Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac

by - September 20, 2021

Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac

Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini baru aku ada kesempatan nak cerita pengalaman dos kedua vaksin sinovac. Berbanding dengan kisah pengalaman dos pertama vaksin sinovac yang aku ambil pada 20 Ogos 2021, “rasa” dos kedua ni lain macam sedikit. Kiranya terasalah vaksin tu masuk dalam badan.

Kalau nak dibandingkan dos pertama dengan dos kedua, yang kedua ni aku lebih rilek. Tak rasa takut sangat jika nak dibandingkan dengan awal dulu. Kalau awal dulu, aku siap-siap tidur awal. Doa tu jangan cakaplah, macam-macam. Awal pagi tu pulak, makan macam-macam. Dengan kurmanya lah, dengan makanan tambahan lain nya lah, macam-macam.

Dan kisahnya dengan dos kedua vaksin sinovac ni lain macam pula perginya. Awalnya, sepatutnya aku ambil dos kedua pada 10 September 2021. Tapi pada malam 09 September 2021 tu aku kena cirit birit. Ah! Memang satu benda yang aku tak duga dan tak sangka lah kan?

Malam tu aku usaha macam-macam. Makan ubat dan semuanya. Dengan harapan, esok pagi akan kembali normal dan aku boleh datang ambil vaksin dos kedua sinovac. Nak dijadikan cerita, tak juga ok pagi tu. Dan disebabkan tak ok, Maka nya aku terpaksa batalkan untuk ambil vaksin.

Kemudian aku ke klinik untuk dapatkan confirmation daripada doktor. Doktor pula rilek je, alah! Cirit birit je pun, bukan ada apa, pergi je ambil vaksin tu, tak ada apa lah! Ini berbeza pula dengan pihak yang control vaksin, mereka kata tak boleh, kena pastikan badan betul-betul sihat baru boleh ambil vaksin.

Apa pun, aku dan batalkan untuk ambil dos kedua pada tarikh 10 September 2021 dan tukar pada 13 September 2021. Dan pada tarikh tersebut, aku masih cirit birit!! Ahh! Aku sendiri dah tak faham dengan keadaan tubuh badan aku sekarang, macam banyak pula yang lain nya. Tapi di sebabkan aku rasa macam ok, di tambah pula dengan nasihat doktor yang tergiang-ngiang dekat telinga aku, aku datang juga ambil dos kedua vaksin sinovac.

Pengalaman Dos kedua Vaksin Sinovac

Berbeza dengan dos pertama, kata orang dos kedua sakit sikit waktu cucuk. Dan untuk aku, alhamdulilah, aku tak rasa pun waktu kena cucuk tu. Tahu-tahu nurse kata dah selesai. Untuk 15 minit pertama, aku tak rasa apa-apa kesan pun. 30 minit hingga 1 jam pun tak rasa apa-apa kesan. Siap boleh singgah mall kejap lah beli barang dekat anak-anak.

Dan selepas 5 hari, barulah mula rasa macam-macam kesan. Pertamanya tangan aku lenguh yang amat (pada bahagian cucuk tu). Dia punya lenguh takleh bincanglah. Sampai nak angkat pun rasa macam tak kuat. Banyak jugalah minyak aku sapu kat tangan ni. Siap mintak urut segala bagai.

Kemudian, nafsu makan jadi lain macam! Oi! Baru lepas makan nak makan lagi lah! Tak kenyang-kenyang! Tengok menu ni nak makan, dah makan, ternampak menu lain nak makan tu pulak. Lain macamlah nafsu makan ni. Tapi disebabkan aku tahu diri aku tak macam tu sebelum ni, jadinya aku makan dalam kuantiti yang sedikit walaupun kejap-kejap nak makan!

Kemudian, perut aku ni, ya ampun! Banyaknya angin! Boleh dengarlah bunyi angin dalam perut tu! Nak kata tak makan, makan, tapi banyak juga angina. Angin tu lain macam tau! Tak keluar! Dia main pusing-pusing dalam perut jek. Kalau kentut ok lah jugak kan? Tak tak! Dia pusing-pusing dalam perut jek! Hmm.

Dan hari ini merupakan hari ke 7 selepas daripada vaksin dos kedua sinovac. Dan hari ini aku mula rasa ok sedikit. Tangan pun nampaknya dah mula reda dah lenguh dia tu. Perut pun macam dah ok sedikit kalau nak dibandingkan dengan awal-awal tu. Cumanya aku masih rasa angin belum habis keluar daripada badan aku ni. Harapnya dalam sehari dua ni, badan aku akan kembali normal macam sebelum ini lah, aminn.

Jadinya, mereka yang ambil sinovac, korang ada rasa macam aku tak? Atau korang ada pengalaman lain, kongsi-kongsilah dengan aku di bahagian komen di bawah ya!



You May Also Like

0 Comments