Kembali bertugas semula selepas “Cuti Panjang”
Kembali bertugas semula selepas “Cuti Panjang” | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan untuk menulis di sini. Syukur
alhamdulilah, masih juga diberikan kesihatan yang sangat baik kepada diri dan
keluarga, syukur alhamdulilah. Baik! Hari ini merupakan hari kedua aku kembali
bekerja. Setelah bercuti “wajib” hampir 3 bulan lamanya! Ini bukanlah saja-saja
nak cuti, tapi adalah kerana terkesan dengan Perintah kawalan Pergerakan yang
dikenakan pihak kerajaan.
Aku sangat
bersyukur, walaupun tidak dibenarkan untuk bekerja untuk hampir 3 bulan, tetapi
syarikat berbesar hati untuk memberikan gaji penuh tanpa ada potongan sedikit
pun. Ini sangat berbeza dengan rakan-rakan lain yang terkesan dek kerana
perintah kawalan pergerakan yang dikenakan kerajaan terlalu lama.
Sedih juga
melihat apa yang berlaku kepada kawan-kawan yang terkesan namun pastinya aturan
Allah itu pasti ada hikmahnya. Aku Cuma mampu berdoa agar Allah melimpahkan
rezeki kepada mereka yang terkesan yang juga mengurniakan rezeki yang tidak di
sangka-sangka kepada mereka, aminn.
Baik! 3
bulan dah tak berkerja! Dah macam-macam aktiviti yang dilakukan di rumah
sepanjang 3 bulan ini. Dah macam-macam pengalaman dan ilmu yang di timba juga
sepanjang “pertapaan” ini. Dah macam-macam nasihat, dugaan dan cabaran yang
dihadapi sepanjang tempoh ini, namun persoalannya adalah, adakah kita akan
kembali kepada situasi yang di kita semua hadapi sebelum ini?
Adakah kita
akan kembali “dikurung” untuk tempoh yang lama? Adakah pergerakan kita akan
kembali di halang? Apakah kita akan kembali hanya duduk dirumah? Dan tidak
dibenarkan bekerja?
Banyak sebenarnya
persoalan yang bermain dalam minda aku ketika ini. Jika keadaan ini kembali dan
kembali terjadi, adakah kita semua mampu bertahan? Adakah syarikat tempat aku
bekerja sekarang mampu memberikan apa yang diberikan sekarang? Adakah syarikat
tempat kerja kalian juga mampu bertahan?
Kalau kita
tengok kawasan sekeliling kita sekarang, kalau dulu, susah nak jumpa orang
berniaga di tepi-tepi jalan. Tapi sekarang, tumbuh bak cendawan orang yang
berniaga ni. Macam-macam menu kita boleh jumpa, dekat mana-mana sahaja. Ya! Di mana-mana
sahaja! Kadang tu, aku sendiri macam tak percaya ada orang berniaga di
satu-satu kawasan tu.
Ini menunjukkan
yang sudah ramai yang terkesan dek Perintah kawalan pergerakan ni. Dan jika ini
kembali terjadi, rasanya, akan ramai yang mula buka khemah dan berniaga! Dan
mungkin aku juga akan termasuk dalam kategori ini! Meniaga adalah jalan yang
paling mudah untuk jana pendapatan buat masa ini.
Tapi cuba
bayangkan kalau semua orang mula berniaga, apa akan jadi? Kalau dah ramai yang
terkesan dan mula berniaga, siapa yang akan menjadi pembeli? Kalau dah ramai
yang berniaga, pastinya menu juga akan banyak yang sama, jadi siapa yang akan
beli? Dan ini sebenarnya, tak juga akan menyelesaikan masalah dan mungkin akan
menjadikan masalah ini menjadi lebih besar.
Dalam keadaan
ekonomi yang serba tidak menentu ini, pastinya ramai akan simpan lebihan wang
yang ada. Nak berbelanja pun takut. Jadinya berniaga pun rasanya bukan jalan
terbaik. Jadi apakah jalan yang ada? Soalan ini pastinya korang sendiri sahaja
boleh jawab.
Untuk diri
aku sendiri, aku pastinya ada jalan aku sendiri. Selagi mana kita boleh kaut,
kita akan kaut. Demi kelansungan hidup diri dan keluarga. Cubalah bertahan
semampu mungkin pada rakan-rakan yang terkesan. Pasti ada jalan keluar. Pasti Allah
akan bantu kita. Jangan berhenti berdoa dan berusaha. Pasti ada sinar di
hujungnya nanti.
Apa pun, kita sama-samalah berdoa agar kita tidak kembali terheret ke dalam perintah kawalan pergerakan yang lama (sama macam yang dah berlaku sebelum ini). Sama samalah kita berdoa agar dipermudahkan oleh Allah. Semoga ada berita gembira buat kita semua. insyaAllah, aminn.
0 Comments