TERBARU! KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra | MrEjoy

TERBARU! KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra

 

KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra

KWSP perkenalkan pengeluaran i-citra | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selepas KWSP membenarkan pengeluaran i-lestari dan i-sinar, terkini KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-citra. Fungsi dan tujuan pengeluaran ini adalah sama dengan pengeluaran sebelum ini iaitu memberi kemudahan kewangan tambahan kepada semua pencarum kwsp yang layak.

Siapa yang layak memohon pengeluaran i-citra?

Baik, siapakah yang layak memohon pengeluaran i-citra? Mengikut kepada kenyataan pihak KWSP, semua pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah layak memohon. Ini termasuklah bukan warganegara Malaysia dan permastautin tetap.

Dan pengeluaran i-citra juga tertakluk kepada baki simpanan sekurang-kurangnya RM150. Maknanya baki dalam akaun KWSP korang mestilah atas daripada jumlah ini, tak boleh kurang. Kalau kurang apa akan terjadi? Permohonan pengeluaran korang tidak akan diluluskan.

Kenapa mesti ada baki RM150 dalam akaun kwsp?

Jawapan kepada persoalan ini adalah kerana, simpanan di dalam akaun 1 KWSP mestilah berjumlah minimum RM100 bagi melayakkan korang mendapat manfaat seperti bantuan kematian dan bantuan hilang upaya. Ini juga termasuklah bagi mengekalkan korang sebagai ahli kwsp.

Dan kenapa baki dalam akaun 1 kwsp kena ada RM150? Ini jawapannya:

Had pengeluaran maksimum bagi i-citra.

Baik, jika i-sinar membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM10,000 dan i-lestari sebanyak RM500 selama 6 bulan, i-citra pula membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 sahaja. Dan pengeluaran ini akan dibayar sebanyak RM1000 selama 5 bulan.

Bayaran maksimum adalah ditetapkan sebanyak RM1000 sebulan manakala bayaran minimum adalah sebanyak RM50. Bayaran ini tertakluk kepada baki semasa akaun kwsp korang. Dan ini jugalah jawapan kepada kenapa kena ada baki RM150 di dalam akaun kwsp.

Bilakah permohonan i-citra boleh di buat?

Baik, permohonan i-citra hanya oleh dibuat bermula 15 Julai 2021 sehingga 30 September 2021. Dan pembayaran pertama akan dibuat bermula pada bulan Ogos 2021 sebanyak RM1000 sehinggalah genap 5 bulan sebanyak RM5000 (pengeluaran maksimum).

Dan bagi mereka yang ingin memohon pengeluaran ini, korang boleh layari laman web KWSP dan klik sahaja pada i-citra ataupun, terus sahaja masuk kedalam laman web ini: icitra.kwsp.gov.my.

Tags:

Share:

0 comments