Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac | MrEjoy

Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac

 

Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac

Pengalaman dos pertama Vaksin Sinovac | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini merupakan hari kedua selepas aku terima suntikan dos pertama vaksin pada 20 ogos 2021. Mulanya nak menulis pada hari pertama, tapi apakan daya, banyak sangat kerja nak kena selesaikan, dan alhamdulilah, hari ini ada sedikit kesempatan untuk aku kongsikan sedikit pengalaman aku berkenaan vaksin covid ini.

Kenapa memilih sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain?

Baik, kenapa mesti sinovac dan bukannya vaksin jenis yang lain? Pertamanya, aku ambil vaksin di hospital swasta. Dalam erti kata lainnya, vaksin berbayar. Bukanlah aku sombong, tak mahu ambil vaksin percuma melalui My Sejahtera. Dan untuk pengetahuan juga, tarikh vaksin melalui Mysejahtera juga aku dah terima. Nanti aku kongsikan kenapa aku ambil vaksin berbayar.

Berbalik semula kenapa ambil sinovac adalah kerana buat masa ini, hanya vaksin ini yang tersedia di hospital berbayar. Tidak ada vaksin lain. Jadi, sinovac adalah satu-satunya pilihan yang ada. Dan yang keduanya adalah, daripada survey aku dengan semua rakan-rakan yang dah vaksin, aku membuat keputusan untuk terus memilih sinovac adalah kerana:

Hampir kesemua rakan-rakan di tempat kerja (yang dah complete vaksin melalui program pikas) dan yang ambil sinovac beri jawapan yang sama iaitu, kesan vaksin ini tidak sekuat vaksin prizer. Makna kata, ada yang langsung tak rasa apa-apa kesan selepas vaksin berbanding prizer (ada yang demam dan pelbagai kesan yang lain).

Dan perkara yang sama aku baca melalui sosial media yang mana, ramai yang kongsikan sinovac ini tidak memberi kesan yang teruk seperti vaksin yang lain. Dan mengambil kira semua ini, makanya aku memilih untuk mengambil vaksin ini. Hahaha. Sejenis yang tak mahu ada apa-apa kesan lepas vaksin.

Pengalaman dos pertama vaksin sinovac.

Dan seperti yang aku kongsikan pada  awal tadi, hari ini merupakan hari kedua. Dan alhamdulilah, sehingga setakat ini, aku belum ada terima apa-apa kesan selepas vaksin. Syukur padamu ya Allah. Ramai juga yang kata, vaksin dos pertama ini “biasa-biasa” sahaja. Tak sama macam dos kedua yang katanya memberi kesan yang lebih kuat.

Namun, pada aku, sama sahaja. Dah ramai yang kata, kena lebih berhati-hati selepas ambil vaksin, jadinya kita perlu juga berjaga-jaga. Kesihatan tetap juga kena pantau. Makanan tetap juga kena jaga. Pendek kata, kena lebih berhati-hati.

Kenapa buat keputusan ambil vaksin?

Dan ini adalah jawapan kenapa aku ambil lewat berbanding rakan-rakan yang dah complete vaksin. Aku adalah satu-satunya pekerja yang belum ambil vaksin sebenarnya. Hehehe. Memang benar, langsung tiada paksaan daripada pihak majikan. Nak ambil, ambil lah, tak mahu ambil terpulang.

Dan mulanya, aku memang tak mahu ambil. Banyak perkara yang aku fikirkan. Di tambah lagi dengan pelbagai info yang aku baca di media sosial membuatkan aku takut nak ambil vaksin.

Tapi kenapa akhirnya aku pilih untuk ambil vaksin?

Jawapannya adalah kerana nasihat daripada seorang rakan yang sememangnya terkenal anti vaksin! Kenapa aku cakap dia anti vaksin? Jawapannya adalah kesemua anak dia tak ada vaksin. Ini cerita betul ya! Anak-anak dia memang tak ambil vaksin (macam ini baru betul boleh cakap anti vaksin, bukannya baru tolak vaksin yang baru ini, terus cop seseorang itu anti vaksin).

hukum pengambilan vaksin oleh mufti

Nasihat dia mudah sahaja dan aku terus terima. Ini adalah nasihat dia:

  • Mufti dah keluarkan yang vaksin ini adalah harus dan wajib. Jadi katanya, kita berserah pada Allah dan ikut nasihat mufti. Jika benar ada benda yang tak elok dalam tu, kita serah pada mufti. Sebab dia dah jatuhkan hukum. Kita hanyalah insan biasa.
  • Kedua, kita adalah ketua keluarga. Jadi kita kena keluar cari rezeki. Melihat pada keadaan sekarang, tak mustahil mana-mana tempat akan wajibkan vaksin. Jadi, kita bertawakal kepada Allah, agar dilindungi olehnya daripada segala macam perkara yang tidak elok.
  • Seterusnya adalah melihat kepada kerja aku. kerja aku boleh dikatakan banyak memerlukan untuk aku keluar kawasan mahupun keluar negara. Jadi vaksin itu adalah perkara utama. Jadi mahu tak mahu, lari kemana pun, tetap kena ambil. Melainkan aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan mungkin pulang ke kampung dan buat kerja kampung sahaja.
  • Seterusnya, aku memang berhasrat untuk menunaikan umrah hujung tahun ini (jika dipermudahkan olehnya). Dan salah satu syaratnya adalah mesti vaksin. Dan jika tak vaksin, macamana nak tunaikan umrah? Dan mahu tak mahu, kena ambil juga.
  • Dan antara nasihat lain adalah, dunia adalah tempat untuk kita meninggal. Jika di takdirkan kita meninggal dengan cara ini, itu dah takdir. Benar, kita boleh sahaja usaha untuk tidak ambil vaksin (sebab dah tahu kesan-kesan yang mungkin terjadi) namun, apakah dengan tidak ambil membuatkan kita terus hidup kekal di dunia?
  • Kalaupun kita masih boleh usaha (contohnya lari ke kampung, hutan dan gunung) namun akhirnya kita tetap pergi bertemu ilahi. Katanya, jika ini adalah satu ujian daripada Allah, kita bertawakal kepadanya. Niat ambil vaksin adalah sebagai ikhtiar untuk jaga kesihatan dan mencari rezeki kerana Allah. Jika benar ianya memudaratkan, pihak yang jatuhkan hukum yang akan bertanggungjawab. Kita serah semua pada Allah.

Dan pelbagai nasihatnya lagi. Panjang, nak tulis pun tak mampu, hehehe. Apa pun, aku Cuma kongsikan apa yang buatkan aku pilih untuk vaksin. Dan seperti yang kita semua tahu, setakat hari ini, memang tiada paksaan dan korang tetap ada pilihan. Maka pilihnya mana yang terbaik untuk korang.

Share:

0 comments