5 bisnes online paling ramai buat sepanjang musim PKP
5 bisnes online paling ramai buat sepanjang
musim PKP | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Sepanjang musim PKP melanda Malaysia, memang ramai yang
terkesan. Ada yang di tidak boleh bekerja, gaji di bayar separuh malah diberhentikan
kerja pun ramai. Namun, disebalik apa yang terjadi, banyak juga hikmahnya
antaranya adalah dah ramai yang mula berniaga secara online. Banyak sebenarnya
bisnes yang kita tak pernah jumpa pun sebelum ini tapi dah mula kelihatan
sepanjang musim PKP ini.
Kalau sebelum
ini, bila bercerita pasal bisnes online, yang biasa kita nampak, orang meniaga
pakaian, beg, makanan atau makanan tambahan. Tapi sepanjang musim PKP ni, dah
mula nampak orang meniaga kereta, sportrim kereta, rumah, superbike, sampailah
kepada menjual barang-barang basah seperti ikan, sotong, udang dan macam-macam
lagi.
Kalau kereta,
motosikal dan aksesori lain tu, aku macam oklah, boleh dibuat penghantaran. Cumanya
aku terfikir kalau ikan, sotong atau udang tu, kalau yang berniaga di Kuala
Lumpur, yang nak beli tinggal di johor, agak mencabar juga la kan? Tapi kalau
mereka nak juga beli, tiada masalah pun, hak masing-masing kan? Cuma kalau aku,
baik aku sendiri ke pasar basah. Boleh pilih-pilih sendiri. Hehehe.
Apa pun,
tiada yang salah pun dengan apa sahaja yang kita nak buat. Asalkan benda tu tak
salah dan boleh jadi pendapatan pada kita sekeluarga. Asal barang jadi duit
kata orang. Di mana ada usaha, pasti ada ganjarannya buat kita semua.
5 bisnes online paling ramai buat sepanjang
musim PKP
Baiklah,
aku nak kongsikan beberapa idea yang aku lihat dan boleh dijadikan bisnes
permulaan buat mereka yang baru nak berjinak dengan bisnes online ni. Bisnes ini
aku rasakan banyak permintaan. Mahu tidak mahu sahaja kita nak buat. Kita buat
kita dapat, tak buat, tak siapa rugi. Orait?
#1. Bisnes pakaian secara online.
Bercerita pasal
bisnes pakaian secara online ni, rasanya ramai pun dah tahu. Ada yang jual
tudung, ada yang jual baju, seluar dan pelbagai lagi. Namun apa yang menarik
perhatian aku adalah baju-baju bundle.
Banyak sebenarnya
aku tengok peniaga jual baju bundle ni. Daripada harga yang biasa-biasa
hinggalah yang luar biasa. Daripada jenama yang biasa kepada luar biasa. Pernah
sekali aku tengok, orang meniaga baju bundle sehelai RM800-RM900 (ada yang
lebih mahal daripada ini).
Jadinya,
kalau korang nak mula berniaga, apa kata korang mula berniaga baju bundle. Korang
boleh pilih samada nak beli secara pukal (beli guni bundle) atau boleh sahaja
jadi reseller. Beli baju kemudian jual semula.
Kalau modal
tak besar, boleh sahaja bermula sebagai reseller. Sikit-sikit lama-lama
banyaklah modal tu nanti kan.
#2. Bisnes kasut secara online.
Bisnes kedua
yang aku kerap lihat adalah jual kasut secara online. Daripada sekecil-kecil
usia (aku pernah jumpa budak sekolah rendah kalau tak silap jual kasut online)
sehinggalah kepada otai-otai. Dan kes ini sama macam yang pertama tadi. Ada yang
jual kasut baru dan kasut bundle.
Kalau aku,
aku suka kasut bundle. Sebab dekat bundle ni kita boleh jumpa macam-macam kasut
rare dengan harga yang munasabah. Kalau kasut baru, susah jumpa pulak,
tahu-tahulah harganya berapa kan?
Kasut ni
pun korang boleh beli secara pukal (guni kasut) atau secara satu-satu. Macam aku,
aku beli kasut yang aku minat je. Aku buat koleksi kemudian aku jual balik. Untung
tak banyak lah. Biasa aku ambil sepasang kasut untung dalam RM10-RM20. Tapi macam
biasalah, biar ada untung dari terus rugi. Kan?
#3. Bisnes beg secara online.
Selain baju
dan kasut, ramai sebenarnya peniaga yang jual beg secara online. Ini samada beg
copy ori, beg premium hinggalah kepada beg original. Tapi kalau dah nama
original, rasanya semua pun tahulah harganya macamana kan? Berdentum pergi dia!
Hahaha.
Beg bundle
original pun harga tak mahu kalah! Ada yang RM900 sampailah ke RM2000. Biasanya
harga macam ini, jenis-jenis beg prelove. Tapi aku suka panggil beg bundle je.
Ini pun
salah satu bisnes online yang korang boleh buat untuk jana pendapatan korang.
#4. Bisnes tudung secara online.
Ini khas
untuk orang perempuan. Orang lelaki pun ramai je aku nampak dah mula jual
tudung secara online ni. Ikut lah asalkan naluri mereka masih lelaki, hehehe. Ha!
Jual tudung secara online. Korang boleh beli secara pukal kemudian jual secara
online.
Tapi tudung
ni tak adalah yang bundle, semua tudung baru. Jadinya tiada masalah buat mereka
yang cerewet.
#5. Jual apa sahaja secara online.
Dan yang
terakhir aku nak kongsikan dengan korang adalah, korang boleh jual apa sahaja
korang nak jual secara online. Apa sahaja sebab aku pernah tengok orang jual
pokok bunga secara online. Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi sebenarnya
yang kadang tu, macam tak percaya pun ada yang jual secara online.
Jadinya tengok
balik apa yang korang minat dan apa yang korang boleh jual. Sediakan platform
yang betul untuk mula berniaga dan terus jual! Jangan ambil masa yang lama
untuk berfikir. Jalan terus! Selagi mana kita berusaha, pasti ada habuan untuk
kita. Ok!
0 Comments