Tidak kemaskini MySejahtera bukan kesalahan dan tidak boleh di kompaun
Tidak kemaskini MySejahtera bukan kesalahan dan
tidak boleh di kompaun | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak viral juga perkongsian di
laman media sosial berkenaan beberapa individu yang dikenakan kompaun
disebabkan tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera mereka. Dan bersandar
daripada itu, aku pun cepat-cepatlah update disebabkan tarikh last update
aplikasi MySejahtera aku adalah pada tahun 2020.
Dan yang
terbaru, Menteri Kanan Pertahanan, telah mengeluarkan arahan bahawa, Tidak mengemaskini MySejahtera bukan
kesalahan dan tidak boleh di kompaun. Ini berikutan pengumuman rasmi
daripada beliau dan arahan telah pun dikeluarkan yang mana, apa sahaja kompaun
yang telah dikeluarkan bersabit kesalahan ini perlulah dibatalkan.
Aku kongsikan
sedikit petikan daripada kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan bertarikh 7 Jun
2021:
Namun demikian, sejak beberapa hari ini timbul kekeliruan berhubung beberapa perkara termasuklah salah faham penggunaan aplikasi MySejahtera dengan terdapatnya anggota penguatkuasa yang mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal melakukan kemaskini MySejahtera.
Saya ingin maklumkan bahawa tidak mengemaskini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan. Ini adalah berdasarkan kepada akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit – COVID Malaysia yang mana ianya tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguatkuasa.
Sehubungan dengan itu, saya berharap dan menyarankan agar mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan. Pegawai penguatkuasa juga disarankan supaya tidak salah faham dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Baik. Itulah
petikan daripada Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan. Dan mana-mana yang
dah kena kompaun itu, bolehlah merujuk kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan
maklumat lanjut ya. Dan diharap kenyataan ini menjadi rujukan buat semua.
0 Comments