Selamat datang tahun yang penuh cabaran 2022! | Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik
sehingga ke hari ini, syukur alhamdulilah. Hari ini merupakan hari ke 19 kita
semua berada didalam tahun 2022. Masih baru lagi namun sedikit demi sedikit
kita mulai nampak pelbagai cabaran yang perlu kita semua tempuhi. Apa pun, mahu
tidak mahu, kita perlu sama-sama hadapi demi kelangsungan hidup.
Baik! Rasanya
masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2022. Sambutan tahun
baru ini tidak lagi meriah seperti tahun-tahun sebelumnya dek kerana seluruh
dunia kini berhadapan dengan wabak yang kita sendiri tak tahu bila akan habis.
Manakan tidak,lepas
satu, satu varian baru yang muncul. Kalau sebelumnya, kita perlu divaksin agar
dapat menghentikan penularan wabak ini, namun kini, kerana munculnya varian
baru, kita di minta sekali lagi untuk ambil dos pengalak demi untuk “menjaga
diri dan keluarga kita”.
Selama lebih
2 tahun kita bertahan dengan pelbagai rintangan akibat daripada wabak ini,
pastinya kita semua mengharapkan ada “sinar baru” di dalam tahun 2022 ini. Ramai
rakan-rakan kita yang terkesan dan masih belum bangkit daripada kejatuhan ini.
Namun,
seperti awal tadi, mahu tidak mahu, kita perlu juga berhadapan dengan situasi
ini. Aku bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik dengan rezeki di
tempat aku berkerja sekarang. Aku doakan juga rakan-rakan yang terkesan agar
dipermudahkan rezeki mereka juga, aminn.
Baik! Banyak
perancangan aku di dalam tahun 2022 ini. Antaranya lainnya, aku nak mula
berniaga. Di antara cabang yang aku lihat kini adalah, aku nak memasuki dunia
perniagaan wangian. Nak cerita pasal wangian atau perfume ini, dah lama rasanya
aku minat.
Waktu awal
kerja dulu, setahun boleh kata 2 kali juga beli perfume original. Nak beli yang
original ni, tahu-tahulah harganya kan. Bila ekonomi sedikit ok, aku dah mula
masuk ke dalam perfume yang sedikit “mahal” daripada perfume-perfume yang
pernah aku beli.
Cerita pasal
perfume original + mahal ni, tak semua mampu. Jadinya, aku merancang untuk
berniaga perfume dalam kuantiti yang kecil agar semua dapat merasa. Kita kongsi
sorang sikit, jadinya, semua boleh pakai perfume mahal. Hehehehe.
Keduanya,
aku nak ceburi bidang makanan. Tahun 2022 ni, plan nak ada kedai makan. Atau café
santai-santai. Minum kopi, baca surat kabar, fuh! Rilek jek. Jenis yang
santai-santai, pakcik-pakcik lepak kedai kopi tapi dalam bentuk hipster! Hahaha.
Yang sebenarnya,
aku tak berapa masuk dalam bidang-bidang semacam ini melainkan isteri aku.
sejenis yang suka sangat berniaga makanan. Jadinya, mahu tidak mahu, aku
termasuk sama. Hahaha.
Jadinya, di
dalam tahun 2022 ini, aku rancang nak ada 2 kedai. Satu kedai nak jual perfume
dan satu kedai lagi, macam yang aku ceritakan dekat atas. Semoga aku dan
keluarga dipermudahkan oleh yang maha esa. Korang doakan kami Berjaya bukak 2
kedai ni eh! Dan aku doakan juga korang pun akan dipermudahkan Allah dalam apa
jua rancangan korang ya! Aminnnn.