai lagi hadiah istimewa buat mereka yang
mengambil suntikan vaksin covid-19 antaranya adalah dengan menawarkan hadiah
loteri dan pemberian minuman berakhohol secara percuma.
Ini semua
adalah apa yang berlaku di negara Amerika Syarikat buat masa ini dek kerana
peratusan rakyat mereka yang keluar untuk menerima vaksin turun secara
mendadak. Apa pun, janganlah sampai negara kita juga perlu menawarkan pelbagai
hadiah ya! Pemberian vaksin di negara kita diberikan secara percuma dan ini
sangat penting bagi membentuk imuniti berkelompok!
1 Comments
Adoiii.. Ganja? Biar betul diorang ni. Takde ke gift yang elok sikit nak bagi.. Adoi..
ReplyDelete