Terpikat dengan Wangian Bakhoor daripada Mabkhara Malaysia!
Terpikat dengan Wangian Bakhoor daripada
Mabkhara Malaysia! |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah masih diberikan kesempatan
dan kesihatan yang baik, alhamdulilah. Baik! Hari ini aku nak kongsikan
aktiviti terbaru dan menjadi kegemaran aku sepanjang musim PKP ini. Aktiviti tersebut
adalah membakar bukhoor atau bakhoor.
Apa itu bakhoor?
Buat mereka
yang belum tahu apakah itu bakhoor, ianya adalah serpihan kayu gaharu yang
telah direndamkan atau dicampurkan dengan minyak wangi serta bahan lain. Ianya
juga terdapat dalam pelbagai jenis seperti chip kayu, habuk kayu atau
sebagainya.
Namun terdapat
perbezaan yang ketara di antara bakhoor dan oud, yang mana ramai yang tersalah
anggap.
Oud : Serpihan
gaharu mentah (kayu gaharu dalam bentuk kepingan kecil) yang telah menjalani
proses pembersihan secara semulajadi.
Bakhoor : Merujuk
kepada kemenyan yang diproses dengan pelbagai bahan, biasanya bahan semulajadi.
Fungsi bakhoor.
Asap yang
terhasil daripada pembakaran bakhoor akan menghasilkan bau yang sangat wangi. Ianya
biasanya digunakan di dalam majlis-majlis ilmu, majlis perkahwinan atau bagi
tujuan mewangikan rumah.
Bakhoor juga
dapat membersihkan udara di dalam rumah selain menghilangkan bau busuk akibat
daripada barang masakan ataupun aktiviti di dalam ruang rumah yang menghasilkan
bau tidak selesa.
Bakhoor istimewa daripada Mabkhara Malaysia.
Dan bercerita
mengenai aktiviti terbaru aku, aku memilih bakhoor daripada Mabkhara Malaysia. Pada
awalnya aku beli set percubaan yang mana di dalam set tersebut, ada bakhoor
exclusive daripada mabkhara Malaysia iaitu Raudhah, Khaleefa, Medeena &
Yemeni. Dan aku juga terima hadiah istimewa iaitu Bakhoor Uluwwah.
Dan setelah
aku mencuba kesemuanya, aku tertarik dengan bau Raudhah yang cukup wangi!
sampaikan kalau bakar di Dapur, kita kat ruang tamu dah boleh bau dah! Kalau bakar
dan letakkan dalam bilik, esok pagi pun boleh bau wangi dia! Memang aku cukup
suka dengan bakhoor raudhah ni.
Bagi bakhoor
Raudhah, bahan yang digunakan adalah Ginger+bergamot dan Oud.
Yang keduanya
aku suka adalah Yemeni. Yemeni adalah bakhoor limited edition ya! Kenapa ianya
adalah limited, kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan bakhoor
ini agak sukar untuk diperolehi.
Dan yang
lebih menariknya mengenai bakhoor Yemeni ini adalah, ianya bukan sahaja
mewangikan rumah tetapi bagus buat mereka yang sering mengalami “gangguan” atau
pun rumah yang ada gangguan (ini adalah daripada testimoni pelangan yang dah
guna Bakhoor Yemeni ini).
Bagi bakhoor
Yemeni, bahan yang digunakan adalah Frankincense+ Vanila dan Oud.
Oklah! Itu sahaja
cerita aku mengenai Bakhoor ini. Kalau korang berminat untuk mendapatkan
bakhoor yang wangi-wangi dan pastinya exclusive, korang boleh search sahaja di
Instagram @mabkhara.official atau @mabkhara.bangi (aku beli dari IG ini
ya). Aku yakin korang juga akan terpikat dan pastinya suka nak bakar bakhoor
setiap masa di rumah nanti ya! Hehehe.
1 Comments
Ada hadis musalsal bukhur admin. Boleh dengar hadis sambil asapkan diri dan pakaian. Ada teknik, cara atau kaedahnya.
ReplyDelete