Melaka beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Melaka beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara
(PPN) | Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Ini boleh jadi satu berita gembira buat penduduk negeri
Melaka apabila kerajaan mengumumkan bahawa negeri Melaka akan mula beralih
kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bermula 4 september 2021. Tidak banyak
perubahan yang berlaku di antara fasa 1 dan 2 namun kebenaran untuk merentas
daerah adalah satu perkara yang di tunggu-tunggu hampir kebanyakkan orang.
Kenapa ramai yang tunggu nak rentas daerah?
Kalau aku,
memang aku tunggu kebenaran nak merentas daerah kerana lokasi aku sekarang
adalah di alor gajah Melaka, manakala lokasi kampung isteri di Melaka tengah. Ikutkan
tak jauh mana pun sebab negeri Melaka ni tak besar mana pun. Tapi bila mana ada
halangan untuk merentas daerah, dia jadi macam sesuatu yang sukar pula.
Bukan masalah
pada kami tapi masalah pada budak-budak. Asyik di Tanya bila nak balik kampung
(walhal kampung tak jauh mana pun) hehehe. Jadinya bila Melaka mula beralih
kepada Fasa 2, ini adalah suatu berita yang mengembirakan buat kami sekeluarga.
Betul ke dah boleh rentas daerah bagi negeri Fasa 2?
Jawapannya
adalah boleh jika dah complete vaksin. Makna kata complete vaksin adalah, cukup
2 dos dan cukup tempoh 14 hari. Ada yang dah ambil dos kedua, tapi belum cukup
14 hari (selepas dari tarikh terima dos kedua) itu pun tidak dibenarkan ya! Kena
complete vaksin baru boleh merentas daerah bagi negeri fasa 2.
Untuk keluarga
isteri di kampung, semuanya telah terima vaksin, syukur Alhamdulilah. Niat untuk
ambil vaksin hanyalah semata kerana ikhtiar dan berpegang kepada keputusan
mufti. Mulanya aku sekeluarga tak mahu ambil vaksin ni selepas tengok banyak
kesan yang memudaratkan. Namun, selepas beberapa nasihat daripada rakan-rakan
terdekat, maka kami ambil keputusan untuk terima vaksin.
Selain kebenaran merentas daerah, apakah kebenaran lain bagi negeri Fasa 2.
Sebenarnya ada
beberapa kebenaran lain bagi negeri yang telah masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan
Negara. Antaranya kebenaran untuk dine in ( juga perlu lengkap 2 dos vaksin)
dan juga kebenaran untuk buka pasar malam dan pasar tani. Untuk senarai penuh,
boleh lihat di bawah:
0 Comments