“Pelanggan lalu nampak kedai tutup” bahana
sihir perniagaan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua tiga hari ni, banyak betul cerita
pasal sihir perniagaan lalu dekat media sosial. Semakin hari semakin ramai yang
kongsikan cerita pasal sihir kedai ni. Dan boleh dikatakan, cara kedai mereka
disihir, lebih kurang sama iaitu menggunakan duit syiling. Tak pasti, memang
itu sahajakah sihir yang digunakan untuk buat kedai kita tak ada orang datang
atau pelakunya adalah orang yang sama.
Tanda-tanda terkena sihir perniagaan.
Cerita pasal
kedai kena sihir ni, biasanya satu-satu kedai tu mesti ramai orang sebelumnya
dan secara tiba-tiba tiada langsung orang yang datang ke kedai mereka. Ada yang
pelanggan dah datang, tapi nampak kedai tu tutup. Ada yang lauk pauk baru je
masak, dah basi. Ada pulak yang dah lama masak, tapi makanan tak masak-masak. Dan
yang lebih teruk, ada benda-benda kotor dalam makanan.
Ada juga
cerita, berlaku keadaan yang pelik-pelik dalam kedai mereka. Bunyi guli secara
tiba-tiba, bunyi-bunyi pelik (yang aku sendiri tak tau macam mana nak tulis). Ada
juga keadaan barang yang beralih secara tiba tiba. Dan tak kurangnya, bau yang
pelik.
Itu belum
cerita pasal pemilik kedai yang jatuh sakit tiba-tiba. Rakan kongsi yang
dahulunya baik, tapi tiba-tiba bergaduh tanpa alasan yang kukuh. Emosi yang tak
menentu, nak marah, sedih tiba-tiba. Ada juga yang murung. Semua ini adalah
kesan yang berlaku akibat daripada sihir perniagaan ini.
Jenis jenis sihir perniagaan.
Baik. Sihir
perniagaan ini ada macam-macam. Dan yang paling kerap aku baca dan nampak
adalah dengan menggunakan duit syiling. Duit syiling ni pulak adalah daripada
jenis duit syiling lama (bukan syiling yang berkilat). Ianya samada diletakkan
di bahagian tertentu kedai atau di letakkan di mana sahaja.
Untuk sihir
menggunakan duit syiling ini, pemilik kedai biasanya tak akan sedar. Yelah,
boleh jadi ianya kepunyaan pelanggan mereka. Namun, bila dibiarkan sahaja,
barulah mereka sedar yang perniagaan mereka telah disihir pihak tertentu.
Ada juga
jenis sihir yang menggunakan tanah kubur. Yang ini aku terbaca dalam media sosial
juga. Jenis yang ini biasanya mereka akan taburkan keliling kedai. Kalau jenis
kedai tengah tu, mereka akan taburkan bahagian depan dan bahagian belakang
kedai. Pemilik kedai mungkin akan rasakan itu hanyalah tanah biasa.
Ada juga
yang menggunakan bahan-bahan kotor seperti najis. Jenis yang ini aku pun tak
pasti, tapi kalau tengok di youtube, memang banyak jenis yang ini. Dan pelbagai
lagi lah.
Apa perlu buat jika kedai disihir?
Kalau Tanya
aku, aku akan jawab, carilah mereka yang bijak pandai dalam hal ini. Boleh panggil
juga anak-anak tahfiz, buatkan bacaan doa dan Yassin serta buatkan makan-makan
buat mereka. Sihir hanya terjadi dengan izin Allah. Maka kepada Allah jugalah
kita memohon pertolongan.
Kita mungkin
sedang diuji oleh yang maha esa, maka jalan yang terbaik adalah pulang semula
kepada yang maha esa. Jangan pernah putus asa memohon pertolongan darinya,
insyaAllah, sebagaimana Allah mengizinkan si perlaku membuat sihir ke atas
kamu, maka pastinya Allah juga akan mengizinkan kesembuhan di atas mereka yang
terkena.