Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia
Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi
semua jenis bank di Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari bagi
mereka yang ingin memohon bantuan pembayaran pembiayaan ataupun moratorium. Ini
adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi “membantu” rakyat Malaysia yang
terkesan. Aku kongsikan Senarai penuh
info dan cara memohon moratorium bagi semua jenis bank di Malaysia.
Jangan ambil moratorium jika tidak perlu!
Bantuan moratorium
ini merupakan kali kedua dibuat selepas kali pertama dibuat pada tahun lepas. Melihat
kepada pengalaman lepas, jika anda mampu untuk bayar bayaran bulanan, makna
kata, pendapatan kita langsung tidak terjejas, maka jangan sesekali ambil moratorium.
Kenapa aku
kata jangan ambil? Sebabnya moratorium hanya membantu kita selama 3 atau 6
bulan sahaja. Tetapi, bayaran pinjaman kita akan bertambah! Bukan sedikit ya! Aku
menulis ini adalah berdasarkan pengalaman aku buat moratorium pada tahun lepas.
Sebagai
contoh, pinjaman perumahan aku. Aku dah buat pembayaran selama 8 tahun sebelum
ini. Dapat moratorium 6 bulan (masih perlu bayar separuh, bukan tidak perlu
bayar langsung). Dan selepas habis moratorium, aku lihat semula “tambahan”
akibat daripada mora ini, apa yang aku boleh cakap adalah, seperti aku tidak
pernah bayar pinjaman sebelum ini.
Baki pinjaman
aku seperti masa awal-awal buat pinjaman dahulu. Bayangkan dah bayar duit
pinjaman 8 tahun, sepertinya tidak berubah langsung. Sama hal nya dengan apa
yang sedang viral ketika ini di dalam media sosial. Jika kita ambil moratorium selama
3 bulan, pinjaman akan bertambah 12 bulan. Jika ambil 6 bulan, pinjaman akan
bertambah 24 bulan.
Jadi,
nasihat aku sekali lagi, jika pendapatan korang tidak terganggu, dan korang
masih boleh bayar, tolonglah bayar seperti biasa. Namun, jika korang ada plan tertentu, dan ada rancangan kewangan yang
lain, korang boleh sahaja pilih untuk ambil moratorium ini.
Senarai penuh info dan cara memohon moratorium bagi
semua jenis bank di Malaysia.
Baiklah,
aku kongsikan dengan korang semua, senarai penuh info dan cara memohon moratorium
bagi semua jenis bank di Malaysia.
1.
Moratorium Maybank
2.
Moratorium Bank Rakyat
https://cv19-support.bankrakyat.com.my/
3.
Moratorium Bank Islam
https://vao.bankislam.com.my/ppb/
4.
Moratorium CIMB
https://www.cimb.com.my/covid19support
5.
Moratorium BSN
https://www.bsn.com.my/page/TRA
6.
Moratorium Public Bank
https://www.pbebank.com/Others/COVID-19.aspx
7.
Moratorium Ambank
https://www.ambank.com.my/eng/targeted-repayment-assistance
8.
Moratorium RHB
9.
Moratorium Affin Bank
10.
Moratorium MBSB
https://www.mbsbbank.com/bm/notices/moratorium
11.
Moratorium Bank Muamalat
12.
Moratorium Kuwait Bank
https://www.kfh.com.my/malaysia/personal/announcements/KFH-RAP.html
13.
Moratorium CitiBank
https://www.citibank.com.my/english/forms/moratorium-restructure-V2/index.html
14.
Moratorium Alliance Bank
https://www.allianceonline.com.my/personal/loan_moratorium/loan_moratorium.do
15.
Moratorium AgroBank
https://www.agrobank.com.my/my/bbb/
16.
Moratorium Hong Leong Bank
https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/news-updates/hlb-payment-relief-assistance-plan.html
17.
Moratorium SME Bank
https://smebank.com.my/en/financing-payment-assistance
18.
Moratorium Standard Chartered Bank
https://www.sc.com/my/important-information
0 Comments