Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Hari ini merupakan hari kedua selepas aku terima suntikan dos
pertama vaksin pada 20 ogos 2021. Mulanya nak menulis pada hari pertama, tapi
apakan daya, banyak sangat kerja nak kena selesaikan, dan alhamdulilah, hari
ini ada sedikit kesempatan untuk aku kongsikan sedikit pengalaman aku berkenaan
vaksin covid ini.
Kenapa memilih sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain?
Baik, kenapa
mesti sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain? Pertamanya, aku ambil vaksin
di hospital swasta. Dalam erti kata lainnya, vaksin berbayar. Bukanlah aku
sombong, tak mahu ambil vaksin percuma melalui My Sejahtera. Dan untuk
pengetahuan juga, tarikh vaksin melalui Mysejahtera juga aku dah terima. Nanti aku
kongsikan kenapa aku ambil vaksin berbayar.
Berbalik semula
kenapa ambil sinovac adalah kerana buat masa ini, hanya vaksin ini yang
tersedia di hospital berbayar. Tidak ada vaksin lain. Jadi, sinovac adalah
satu-satunya pilihan yang ada. Dan yang keduanya adalah, daripada survey aku
dengan semua rakan-rakan yang dah vaksin, aku membuat keputusan untuk terus
memilih sinovac adalah kerana:
Hampir kesemua
rakan-rakan di tempat kerja (yang dah complete vaksin melalui program pikas)
dan yang ambil sinovac beri jawapan yang sama iaitu, kesan vaksin ini tidak
sekuat vaksin prizer. Makna kata, ada yang langsung tak rasa apa-apa kesan selepas
vaksin berbanding prizer (ada yang demam dan pelbagai kesan yang lain).
Dan perkara
yang sama aku baca melalui sosial media yang mana, ramai yang kongsikan sinovac
ini tidak memberi kesan yang teruk seperti vaksin yang lain. Dan mengambil kira
semua ini, makanya aku memilih untuk mengambil vaksin ini. Hahaha. Sejenis yang
tak mahu ada apa-apa kesan lepas vaksin.
Pengalaman dos pertama vaksin sinovac.
Dan seperti
yang aku kongsikan pada awal tadi, hari
ini merupakan hari kedua. Dan alhamdulilah, sehingga setakat ini, aku belum ada
terima apa-apa kesan selepas vaksin. Syukur padamu ya Allah. Ramai juga yang
kata, vaksin dos pertama ini “biasa-biasa” sahaja. Tak sama macam dos kedua
yang katanya memberi kesan yang lebih kuat.
Namun, pada
aku, sama sahaja. Dah ramai yang kata, kena lebih berhati-hati selepas ambil
vaksin, jadinya kita perlu juga berjaga-jaga. Kesihatan tetap juga kena pantau.
Makanan tetap juga kena jaga. Pendek kata, kena lebih berhati-hati.
Kenapa buat keputusan ambil vaksin?
Dan ini
adalah jawapan kenapa aku ambil lewat berbanding rakan-rakan yang dah complete
vaksin. Aku adalah satu-satunya pekerja yang belum ambil vaksin sebenarnya. Hehehe.
Memang benar, langsung tiada paksaan daripada pihak majikan. Nak ambil, ambil
lah, tak mahu ambil terpulang.
Dan mulanya,
aku memang tak mahu ambil. Banyak perkara yang aku fikirkan. Di tambah lagi
dengan pelbagai info yang aku baca di media sosial membuatkan aku takut nak
ambil vaksin.
Tapi kenapa
akhirnya aku pilih untuk ambil vaksin?
Jawapannya adalah
kerana nasihat daripada seorang rakan yang sememangnya terkenal anti vaksin! Kenapa
aku cakap dia anti vaksin? Jawapannya adalah kesemua anak dia tak ada vaksin. Ini
cerita betul ya! Anak-anak dia memang tak ambil vaksin (macam ini baru betul
boleh cakap anti vaksin, bukannya baru tolak vaksin yang baru ini, terus cop
seseorang itu anti vaksin).
Nasihat dia
mudah sahaja dan aku terus terima. Ini adalah nasihat dia:
- Mufti dah keluarkan yang vaksin ini adalah harus dan wajib. Jadi katanya, kita berserah pada Allah dan ikut nasihat mufti. Jika benar ada benda yang tak elok dalam tu, kita serah pada mufti. Sebab dia dah jatuhkan hukum. Kita hanyalah insan biasa.
- Kedua, kita adalah ketua keluarga. Jadi kita kena keluar cari rezeki. Melihat pada keadaan sekarang, tak mustahil mana-mana tempat akan wajibkan vaksin. Jadi, kita bertawakal kepada Allah, agar dilindungi olehnya daripada segala macam perkara yang tidak elok.
- Seterusnya adalah melihat kepada kerja aku. kerja aku boleh dikatakan banyak memerlukan untuk aku keluar kawasan mahupun keluar negara. Jadi vaksin itu adalah perkara utama. Jadi mahu tak mahu, lari kemana pun, tetap kena ambil. Melainkan aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan mungkin pulang ke kampung dan buat kerja kampung sahaja.
- Seterusnya, aku memang berhasrat untuk menunaikan umrah hujung tahun ini (jika dipermudahkan olehnya). Dan salah satu syaratnya adalah mesti vaksin. Dan jika tak vaksin, macamana nak tunaikan umrah? Dan mahu tak mahu, kena ambil juga.
- Dan antara nasihat lain adalah, dunia adalah tempat untuk kita meninggal. Jika di takdirkan kita meninggal dengan cara ini, itu dah takdir. Benar, kita boleh sahaja usaha untuk tidak ambil vaksin (sebab dah tahu kesan-kesan yang mungkin terjadi) namun, apakah dengan tidak ambil membuatkan kita terus hidup kekal di dunia?
- Kalaupun kita masih boleh usaha (contohnya lari ke kampung, hutan dan gunung) namun akhirnya kita tetap pergi bertemu ilahi. Katanya, jika ini adalah satu ujian daripada Allah, kita bertawakal kepadanya. Niat ambil vaksin adalah sebagai ikhtiar untuk jaga kesihatan dan mencari rezeki kerana Allah. Jika benar ianya memudaratkan, pihak yang jatuhkan hukum yang akan bertanggungjawab. Kita serah semua pada Allah.
Dan pelbagai nasihatnya lagi. Panjang, nak tulis pun tak mampu, hehehe. Apa pun, aku Cuma kongsikan apa yang buatkan aku pilih untuk vaksin. Dan seperti yang kita semua tahu, setakat hari ini, memang tiada paksaan dan korang tetap ada pilihan. Maka pilihnya mana yang terbaik untuk korang.