Semakin banyak perlepasan yang diberi..
Semakin banyak perlepasan yang diberi.. | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, Melaka dah pun masuk ke fasa ke 3. Dan mungkin tak
lama lagi akan masuk ke fasa ke 4 pula. Dan dengar-dengar khabar angin, hujung
minggu ini dah boleh rentas negeri. Khabarnya Malaysia bakal capai vaksin
keseluruhan populasi penduduk dewasa 90%. Jika betul, syukur alhamdulilah. Dah lama
sangat berkurung. Pastinya ramai yang nak pulang ke kampung berjumpa ibu dan
ayah. Atau mungkin ramai yang nak melawat kubur saudara-saudara terdekat
mereka.
Baik! Pada aku,
masing-masing punya hak diri masing-masing. Sebabnya ada juga yang tidak
bersetuju dengan berita kerajaan bakal membenarkan pergerakan rentas negeri. Antara
alasan lain, takut orang bawa balik penyakit ke kampung. Dan persoalan aku
pula, sampai bila? Sampai bila nak berkurung? Sebab tak ada yang tahu wabak ini
akan habis bila.
Dan atas
alasan itu juga, kerajaan bakal mewartakan wabak ini sebagai endemic. Dalam kata
lainnya, sama macam penyakit lainnya. Sakit, pergi ke klinik, tak sakit, jalani
kehidupan seperti biasa. Sampai bila kita nak berkurung dan mengharapkan
bantuan daripada kerajaan?
Dah ramai
yang terkesan. Dah ramai yang hilang tempat tinggal sebab tak mampu nak bayar
rumah. Berapa ramai pula yang hilang kerja. Hilang pendapatan. Macam-macam. Jadinya
aku sangat bersetuju jika segala macam larangan ini di Tarik balik.
Dah 2 tahun
kita jalani kehidupan semacam ini. Rasanya semua pun dah tahu apa yang perlu di
lakukan. Masing-masing jaga diri dan keluarga masing-masing. Namun kehidupan
perlu juga diteruskan. Kita tetap perlu berusaha mencari rezeki. Tak kan
mungkin pihak kerajaan mampu untuk terus-terusan membantu kita.
Jadi mahu
atau tidak mahu, kita kena hidup sekali dengan wabak ini. Kami memang menyambut
baik pengumuman kerajaan untuk menarik balik semua sekatan. Rakan-rakan peniaga
di lebuhraya pun pastinya suka dengan pengumuman ini. Yelah, berapa lama mereka
tak punya pendapatan seperti sebelum ini kan?
Apa pun,
kita tetap kena berwaspada dengan semua perkara. Kesihatan perlu juga di jaga. Hubungan
kita dengan yang maha esa juga perlu dijaga. Jangan hanya mengharapkan
seluruhnya pada manusia kerana kita tak punya upaya. Pada Allah jualah kami
berserah.
0 Comments